Ahad, 19 April 2015

Kemalangan Maut Di Jalan Bual..


Sumber Foto:
Malaysian Team Respond


Bachok: Lelaki maut selepas keretanya terbabas dan merempuh rumah di Jalan Padang Bual, di sini, 6.40 pagi tadi.Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa Azhar Mat Hassan, 38, yang bekerja sendiri gagal mengawal kereta dipandunya dari arah Beris Kubur Besar ke Tanjung Hilir.
Akibatnya, kereta itu terbabas dan merempuh rumah di sebelah kanan jalan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat tersepit dihempap konkrit rumah.
Mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Info:Nor Amalina Alias (node44898)
Ahad, 19 April 2015 @ 4:09 PM



Sumber Foto:Malaysian Team Respond


---------------------------------------------------------
Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp BSKHku
melalui Talian Hp +601126422627 

Video Pembuli Jalanraya Mengeluarkan Kata Kata Kesat Kepada Penjawat Awam







Sumber Video Sukan Star Tv





---------------------------------------------------------
Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini
Dan Anda Ingin kongsikan secara Sukarela
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp BSKHku
melalui Talian Hp +601126422627
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Pemandu Saga BLM Maut Di Rempuh Treler Tong Gas


Sumber Foto:Romihadi Rose 


Manjung: “Malam sebelum kejadian (Jumaat), arwah memeluk adik bongsunya berusia tiga tahun dan meminta adiknya tidur bersamanya, namun adiknya itu tidak mahu. Rupa-rupanya sikap penyayang yang ditunjukkannya adalah petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Harisah Jaafar, 45.
Harisah adalah ibu kepada Muhamad Aminurasid Norzamri, 25, yang maut dalam kemalangan selepas kereta jenis Proton Saga BLM dipandunya bertembung dengan treler membawa muatan tong gas di Batu 5, Segari, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi itu, Aminurasid yang dalam perjalanan dari rumah di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis, di sini, ke tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, maut di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.
Harisah berkata, selain berkelakuan penyayang terhadap adiknya itu, arwah turut menyuarakan hasrat berkahwin dan sudah menghadiri kursus perkahwinan tahun lalu.
“Saya tidak menyangka sikap arwah yang menjadi seorang penyayang serta menyuarakan hasrat berkahwin adalah petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya.
“Arwah menyatakan hasrat untuk berkahwin dan meminta kami meminang rakan wanita pilihannya itu selepas Aidilfitri tahun ini, namun hajatnya tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung, di sini, semalam.
Menurut Harisah, walaupun sedih dengan pemergian anaknya itu yang menjadi harapan keluarga, dia tetap reda dengan kejadian itu kerana menganggap ia takdir Allah SWT.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kereta Proton Saga BLM dipandu mangsa dari arah Segari menghala ke Seri Manjung dipercayai memotong sebuah kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan.
Katanya, ia menyebabkan kereta dipandu mangsa itu bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan tong gas dari arah Seri Manjung kira-kira jam 7.25 pagi semalam.
“Mangsa meninggal di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat, manakala pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sumber Info:Hmetro (node44858)Ahad, 19 April 2015 @ 5:33 AM



Sumber Foto:Romihadi Rose 

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp BSKHku
melalui Talian Hp +601126422627 
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku