Khamis, 26 November 2015

Remaja Maut Di Lebuhraya Elite 26/11/2015



SEPANG 26 Nov. - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut, sementara empat lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 34.7 di Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke selatan di sini petang ini.
Dalam kejadian pada pukul 3.15 petang, van jenis Nissan Vanette yang dinaiki remaja itu hangus terbakar, manakala kereta Proton Iswara remuk teruk.
Mangsa yang parah telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang.


Sepang: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas van dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 34.7 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) selepas susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala Nilai, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Julieanah Mahfud maut di tempat kejadian manakala tiga ahli keluarganya di dalam van berkenaan iaitu dua wanita dan seorang lagi kanak-kanak, cedera parah.
Pemandu Proton Iswara berkenaan hanya cedera ringan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat KLIA berkata, kemalangan membabitkan sebuah van dan kereta Proton Iswara dipandu seorang lelaki.
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.18 petang dan sebuah jentera dengan sembilan anggota dikerah ke tempat kejadian.
"Setiba di tempat kejadian pada jam 3.37 petang, mereka mendapati sebuah van terbakar manakala sebuah Proton Iswara remuk bahagian depan.
"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh 10 minit tetapi van berkenaan musnah sepenuhnya.
“Mangsa dalam kereta Proton Iswara berjaya dikeluarkan orang awam," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan mangsa bersama ahli keluarga dalam perjalanan dari Sungai Buloh, Selangor, ke Melaka.


Sumber Kiriman Crew
Dhia Hayati
#DITW
#infoBSKhkuCrew

Sabtu, 21 November 2015

Kalau Belum Ajal


Bentong: Suami isteri nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori membawa muatan besi bunga di kilometer 43.4 lebuh raya Kuala Lumpur-Karak, tengah hari tadi.
Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 60 tahun yang memandu kereta sedang dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke Kuantan bersama isterinya, 55,.
Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, lori yang dipandu lelaki berusia 33 tahun di lorong sebelah tiba-tiba hilang kawalan dan terbalik sebelum menghempap kereta itu menyebabkan kedua mangsa tersepit di dalam kenderaan mereka.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mansor Mohamad Nor berkata, akibat daripada kejadian itu, semua mangsa termasuk pemandu lori tersepit sebelum dikeluarkan oleh pihak Bomba dan dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.
Menurutnya, pihak pengurusan lebuh raya, Anih Bhd sudah mengambil tindakan segera membersihkan jalan daripada muatan besi yang bertaburan atas jalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.







Sumber Kiriman Crew
Semut Gergasi
Cicak Lemans
#InfoBSKHkuCrew

Khamis, 19 November 2015

Tayar tercabut punya pasal

Kemaman: Empat lelaki nyaris maut dalam kemalangan membabitkan tiga lori selepas tayar satu daripada kenderaan berat itu tercabut dalam kejadian di Kilometer 273.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Cheneh, Kemaman, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, pemandu sebuah lori muatan papan memberhentikan kenderaan di sebelah kiri jalan selepas tayar belakang kenderaan dipandunya tercabut.
Melihat keadaan itu, pemandu sebuah lagi lori membawa muatan serupa di laluan sebelah kanan mengambil tindakan mengejut dengan masuk ke laluan kiri sekali gus menyebabkan pemandu lori tangki di belakangnya gagal membrek lalu merempuh kedua-dua lori terbabit.
Akibat rempuhan itu, satu daripada lori berkenaan terbalik menyebabkan papan dibawa berselerekan di atas jalan manakala kepala lori tangki remuk teruk.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, akibat kemalangan itu, pemandu lori tangki, Damauhuri Dawani, 46, dari Kampung Gebuk Mantin, Negeri Sembilan, patah kaki kanan manakala pemandu dan kelindan dua lagi lori cedera.
"Semua kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan," katanya.

Sumber Info:Hmetro (node 94274)
Rosli
Khamis, 19 November 2015 @ 6:35 PM









Sumber Kiriman Crew
Semut Gergasi
#InfoBSKHkuCrew

Tragedi melintas jalan




Johor Bahru: Bayi lelaki berusia setahun tiga bulan maut tercampak ketika didukung ibu saudaranya yang melintas jalan selepas mereka dilanggar lori tiga tan dalam kejadian di Jalan Bakar Batu Permas berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini, 10 pagi tadi.
Mohammad Qayyum Mohd Saffari meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibu saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam, Suhaila Shaharudin, 41, parah.
Mayat Mohammad Qayyum dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala Suhaila dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.
Menurut saudara mangsa yang enggan dikenali, mangsa yang maut adalah anak bongsu daripada empat beradik.





Sumber Info:Mohamad Fahd Rahmat (node 94252)
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 3:43 PM

#InfoBSKHkuCrew