Rabu, 13 Mei 2015

Seorang Warga Emas Di Pukul Sehingga Mati


Bagan Serai : Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di hadapan pintu rumahnya di Jalan Selama-Alor Pongsu, dekat Kampung Alor Pongsu di sini, 2.30 petang tadi.
Mangsa, Shamsuri Hassan, 74, seorang pesara kerajaan mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dipukul oleh seorang lelaki yang berdepan masalah mental.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mayat mangsa ditemui oleh seorang daripada saudaranya yang bertindak memaklumkan kepada polis dan menghubungi ambulan.Menurutnya, mangsa ditemui mati dalam keadaan tertiarap, tidak berbaju dan memakai kain pelikat."Setakat ini, kami sudah menahan seorang pesara tentera berusia 42 tahun yang dipercayai suspek kejadian.
"Motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan lanjut.
sumber Info:Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi (node 50182)
Isnin, 11 Mei 2015 @ 9:06 PM



 Suspek duduk di Hujung Sekali




Sumber Foto:
-Nurul Shuhada
-Mad Sempoihh
-Adden Aziela

Paparan Video Oleh myMetro



Tiada ulasan: