Khamis, 16 April 2015

Gambar Viral "Kairuddin Noordin Rich" Dari Kuala Kangsar Menyatakan Bicara Kata.


Sumber Foto:Kairuddin Noordin Rich


BANDAR KUALA KANGSAR - Gambar dua kanak-kanak berjalan di dalam hujan bersama seorang wanita yang dipercayai ibunya di sini menjadi viral dalam laman sosial, Facebook.

Tiga keping gambar yang dimuat naik oleh seorang individu yang menggunakan nama profil, Kairuddin Noordin Rich itu menunjukkan ketiga-tiga mereka berjalan meredah hujan.

Khairuddin turut memuat naik status, mencadangkan pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut kerana berasa kasihan melihat keadaan dua kanak-kanak itu yang menggigil kesejukan.

Menceritakan kembali apa yang dilihatnya itu, penjawat awam tersebut, Mohd Kairuddin Noordin, 31, berkata, ketika merakamkan gambar tersebut, dia dalam perjalanan untuk membeli kad prabayar sebelum terserempak dengan dua kanak-kanak tersebut.

Menurutnya, dia melihat  seorang wanita mendukung seorang kanak-kanak perempuan manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dalam usia lingkungan lima tahun berjalan tanpa payung walaupun hujan lebat ketika itu.

“Saya keluar rumah kira-kira jam 1.30 pagi untuk pergi beli kad prabayar. Semasa tiba di kedai, saya ternampak seorang wanita dan dua kanak-kanak berjalan dalam hujan sambil cuba menahan kereta yang lalu.

“Saya bertanya kepada kawan saya berhubung perkara itu dan dia juga tidak tahu-menahu apa yang jadi pada mereka. Kemudian, saya minta mereka berteduh di kaki lima kedai di situ.

“Namun, mereka menolak dan wanita itu seakan ketakutan, mungkin bimbang dengan keselamatan diri dan anaknya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, apabila dia bertanya kepada wanita itu, mengapa mereka berada dalam hujan sebegitu, dia tidak menjawab sebaliknya memberitahu mencari seorang lelaki.

Katanya, wanita itu memberitahu mencari seorang lelaki yang dikatakan sebagai suaminya dan menolak pelawaan untuk dibawa ke rumah rakannya.

“Kami cadangkan supaya dia pergi ke Masjid Ridzwaniah kerana di sana mereka boleh berteduh dan menunaikan solat. Mungkin ada bantuan apabila mereka tiba di sana. Namun, dia tetap menolak dan mengatakan mahu pergi ke sebuah rumah yang ada pokok getah kerana dia meletakkan pakaiannya di situ,” katanya.

Menurutnya, kerana berasa amat kasihan dengan wanita dan dua kanak-kanak terbabit, Mohd Kairuddin memberikan payung dan pakaian kepada mereka kerana kanak-kanak itu kelihatan kesejukan.

“Saya kasihan melihat dua kanak-kanak itu yang menggigil kesejukan. Kita sebagai orang dewasa pun pastinya akan kesejukan kalau berada dalam hujan seperti itu, apatah lagi kanak-kanak tersebut.

“Saya tidak tahu apa berlaku kepada mereka namun tidak sepatutnya perkara sedemikian berlaku. Saya tunggu sampai jam 2 pagi sebelum pulang ke rumah saya.

“Waktu saya balik, mereka masih berlegar-legar di sekitar pekan Kuala Kangsar. Mungkin mereka tidak tahu ke mana mahu pergi,” katanya.


Sumber Info:Wartawan Sinar (1.380113)
16 April 2015

Sumber Foto:Kairuddin Noordin Rich




 Sumber Foto
Fandi Ahmad



Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp
melalui Talian Hp +601126422627
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku



Tiada ulasan: