Ahad, 5 April 2015

Penunggang Motosikal Maut Serta Merta Di Langgar Sebuah Kereta.


Kemalangan berlaku pada jam 8:21 malam pada 4/4/2015 yang melibatkan sebuah motosikal yang hilang kawalan lalu terbabas dan mangsa di langgar pula oleh sebuah kereta. Kejadian berlaku di Jalan Kem Askar Sikamat Seremban.Penunggang motosikal terbabit Maut serta merta di tempat kejadian.





Sumber Info :Bomba JBPM
Sumber Foto :
-JBPM
-DiTw
-DTr
-------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.Sila Lawati Halaman

https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
‪http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
#‎baganseraikampunghalamanku‬ #Kemalanganjalanraya #accident #news

Tangan Tersepit Di Dalam Mesin Pengisar Daging









***Info Update***
Raub: Tempoh sejam terasa amat lama dan menyeksakan bagi seorang lelaki warga Indonesia apabila tangan kirinya ‘terbenam’ ke dalam mesin pengisar daging di sebuah kilang di Bukit Telaga, Bukit Fraser, dekat sini, sebelum berjaya dikeluarkan semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.44 tengah hari itu, mangsa berusia 40 tahun dikejarkan ke Hospital Raub, di sini, untuk rawatan selepas tangan kirinya separuh hancur dikisar mesin berkenaan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, kejadian disedari rakan mangsa yang terdengar jeritannya meminta pertolongan.
“Rakannya tidak berani membantu kerana tangan mangsa sudah termasuk ke dalam mesin berkenaan lalu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Raub untuk meminta bantuan,” katanya.
Beliau berkata, anggota bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memecahkan mesin pengisar daging itu sebelum berjaya mengeluarkan tangan mangsa.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa mendakwa tidak menyedari tangannya termasuk ke dalam mesin berkenaan kerana terlalu leka bekerja.


Sumber Info :Metro Harian (6/4/2015)
=================================================
Laporan Awal

Pihak Bomba telah menerima panggilan  kecemasan khidmat Khas pada pukul 12:44 tengah hari (3/4/2015) mengatakan terdapat seorang lelaki warganegara Indonesia telah tersepit tangannya di dalam mesin pengisar beralamat di Bukit Telaga Jalan Bukit Fraser.Operasi di ketuai oleh PBK II 4791 bersama 5 anggota menuju ke lokasi kejadian.

Sumber Foto:
-FmFr Kirrie
-Muhammad fahmie
-Syam Kamal
-Wan Azril Wan Amir

Admin:Sentiasa berhati-hati apabila anda mengunakan apa jua peralatan mesin walau di mana anda berada.

-------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬


 Kuala Lumpur: Lapan belas kereta dan sebuah lori rosak teruk dihempap pokok tumbang di Taman Sri Sentosa, di sini, 3.30 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.43 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba, pihaknya mendapati tiga pokok yang tumbang menghempap 18 kereta dan sebuah lori namun tiada mangsa yang terbabit.
“€œSelain itu, kita turut menerima kejadian pokok tumbang di Batu 6 1/2 Jalan Puchong berhampiran susur masuk ke Taman Angkasa menyebabkan sebuah kereta turut rosak dihempap pokok kira-kira jam 3.30 petang.
"€œKejadian pokok tumbang dan menghalang lalu lintas turut berlaku di Bukit Jalil namun tiada mangsa," katanya

Sumber info: Muhammad hafis Nawawi
Sumber Foto:
- JBPM
- Onscene.my







AL-FATIHAH



Majlis pengebumian dimulai dengan solat Asar dan kemudiannya sembahyang jenazah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, bekas-bekas pemimpin, rakan-rakan dan ahli keluarga hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Tan Sri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis.








































Sumber sumber Foto Daripada :
-Hilal azmi
-Azy Yati
-Harian Metro
-Bernama
-NST
-Astro Awani