Khamis, 14 Mei 2015

Seorang Penyelia Tapak Projek Maut Di Tembusi Besi Cerucuk


Georgetown: Seorang penyelia tapak projek maut selepas kepalanya ditembusi besi cerucuk ketika melakukan kerja di tapak pembinaan di Lebuh Farquhar, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa Mohd Fikri Mohd Khidi, 27, terjatuh dari tangga setinggi kira-kira 3 meter yang tumbang secara tiba-tiba.
Dia kemudian terjatuh atas besi cerucuk menyebabkan kepalanya tertusuk besi terbabit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber Info:Hadzlihady Hassan (node
Rabu, 13 Mei 2015 @ 2:50 PM










Sumber Foto:
Mad Semmpoiahh
-Daily Traffic News

Lawati Halaman Kami untuk mendapat berita yang sentiasa di kemaskini