Selasa, 28 April 2015

Wanita Viral separuh bogel mengaku tidak bersalah

 Sumber Foto:Arkib BSKHku
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja spa dan model sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam minggu lalu.

Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mengikut pertuduhan, Persana Avril didakwa melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada pukul 2.07 petang 23 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan


Sumber Info:MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR
28/04/2015 1:14pm


Kuala Lumpur : Seorang wanita yang mendapat perhatian pengguna laman sosial melalui video yang viral kerana aksinya menanggalkan colinya sebelum mengajak seorang peniaga bertumbuk di Jalan Petaling, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini tadi atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.
Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33, yang berasal dari Sabah itu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.
Tertuduh yang juga model sambilan memakai jaket hitam dan skirt putih itu kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Petaling, pada 2.07 petang, Khamis lalu.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Mei ini sebagai sebutan semula. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan.

Sumber Info:Sarah Zulkifli (node 46933)
Selasa, 28 April 2015 @ 12:56 PM





Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Ingin Kongsikan secara Sukarela Dan Anda 
Anda Boleh Hantar Artikel Bahan Tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 



Tiada ulasan: