Khamis, 30 April 2015

Lelaki Di Belasah Kerana Cuba Curi Kereta

Sumber Foto:Felixx Ooi

KOTA BHARU – Hasrat sekumpulan empat lelaki untuk melarikan sebuah kereta jenis Honda Accord di Taman Kala Perdana, Melor di sini kelmarin tidak kesampaian apabila seorang suspek menjadi mangsa belasahan penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, suspek tersebut yang menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dilihat berhenti di hadapan rumah mangsa berusia 40 tahun sebelum cuba melarikan kereta tersebut.

Semasa kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pembantu jurujual itu telah keluar rumah kira-kira pukul 7.20 pagi sebelum kelibat suspek itu disedari jirannya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, penduduk berjaya menangkap seorang suspek berusia 27 tahun ketika cuba melarikan kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun tiga suspek lain bertindak melarikan diri selepas menyedari kegiatan mereka dihidu penduduk.

“Mereka turut meninggalkan sebuah Pajero berwarna perak dan hijau gelap di tempat kejadian. Polis yang tiba di tempat kejadian kemudian membawa suspek ke Balai Polis Melur untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber Info:FIRDAUS HASSAN
30 April 2015 

Sumber Foto:Felixx Ooi
28 April 2015 @ 10:36am








-------------------------------------------------------------------
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Ingin Kongsikan secara Sukarela Dan Anda 
Anda Boleh Hantar Artikel Bahan Tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Rumah Panjang Moden Terbakar,6 Hilang Tempat Tinggal

 Sumber Foto;JBPM


Serian: Rumah panjang separuh kekal enam pintu musnah dalam kebakaran di Kampung Gunan Jalan Mongkos, di sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira 3.30 pagi itu menyebabkan enam keluarga membabitkan 25 mangsa tinggal sehelai sepinggang.
Difahamkan, api dipercayai bermula dari rumah di bahagian tengah sebelum merebak dan memusnahkan lima rumah lain.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat serian berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 3.54 pagi.
Katanya, sebaik tiba, api sudah memusnahkan 80 peratus rumah panjang terbabit dan siasatan dijalankan bgi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Sumber Info:Abd Rahman Adam (node 47428)
Khamis, 30 April 2015 @ 11:12 AM

Sumber Foto:JBPM






Anda Juga boleh mengikuti Halaman Bagan Serai Untuk Berita Yang Sentiasa Di Kemaskini Di
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku