Khamis, 16 April 2015

Dua Orang Maut Di Rempuh Grand Livina Di Melaka.


Sumber Foto:Muhammad Azwanudin

JASIN - Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya maut apabila motosikal mereka naiki dirempuh sebuah kereta dari arah hadapan di Kilometer 14 Jalan Melaka-Muar di sini pada pukul 6.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, dalam kejadian itu penunggang motosikal, Norazmi Muhammad, 46, dan rakannya, Badrinorizaham Mahmud, 32, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Motosikal dinaiki dua lelaki itu yang datang dari arah Umbai menghala ke Merlimau telah memasuki laluan bertentangan mengakibatkan sebuah kereta dari arah Merlimau gagal mengelak dan merempuh motosikal tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sumber Info:
-Bernama
-Kosmo
16/04/2015 5:20pm




Sumber FoTo :
Muhammad Azwanudin
DiTw

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 

Gambar Viral "Kairuddin Noordin Rich" Dari Kuala Kangsar Menyatakan Bicara Kata.


Sumber Foto:Kairuddin Noordin Rich


BANDAR KUALA KANGSAR - Gambar dua kanak-kanak berjalan di dalam hujan bersama seorang wanita yang dipercayai ibunya di sini menjadi viral dalam laman sosial, Facebook.

Tiga keping gambar yang dimuat naik oleh seorang individu yang menggunakan nama profil, Kairuddin Noordin Rich itu menunjukkan ketiga-tiga mereka berjalan meredah hujan.

Khairuddin turut memuat naik status, mencadangkan pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut kerana berasa kasihan melihat keadaan dua kanak-kanak itu yang menggigil kesejukan.

Menceritakan kembali apa yang dilihatnya itu, penjawat awam tersebut, Mohd Kairuddin Noordin, 31, berkata, ketika merakamkan gambar tersebut, dia dalam perjalanan untuk membeli kad prabayar sebelum terserempak dengan dua kanak-kanak tersebut.

Menurutnya, dia melihat  seorang wanita mendukung seorang kanak-kanak perempuan manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dalam usia lingkungan lima tahun berjalan tanpa payung walaupun hujan lebat ketika itu.

“Saya keluar rumah kira-kira jam 1.30 pagi untuk pergi beli kad prabayar. Semasa tiba di kedai, saya ternampak seorang wanita dan dua kanak-kanak berjalan dalam hujan sambil cuba menahan kereta yang lalu.

“Saya bertanya kepada kawan saya berhubung perkara itu dan dia juga tidak tahu-menahu apa yang jadi pada mereka. Kemudian, saya minta mereka berteduh di kaki lima kedai di situ.

“Namun, mereka menolak dan wanita itu seakan ketakutan, mungkin bimbang dengan keselamatan diri dan anaknya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, apabila dia bertanya kepada wanita itu, mengapa mereka berada dalam hujan sebegitu, dia tidak menjawab sebaliknya memberitahu mencari seorang lelaki.

Katanya, wanita itu memberitahu mencari seorang lelaki yang dikatakan sebagai suaminya dan menolak pelawaan untuk dibawa ke rumah rakannya.

“Kami cadangkan supaya dia pergi ke Masjid Ridzwaniah kerana di sana mereka boleh berteduh dan menunaikan solat. Mungkin ada bantuan apabila mereka tiba di sana. Namun, dia tetap menolak dan mengatakan mahu pergi ke sebuah rumah yang ada pokok getah kerana dia meletakkan pakaiannya di situ,” katanya.

Menurutnya, kerana berasa amat kasihan dengan wanita dan dua kanak-kanak terbabit, Mohd Kairuddin memberikan payung dan pakaian kepada mereka kerana kanak-kanak itu kelihatan kesejukan.

“Saya kasihan melihat dua kanak-kanak itu yang menggigil kesejukan. Kita sebagai orang dewasa pun pastinya akan kesejukan kalau berada dalam hujan seperti itu, apatah lagi kanak-kanak tersebut.

“Saya tidak tahu apa berlaku kepada mereka namun tidak sepatutnya perkara sedemikian berlaku. Saya tunggu sampai jam 2 pagi sebelum pulang ke rumah saya.

“Waktu saya balik, mereka masih berlegar-legar di sekitar pekan Kuala Kangsar. Mungkin mereka tidak tahu ke mana mahu pergi,” katanya.


Sumber Info:Wartawan Sinar (1.380113)
16 April 2015

Sumber Foto:Kairuddin Noordin Rich




 Sumber Foto
Fandi Ahmad



Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp
melalui Talian Hp +601126422627
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Roti Canai Naik Harga Pada 1 Mei


Gambar Hiasan


MARANG - Pengusaha restoran di Marang akan mengekalkan harga makanan berasaskan gandum pada harga lama, walaupun terdapat segelintir peniaga di pusat bandaraya sudah mula bercadang untuk menaikkan harga roti canai.

Seorang pengusaha restoran di Bukit Payong di sini, Noramrah Mohamad, 34, berkata, harga roti canai masih kekal pada harga lama iaitu roti kosong RM1 sekeping; roti telur RM1.80; capati RM1.50; roti sardin RM3.20 serta roti tisu RM2.

Menurutnya, pihaknya juga tidak bercadang untuk menaikkan harga makanan berasas tepung itu dalam masa terdekat ini kerana enggan kehilangan pelanggan yang sudah biasa dengan harga lama walaupun restoran itu mendaftar untuk GST.

“Harga makanan berasaskan gandum masih kekal pada harga lama iaitu harga lama sebelum GST walaupun kos modal meningkat sedikit dari segi kenaikan harga barang mentah termasuk harga plastik bungkusan dan lain-lain,” katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan segelintir peniaga di pusat bandaraya yang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasas tepung, termasuk harga roti canai pada pada harga RM1.20 berbanding RM1 yang dicadangkan bermula 1 Mei ini.

Notis pemberitahuan harga baharu makanan berasas tepung bermula 1 Mei depan itu juga ditampal di beberapa sudut mudah dilihat pelanggan walaupun ia adalah sebuah kedai makan kecil yang dipercayai tidak mendaftar untuk GST.

Senarai harga itu juga tidak memaparkan perbandingan harga lama dan hanya memaparkan harga dicadangkan untuk dinaikkan bulan depan antaranya roti kosong RM1.20 sekeping; roti telur RM1.70; murtabak daging, ayam dan sardin RM3.50.

Seorang lagi peniaga di Bandar Marang, Mohd Awang, 50, berpendapat, tindakan peniaga di pusat bandaraya yang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasas tepung itu mungkin disebabkan keuntungan diperolehnya menjadi semakin mengecil.

Ini kerana, katanya, modal untuk membeli barang meningkat berikutan perlaksanaan GST walaupun pemilik premis itu mungkin tidak mendaftar untuk GST namun masih perlu membayar lebih sekiranya berlaku kenaikan harga barang.

“Selepas perlaksanaan GST, harga air batu naik, harga plastik membungkus makanan pun naik dan itu tidak termasuk barang-barang lain yang sepatutnya tidak mengalami kenaikan selaras dengan saranan kerajaan,” katanya.

Sumber Info:Wartawan SH (1.380050)
16 April 2015



Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp
melalui Talian Hp +601126422627
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Lelaki Warga India Di Temui Maut Di Dalam Longkang


Sumber Foto:
-Felixx ooi

Butterworth: Lelaki warga India ditemui maut di dalam longkang dengan kesan kecederaan di leher dan dagu di Jalan Bagan Dalam Butterworth kira-kira jam 10.41 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mayat mangsa ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di dalam longkang di lokasi kejadian yang berhadapan Pejabat Pos Bagan Dalam, di sini.
Difahamkan, mangsa yang cedera di leher dan dagu itu dipercayai dibunuh berdasarkan
siasatan awal polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Katanya, pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber Info: Shamsul Munir Safini (node44238)
Khamis, 16 April 2015 @ 2:36 PM


GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki warga India ditemui dengan beberapa kesan kecederaan dalam sebuah longkang besar di Jalan Bagan Dalam, Butterworth di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat lelaki dikenali sebagai K. Ajay, 30, itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada 10.40 pagi.
"Berdasarkan keadaan mayat, polis percaya lelaki yang memakai seluar jeans biru dan kemeja-T putih itu mati tidak sampai 24 jam lepas.
"Polis turut menemui pasport dan visa pekerja milik lelaki itu bersamanya, berdasarkan rekod visa, mangsa bekerja di sebuah tapak pembinaan di Manjung, Perak," katanya kepada pemberita di sini.
Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sumber Info:   Kosmo 16/04/2015 5:28pm







Sumber Foto:
-Felixx ooi

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 

Seorang Guru Maut Di Rempuh Lori

Sumber Foto:
Muhammad Fahmie

Kota Bharu: Seorang guru lelaki yang rutin hariannya berulang-alik dari Kampung Penambang, di sini ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Krai demi mendidik anak bangsa, maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah lori di depan sebuah pasar raya di Kampung Mulong, dekat sini, pagi tadi.Dalam kejadian 6 pagi itu, Mohd Zaki Mohd Nor,40, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Kia Spectra dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Krai untuk bertugas.
Katanya, lori yang merempuhnya dalam perjalanan dari Ketereh ke Kota Bharu.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat," katanya

Sumber Info:  Rosliza Mohamed (node44240)
Khamis, 16 April 2015 @ 2:37 PM


KOTA BHARU - Seorang guru maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai dirempuh sebuah lori treler dari arah bertentangan ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah di Jalan Mulong di sini, kira-kira jam 6 pagi tadi.
Mangsa Mohd Zaki Mohd Nor, 40 memandu kereta jenis Kia Spectra dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai untuk ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia Kuala Krai.
Mohd Zaki, baru tiga hari memulakan tugas setelah dua bulan mengambil cuti rehat selepas membuat rawatan pintasan jantung.
Mangsa yang tinggal di Kampung Penambang Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) itu sanggup berulang alik setiap hari dari rumahnya ke sekolah yang mengambil masa lebih dua jam perjalanan dari Kota Bharu ke sekolah berkenaan.
Isteri mangsa, Hanafitriah Yusof, 39, berkata, dia yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Melor hanya dimaklumkan mengenai kejadian oleh rakan setugas selepas menerima panggilan telefon.
"Terkejut bukan kepalang apabila menerima berita itu, namun saya tabahkan hati dan terus ke hospital untuk mengetahui keadaan mayat suami saya.
"Tidak saya sangka suami telah pergi selama-lamanya meninggalkan saya dan anak-anak memandangkan tiada sebarang petanda pelik ataupun perubahan yang berlaku padanya. Namun apapun saya reda dengan ketentuan ALLAH SWT," katanya kepada pemberita.
Mangsa meninggalkan empat anak berusia antara 13 hingga 2 tahun.
Menurut Hanafitriah lagi, jenazah suaminya dimandi dan dikafankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Penambang.
Sementara itu Ketua Polis Derah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, pemandu lori berkenaan juga mengalami kecederaan akibat tersepit.
"Setakat ini kita masih jalankan siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,"katanya.

Sumber Info :ROSALWANI CHE SOH   Wartawan SH (1.380166)
16 April 2015





KOTA BHARU - Seorang guru maut selepas kereta jenis Kia Spectra yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Pasar Raya PKT Mulong dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa Mohd. Zaki Mohd. Nor, 40, dari Kampung Pintu Gang di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Pemandu treler berkenaan bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan akibat tersepit di tempat duduknya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md.Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber Info: Wartawan Kosmo Nor Afiqah Mat Nor 16/4/2015 @15:02pm







Sumber Foto:
Muhammad Fahmie

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 

Gara-Gara Salah Faham Di Belasah Dengan Kayu


***Paparan Video Ada Di Bawah***

Kuala Lumpur: Gara-gara salah faham akibat kemalangan kecil, seorang lelaki cedera teruk dibelasah menggunakan sebatang kayu besar oleh pemilik kenderaan yang dilanggarnya.
Rakaman video kejadian itu yang didakwa berlaku di Petaling Jaya, kelmarin, mula tersebar melalui laman sosial hingga menimbulkan rasa simpati orang ramai.
Melalui rakaman itu, mangsa lelaki yang berusia lingkungan 50-an cuba memohon maaf kepada seorang lelaki berusia 30-an sejurus kereta dipandu melanggar kereta suspek.
Bagaimanapun suspek lelaki bertindak menendang perut mangsa hingga menyebabkan mangsa hampir terjatuh.

Sumber Info:Fardy Bungga (node44073)
Khamis, 16 April 2015 @ 8:26 AM











Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 

Pemandu Bas Ekspress Maut Di Jalan Miri-Bintulu

Sumber Foto:
-Jason Changgai Rodriguez
-Hafizi Jambu
-JBPM
-DTr

Miri: Pemandu bas maut manakala tiga penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki terbalik di Jalan Miri-Bintulu berdekatan Sarawak Oil Palms Berhad di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 9.15 pagi, bas yang dinaiki lapan penumpang itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, terdapat lapan penumpang di dalam bas berkenaan iaitu tiga tiga wanita dan lima lelaki.Menurutnya, pemandu yang maut dikenali sebagai Liew Yeh Shin, 52, manakala yang cedera
adalah dua lelaki dan seorang wanita."Penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Sumber Info:Mohd Rizal Abdullah (node44195)
Khamis, 16 April 2015 @ 12:08 PM




MIRI - Seorang lelaki maut manakala empat cedera apabila sebuah bas penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Miri ke Sibu terbalik di km 41 jalan Miri-Bintulu berhampiran Sarawak Oil Farm Berhad kira-kira pukul 9 pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kong berkata mangsa terbunuh ialah pemandu bas berkenaan, Liew Yeh Shin, 52, manakala empat penumpang cedera, iaitu dua lelaki dan dua wanita, diberi rawatan perubatan oleh pasukan perubatan ambulans Hospital Miri.
"Mangsa tersepit di dalam bas dan disahkan mati oleh pasukan perubatan. Punca kemalangan masih disiasat," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata sebelum kejadian, bas tersebut bertolak dari terminal bas di sini pada pukul 8.15 pagi dengan membawa lapan penumpang.
Katanya bomba dimaklumkan tentang kemalangan itu pada pukul 9.15 pagi dan segera menggegaskan sembilan anggota dari Balai Bomba Miri dan Balai Bomba Lopeng ke tempat kejadian.

Sumber Info :
-Sinar Harian
-Bernama









Sumber Foto:
-Jason Changgai Rodriguez
-Hafizi Jambu
-JBPM
-DTr

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 

Bidasan Pro Kontra Dari Pengguna Media Sosial Terhadap Fesyen Baju Melayu Hipster Yang Di Perkenalkan.


"Baju kurung pun baju tradisonal tetapi adanya baju kurung moden. Kenapa nak kecohkan baju Melayu yang sememangnya menutup aurat?" kata Zery Zamry, pereka fesyen baju Melayu Hipster yang akan mula dijual di Zalora esok.(16/4/2015)



Begitulah kata2 yg empunya mencipta "Baju Melayu Hipster",Namun Fesyen tersebut mendapat balasan pro dan kontra dari pengguna media sosial dan hangat di perkatakan di FB dan juga twitter....Kritikan banyak mempersoalkan tentang pengubahan yg terlalu ketara terhadap baju tersebut kerana di khuatiri dalam langkah permulaan ubahan ini sedikit demi sedikit tahun demi tahun akan menghapuskan keaslian Baju Melayu yg sedia ada.
Anda boleh membaca komen kritikan dan juga pro pada fesyen berkenaan yg telah Admin screenshot.














Admin:Kalau badan macam dlm gambar tu pakai mungkin nmpak segak,bagaimana kalau insan yg berbadan gempal dan boroi?
Bagaimana pulak bagi insan yg berbadan kurus?
Apa-apa pun pilihan di tangan anda sebagai pengguna sama ada tahun 2015 ini anda ingin kekalkan dengan cara berbaju melayu tradisi atau baju melayu hipster.


Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Abby Luna Di Perkosa (Bahasa Malaysia dan English Version)



























Nama /Name: Abby Luna
Alamat Tempat kejadian /Location Address: Roundabout 7, Block 1208, Road 812, Flat 813, Hamad town, Bahrain.

Perkataan dia dalam video tersebut adalah seperti berikut

"Saya ingin meminta bantuan kerana anak bos saya....dia merogol saya.
Dan saya memberitahu bos saya mengenainya dan dia berkata mengapa saya tidak memberitahunya segera.
Oleh kerana saya terlalu takut,saya takut dalam memberitahu....
Selepas saya dirogol oleh anaknya,dia mengugut saya bahawa jika saya memberitahu orang lain dia akan membawa saya ke padang pasir,membunuh dan kuburkan saya di sana.
Bos saya bercakap dengan saya awal hari ini.
saya memberitahu segala galanya tetapi dia berkata,anaknya memberitahu semalam bahawa saya rela pergi kepadanya.Mana mungkin saya akan berbuat demikian?saya berada di ruang tamu sedang membuat kerja,saya bukan bodoh untuk untuk melakukan perkara tersebut.
Bos saya kemudian memberitahu saya "Jika anda mahu pulang ke rumah,anda perlu menunggu selama dua bulan tetapi anda perlu membayar untuk tiket kerana ikatan kontrak dengan kami belum tamat tempoh".
Saya memberitahunya bagaimana saya akan menamatkan kontrak saya jika hidup saya berada dalam bahaya.
Bagaimana jika saya hamil?Beliau berkata,"Selepas satu minggu saya akan membawa kamu pergi periksa.Jika anda hamil saya,saya akan menggugurkannya dan anda boleh pulang ke rumah".
Adakah saya perlu menunggu untuk satu minggu lagi sebelum saya boleh pergi dari sini?
Saya benar-benar mahu pulang ke rumah.saya tidak dapat melaluinya lagi,Saya takut.....
Saya juga tidak mempunyai wang untuk membeli tiket saya.Tolong....Tolong bantu saya....Saya mahu keluar dari tempat ini.
Saya takut......
Sehingga kini alat kelamin saya masih sakit...atas perbuatannya...paha saya dan bahu saya lebam selepas dia menumbuk saya...seluruh badan saya sakit...".


Sumber Video Original/Original Video Source:noypistuff.blogspot.com

Her speech in that video:

"I would like to ask for help because the son of my boss....he raped me.And i told my boss about it and she said why i didn"t tell her right away.Because I was so scared,I got afraid in telling.....
After I was raped by her son,he threatened that if I will tell someone he will bring me to a desert,kill and bury me there.
My boss talked to me earlier today.I told her everything but she said his son told her last night that i willingly went to him.
How would i do that?i was at the living room working.i am not stupid to do such thing.
My boss hen told me if you want to go home,you have to wait for two months but you have to pay for the tickets because you didn't finish our contract.
i told her how will i finish my contract if my life is in danger.
What if i get pregnant?She said,'after one week i will get you checked.If you are pregnant i will have it aborted and i will let you go home."
Do i have to wait for one more week before i could leave?
i really want to go home.i can't handle this anymore.i am so scared.
i even don't have money to buy my ticket.
Help me please.....
Help me get out from this place.i am so scared.
Until now,my genitals still hurt...i have marks from his abuse,a bruise on my thigh after he punched me and a bruise on my shoulder.
My whole body hurts."
=======================================================================================

MANILA: The Philippines said Friday (April 10) it rescued a Filipina maid from her employer in Bahrain after she posted a desperate cry for help on her Facebook page.

Staff at the Philippine embassy were alerted to the plight of Abby Luna, who claims she was raped and beaten by her employer's son, after she posted the video on her Facebook page on Thursday morning. The video attracted about 78,000 shares and 19,000 likes.

"The rescue was prompted by the video message ... She is now under the care of our embassy," foreign ministry spokesman Charles Jose told AFP. Philippine embassy officials and staff from Luna's employment agency picked her up from her employer's house, Jose said, adding that police were investigating the incident.

Luna's alleged assailant denied to police that he attacked her, Ricky Aragon, vice-consul at the Philippine embassy in Bahrain, told AFP by phone. In the three-minute long video, which appears to have been made on a webcam, a sobbing Luna accused her employer's "drug addict" son of raping her. She also posted a written appeal for viewers to contact the Philippine embassy on her behalf.

"Help me get out of here. I'm scared. Until now, my genitals hurt. My leg is bruised. He (attacker) punched my leg to immobilise me," said the 28-year-old, who had been working in Bahrain for a year. "After my employer's son abused me, he threatened to kill me and bury me in the desert if I tell anyone about what happened."

Luna said her employer did not believe her claims of being raped and beaten and insisted she finish the remaining two months of her contract before she could go home. Her employer also told her to have an abortion if she fell pregnant, she added. Luna is among an estimated 10 million Filipinos working overseas to escape poverty and high levels of unemployment in the Philippines.

Many overseas Filipino workers, who account for a tenth of the country's population of 100 million, work in menial jobs and endure dangerous working conditions. Last year, a Filipina maid, Nargelene Mendez, was rescued from a house in Saudi Arabia after posting a video on her Facebook page claiming her employer had abused her.

Maids working in the Middle East frequently suffer abuse. Human Rights Watch has called on the United Arab Emirates to reform a restrictive visa system and pass a labour law to stop domestic workers are not exploited.

Source Info:
-AFP
-Channelnewsasia


Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp melalui No Hp + 601126422627
 www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku