Isnin, 25 Mei 2015

Kemalangan Maut di Ajil Terengganu (Kemaskini Terbaru)



Hulu Terengganu: Empat orang termasuk dua kanak-kanak selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 386.6, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), dekat sini, kira-kira 4 petang tadi.
Dua lagi penumpang kereta jenis Kia Spectra itu parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Difahamkan, kesemua mangsa gagal keluar daripada kenderaan selepas kereta mereka dirempuh lori 10 tan tanpa muatan.
Kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan musnah terbakar, manakala bahagian depan lori terbakar 50 peratus.
Pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.19 petang.

Sumber Info:
Zatul Iffah Zolkiply dan Rosli Ilham (node 53120)
Ahad, 24 Mei 2015 @ 6:53 PM

Rakaman Video

Kuala Terengganu: Pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini, semalam yang mengakibatkan empat sekeluarga retung manakala dua cedera.
Majistret Rozianti Mohamad Hanaphi membenarkan suspek berusia 35 tahun direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.
Suspek yang berasal dari Labis, Johor tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu pada 11.40 pagi.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, pemandu dan tiga penumpang kereta itu termasuk dua kanak-kanak mati terbakar selepas kereta dirempuh lori 10 tan.
Dua lagi penumpang terselamat kerana berada di luar kereta ketika rempuhan berlaku, namun seorang daripada mereka dilaporkan cedera parah.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa dikatakan berhenti selepas keretanya rosak sebelum dirempuh lori.

Sumber Info:Zatul Iffah Zolkiply
Isnin, 25 Mei 2015 @ 2:26 PM



Kuala Terengganu: Mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Hulu Terengganu, Hafshah Wangai, 56, yang parah di kepala meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, 2.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, selain parah di kepala, mangsa turut patah tulang rusuk serta anggota dalaman.
Menurutnya, kini mangsa yang maut dalam kemalangan itu menjadi lima orang termasuk empat rentung dalam kereta.
Selain Hafshah, turut maut dalam kejadian itu ialah Ahmad Razi Harun, 53; Dayang Suhana, 23; Umar Rayyan, 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan, setahun.
Isteri Ahmad Razi yang juga adik Hafshah, Sharifah, 49, cedera ringan.

Sumber Info:Rosli Ilham dan Khairul Hamizy Ramlee (node53349)
Isnin, 25 Mei 2015 @ 5:45 PM





Sumber Foto:
-Mshahrils Lenz
-Syaz_one
=Muhammad fahmie
-#DiTw
-#InfoGanu
-#InfoCrewBSKHku

Jika Anda ingin menjadi crew Penyampai Info BSKHku Hubungi para Admin Di Talian yang tertera

Lawati Kami Di Tapak Facebook Untuk Mendapat Berita Yang di Kemaskini




Tiada ulasan: