Jumaat, 26 Jun 2015

Video Bazar Raya Di Bagan Serai Perak


Ekspo Bazar Raya di Dataran Alamanda Bagan Serai Perak.Kedai Lot 16 dan Lot 19.




Sumber Video
Admin BSKHku
#InfoCrewBSKHku


Rabu, 10 Jun 2015

kemalangan sebuah Bas Dan Myvi Di Jitra 6/6/2015



Jitra: Seorang lelaki berusia 38 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan bas di Batu 9 Jalan Alor Setar-Kangar, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 2.30 petang tadi, lelaki terbabit yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu bas lelaki, 59, mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, lelaki terbabit dalam perjalanan dari Kangar ke Alor Setar dan disyaki memotong kenderaan lain dari arah sama sebelum bertembung dengan bas dari arah bertentangan.
Menurutnya, lelaki terbabit yang gagal mengelak terus merempuh bas menyebabkan dia tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu bas yang cedera parah dirawat di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis.
Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya
Sumber info:Muhaamad Hafis Nawawi
Sabtu, 6 Jun 2015 @ 7:27 PM

Sumber Foto:
-Denish Hakimmie Marzaid
-Ujang Jb
-‪#‎NICrew‬ (Northern Info Crew)
-‪#‎InfoCrewBSKHku‬
-‪#‎ADcrew‬

Kemalangan di Kamunting pada 7 Jun 2015



Taiping: Dua wanita maut, manakala seorang remaja perempuan parah selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di kilometer 216.2 Lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran susur keluar Tol Kamunting pada 8.15 malam tadi.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.25 malam sebelum segera mengerakkan sepasukan anggota bersama satu jentera ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba anggota mendapati dua buah bas dan lima kereta terbabit dalam kemalangan itu.
"Ketiga-tiga mangsa berada dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios berjaya dikeluarkan oleh anggota bertugas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.
"Dua buah bas ekspres dan tiga kereta termasuk dua kenderaan pacuan empat terbabit dalam kemalangan itu," katanya.
Beliau berkata, kemalangan itu turut menyebabkan lalu lintas sesak teruk sehingga lebih lima kilometer.
Sumber Info:Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi (node 56336)
Ahad, 7 Jun 2015 @ 11:33 PM


Kemalangan Di Jalan Jelatek Kuala Lumpur





Kuala Lumpur: Kira-kira 25 kenderaan rosak apabila dirempuh sebuah lori membawa muatan tanah yang dipercayai mengalami masalah brek di Jalan Jelatek menghala ke Setiawangsa, petang tadi.
Kejadian pada 5.45 petang berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Setiawangsa itu dikatakan berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki tempatan dikatakan hilang kawalan kerana mengalami masalah brek.
Menurut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), laluan dua lorong di jalan berkenaan ditutup sepenuhnya bagi kerja mengalih kenderaan dan siasatan polis trafik.
Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah dilaporkan dalam kejadian itu.
"Kesesakan lalu lintas dilaporkan berlaku kira-kira dua jam sebelum satu lorong di jalan itu dibuka kepada kenderaan kira-kira 8 malam tadi," katanya.
Sumber Info:Asmah Rusman (node 56777)
Selasa, 9 Jun 2015 @ 9:25 PM

Sumber Foto:
Ujang JB
Aaw
‪#‎DTRAaw‬
‪#‎ADCrew‬
‪#‎InfoCrewBSKHku‬


Seorang Individu yang berbogel Di Gunung Kinabalu di Tahan Polis


Tawau: Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Keong Ho Eng mengesahkan seorang individu yang berbogel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu ditahan polis di Lapangan Terbang Tawau, tengah hari tadi.
Bagaimanapun, Keong ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penahanan terbabit dan hanya mengesahkan seorang wanita pelancong asing itu ditahan di lapangan terbang terbabit.
Menurut sumber, wanita terbabit ditahan sebelum berlepas dari Tawau ke Kuala Lumpur tengah hari tadi.Terdahulu, pada 30 Mei lalu, 10 pendaki warga Eropah yang menyertai aktiviti mendaki Gunung Kinabalu bertindak berbogel sebaik tiba di puncak Gunung Kinabalu.
Perbuatan itu membangkitkan kemarahan masyarakat negeri ini dan mengaitkan kejadian gempa bumi pada Jumaat lalu disebabkan sikap mereka yang tidak menghormati adat ketika berada di Gunung Kinabalu.
Sumber Info:Norasikin Daineh (node 56756)
Selasa, 9 Jun 2015 @ 7:02 PM

Sumber foto:
Ujang JB
‪#‎ADCrew‬
‪#‎InfoCrewBSKHku‬


Seramai 18 orang cedera apabila sebuah kereta yang terbabas
















Sydney: Seramai 18 orang cedera apabila sebuah kereta yang terbabas merempuh kafe di Ravenshore, 1, 710 kilometer di utara Brisbane, melanggar tong gas dan menyebabkan kebakaran hari ini.
Menurut jurucakap polis, kebakaran tong gas itu menyebabkan kafe berkenaan terbakar dan 18 orang cedera dengan tiga daripadanya parah.
Mangsa yang cedera ringan dihantar ke hospital berdekatan manakala yang cedera parah diterbangkan dengan helikopter.
Seorang pekerja ambulans berkata, ramai yang cedera akibat melecur dan dan bomba terpaksa mengambil masa beberapa jam untuk memadamkan kebakaran kafe itu.
Menurut laporan akhbar Cairns Post, berlaku tiga letupan yang hampir menerbangkan bumbung kafe berkenaan dan gegaran boleh dirasai di seluruh pekan yang berpenduduk kira-kira 1,000 orang itu.
Saksi, Ken Hodge memberitahu Australian Broadcasting Corporation, dia nampak dua kereta bertembung di depan kafe berkenaan dan satu daripadanya melambung masuk ke dalam kafe. - AFP

sumber Info:Wartawan Hmetro (node 56740)
Selasa, 9 Jun 2015 @ 3:38 PM

Lawati kami di www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku.
Kongsikan sebarang maklumat kepada kami di No Talian Whatsapp 01126422627


Seorang anggota polis maut manakala enam lagi cedera




















Gua Musang: Seorang anggota polis maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 1.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Bandar Utama di sini kira-kira 2 petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Waja dipandu mangsa Che Nazran Che Nat, 30-an dari arah Kuala Krai ke Gua Musang hilang kawalan dan bertembung dengan kereta dinaiki enam sekeluarga.
Pertembungan itu menyebabkan Che Nazran yang bertugas di Balai Polis Serdang meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan enam sekeluarga termasuk warga emas berusia 70 tahun parah dengan empat daripadanya tercampak keluar dari kenderaan.
Mangsa cedera dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM). Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sumber Info:Ramli Ibrahim (node 56750)
Selasa, 9 Jun 2015 @ 5:34 PM

Sumber Foto:
#InfoCrewBSKHku

Lawati Kami di www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku untuk berita yang terbaru dan yang telah di kemaskini.

Jika anda mempunyai info atau maklumat yang ingin di salurkan kepada kami,anda boleh salurkan ke No Talian Whatsapp kami di 01126422627