Sabtu, 11 April 2015

Di Tikam Oleh Bekas Tunang


***Kemaskini Paling Terkini***
KLUANG 11 April - Akibat kecewa kerana cinta yang pernah terjalin tidak diterima lagi, seorang lelaki nekad menikam bekas tunangnya dengan pisau selepas mereka bertengkar di kawasan letak kereta pasar raya Econsave, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajah Khalsom akibat cedera parah di bahagian rusuk kiri.Malah, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu turut menolak mangsa sehingga kepalanya terhantuk mengenai sebuah motosikal ketika kejadian itu.

Nursyafikah yang bertugas sebagai kerani di pasar raya tersebut pernah mengikat tali pertunangan dengan suspek kira-kira setahun lalu sebelum putus akibat tidak sehaluan.Anak ke-11 daripada 12 beradik itu kemudiannya bertunang dengan lelaki lain pada Februari lalu yang menyebabkan suspek bertambah berang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Roze Shaari berkata, suspek dipercayai cuba memujuk mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi, namun gagal.“Keadaan itu menyebabkan suspek tidak dapat menerima hakikat lalu bertindak agresif dengan menikam rusuk kiri mangsa.
“Kejadian menyayat hati itu turut disaksikan beberapa rakan sekerja mangsa dan ada antara mereka cuba mengejar suspek yang melarikan diri, namun tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Mohd. Roze berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek dan operasi memburunya giat dijalankan ekoran suspek dipercayai masih bersembunyi di sekitar negeri ini.Dalam pada itu, jenazah Nursyafikah dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Dengar di sini hari ini.

Sumber Info:MUHAMAD AIMY AHMAD  |  12 April 2015 2:13 AM

Sumber Foto:Iszatulshima Ismail

(Lihat Foto Kejadian Di Bawah)


***Kemaskini Terkini***

Kluang: Ibu kepada arwah Nursyafikah Ahmad Ismail, 24, yang maut ditikam bekas tunangnya, di sini, semalam, tidak menyangka pemuda itu berdendam dengan anaknya.
Bedah Bontak, 63, berkata ini kerana lelaki berusia 20-an yang dikenali sebagai Zam itu bersungguh-sungguh meminta maaf daripada anaknya dan sempat makan tengah hari di rumah mereka sebelum kejadian.“Dia datang ke rumah kami kira-kira 11 pagi, dan memohon maaf daripada Nursyafikah kerana memutuskan pertunangan mereka.
“Agak pelik kerana dia muncul secara tiba-tiba selepas beberapa bulan menghilangkan diri.
“Namun, kami sekeluarga tetap melayannya dengan baik dan menjamunya makan,” katanya di rumahnya di Felda Ulu Dengar, di sini, hari ini.
Menurutnya, pemuda berkenaan berada di rumahnya kira-kira dua jam sebelum dihantar pulang ke bandar Kluang oleh adik dan abang Nursyafikah.
Nursyafikah yang bekerja di sebuah pasar raya maut selepas kepalanya terhantuk pada motosikal dipercayai akibat ditolak pemuda berkenaan dalam satu pertengkaran.
Mangsa kemudiannya ditikam dengan pisau dan meninggal di hospital.
Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di pasar raya tempat mangsa bekerja, kira-kira 6 petang semalam.
Pemuda berkenaan dipercayai cemburu kerana gadis itu sudah bertunang dengan orang lain.
Nursyafikah dikatakan bertunang dengan pemuda berkenaan pada 2014, sebelum putus enam bulan lalu.Gadis itu kemudian bertunang pula dengan seorang pemuda lain, awal tahun ini, dan dijangka bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.
Bedah turut mendakwa sepanjang pertunangan dengan suspek, anaknya dipercayai pernah dipukul beberapa kali.“Anak saya sangat kecewa apabila lelaki itu memutuskan pertunangan mereka dan tidak menghubunginya sehingga dia muncul semula semalam,” katanya.
Suspek kini sedang diburu polis.
Bedah berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Dengar, hari ini.Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut melawat keluarga mangsa. 

Sumber Info:Harian Metro Sabtu, 11 April 2015 @ 5:31pm 
===========================================================

***Info Kemas Kini Kedua***

Kluang: Seorang wanita maut ditikam dengan pisau oleh bekas teman lelakinya di kawasan letak kenderaan tempatnya bekerja di sebuah pasar raya, di sini, 6 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari, berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang bekerja di pasar raya terbabit.
Katanya, difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang masing-masing berusia 20-an itu sebelum lelaki itu menikam bekas teman wanitanya itu dengan pisau di rusuk kiri.
Mohd Roze berkata, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis berkenaan yang berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, sudah bertunang dengan lelaki lain."Suspek mahu kembali ke pangkuan mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi."Namun, tidak berjaya sebelum bertindak agresif sehingga menikam mangsa," katanya.Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang dilakukan

Sumber Info:Adnan Ibrahim /Sabtu, 11 April 2015 @ 12:06 PM



****Info Kemaskini Pertama***
KLUANG - Seorang gadis meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri menggunakan pisau oleh bekas tunangnya, di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa sedang bekerja di pasar raya terbabit.
"Dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang kedua-duanya berumur lingkungan 20an sebelum kepala mangsa terhentak di sebuah motosikal kerana ditolak oleh mangsa.
"Kemudian ditikam di rusuk kiri dari arah belakang menggunakan pisau pemotong sayur," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Roze berkata, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis berkenaan yang berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, sudah bertunang dengan lelaki lain.
Beliau berkata, suspek cuba memujuk kembali mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, namun, tidak berjaya sebelum bertindak agresif sehingga menikam mangsa.
Katanya, polis menemui pisau berkenaan di tempat kejadian dan gadis itu meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini.
"Polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang giat dilakukan," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber Info :Juliza Mohd Saad


***Info Awal***
10/04/2015 6:00 petang. Seorang Perempuan Bernama Nursyafika Binti Ismail 20tahun,telah di Tikam mengunakan sebilah pisau oleh Bekas kekasihnya diperkarangan Econsave Kluang Johor.Punca bermula dengan pertengkaran dan bekas Teman lelakinya memukul hingga mangsa jatuh dan menikam di sebelah rusuk Kanan.Mangsa Meninggal di Hospital.



Sumber Foto :
-Mat Fazlee
-DiTw
-Muhdir Tukiman






-------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/


Tiada ulasan: