Khamis, 19 November 2015

Tayar tercabut punya pasal

Kemaman: Empat lelaki nyaris maut dalam kemalangan membabitkan tiga lori selepas tayar satu daripada kenderaan berat itu tercabut dalam kejadian di Kilometer 273.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Cheneh, Kemaman, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, pemandu sebuah lori muatan papan memberhentikan kenderaan di sebelah kiri jalan selepas tayar belakang kenderaan dipandunya tercabut.
Melihat keadaan itu, pemandu sebuah lagi lori membawa muatan serupa di laluan sebelah kanan mengambil tindakan mengejut dengan masuk ke laluan kiri sekali gus menyebabkan pemandu lori tangki di belakangnya gagal membrek lalu merempuh kedua-dua lori terbabit.
Akibat rempuhan itu, satu daripada lori berkenaan terbalik menyebabkan papan dibawa berselerekan di atas jalan manakala kepala lori tangki remuk teruk.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, akibat kemalangan itu, pemandu lori tangki, Damauhuri Dawani, 46, dari Kampung Gebuk Mantin, Negeri Sembilan, patah kaki kanan manakala pemandu dan kelindan dua lagi lori cedera.
"Semua kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan," katanya.

Sumber Info:Hmetro (node 94274)
Rosli
Khamis, 19 November 2015 @ 6:35 PM









Sumber Kiriman Crew
Semut Gergasi
#InfoBSKHkuCrew

Tragedi melintas jalan




Johor Bahru: Bayi lelaki berusia setahun tiga bulan maut tercampak ketika didukung ibu saudaranya yang melintas jalan selepas mereka dilanggar lori tiga tan dalam kejadian di Jalan Bakar Batu Permas berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini, 10 pagi tadi.
Mohammad Qayyum Mohd Saffari meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibu saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam, Suhaila Shaharudin, 41, parah.
Mayat Mohammad Qayyum dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala Suhaila dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.
Menurut saudara mangsa yang enggan dikenali, mangsa yang maut adalah anak bongsu daripada empat beradik.





Sumber Info:Mohamad Fahd Rahmat (node 94252)
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 3:43 PM

#InfoBSKHkuCrew