Ahad, 12 April 2015

Suami Isteri Maut selepas kereta bertembung



Kota Tinggi: Suami isteri maut dalam kemalangan selepas kereta mereka bertembung dengan kenderaan lain, di Kilometer 48 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, 3 petang ini.(11/4/2015)
Kejadian berhampiran Ladang Getah Malaysia (LGM) Jalan Mawai itu meragut nyawa mangsa yang dikenal pasti sebagai Abdul Sidek Selamat, 59, dan Siti Mariam Abdul Hamid, 53.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan di hantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Kota Tinggi.
Jurucakap bomba berkata, sepasukan lima anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan 3.07 petang.
Menurutnya, pihaknya terpaksa bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.
"Operasi tamat 4.01 petang. Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Difahamkan, pemandu kenderaan lain itu hanya cedera.

Sumber Info:Ahmad Othman   Sabtu, 11 April 2015 @ 11:00 PM





 


 Sumber Foto:
-Bai Tg
-DITW
-Malaysian Team Respond (MTR)

Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Seorang Lelaki Parah Di Tetak



Kota Bharu: Seorang lelaki berusia 44 tahun parah selepas ditetak di paha menggunakan senjata tajam di kebun getah, Kampung Pengkalan Datu, Kota Bharu, kira-kira 6.30 pagi tadi.
Akibat kejadian itu, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa dipercayai dicederakan tiga lelaki dengan seorang daripadanya dikenali sebagai Bob.
"Siasatan masih dijalankan dan dia dipercayai berasal dari Kuala Krai tetapi dibawa ke situ untuk dicederakan.
"Kejadian disedari seorang penternak yang mahu mengalih lembunya pada 7.30 pagi. Dia yang menghubungi polis," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber Info:Rosliza Mohamed   Ahad, 12 April 2015 @ 7:20 PM




Sumber Foto:
Malaysian Team Respond (MTR)


Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Seorang Bikers Yang Menunggang Ducati Maut di KM 36 Jalan Kimanis -Keningau Sabah




Papar: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke bahu jalan sebelah kanan di Kilometer 36 Jalan Kimanis - Keningau, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa Ady Yuzaidy Jaafar, 29, menunggang motosikal Ducati meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah dibahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Abdul Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari Sook menuju balik ke Menumbok untuk pulang ke Labuan.
"Dalam Perjalanan, apabila tiba di puncak bukit, mangsa dipercayai memecut laju sebelum hilang kawalan ketika menuruni bukit dan terbabas," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber Info:Junaidi Ladjana        Ahad, 12 April 2015 @ 7:40 PM









Sumber Foto:
-Dady Fattah
-DiTw
-Jalil art
---------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627

KHIDMAT MASYARAKAT: JOM PAKAT -PAKAT BANTU MEMBANTU BABY MOHD KHALID



Assalamualaikum Dan selamat Petang kepada Semua Rakan -Rakan /Peminat/pengikut/Pengunjung BSKHku.Artikel Khidmat Masyarakat ini adalah bertujuan membantu serta meringankan bebanan yang di tanggung oleh keluarga tersebut di samping sentiasa mendoakan kesejahteraan anak tersebut dan di beri petunjuk atau Jalan oleh Allah SWT agar dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.Jika anda punya niat yang ikhlas untuk membantu dari segi wang ringgit dengan kemampuan yang anda ada,anda bolehlah berbuat demikian dengan membuat kiriman wang melalui akaun Bank Ketua keluarga berkenaan di no akaun 03012-41-00009774 (BSN) YUHARI BIN AB GHANI (Ketua Keluarga).Semoga dengan cara ini dapat kita meringankan bebanan yang di tanggung oleh pihak mereka dan semoga segala Jasa kita semua Allah SWT melimpahkan rahmatnya kepada kita di dunia dan hari Akhirat.
Sekian Terima Kasih.

Admin :Jangan Tunggukan sesuatu yang banyak baru kita nak hulur tapi cukuplah sekadar yang kita mampu walau nilainya RM10,Janji Ikhlas.Insya Allah jika kita berjemaah membantu satu sama lain,iannya akan meringankan pihak yang amat memerlukan.

Coretan Asal :Admin BSKHku



Assalamualaikum,,alhamdulillah . ‪#‎TGKWC‬ sekarang berada di rumah Baby Mohd Khalid di Kg Lepan Anjung Stong,Dabong,Kelantan .. Baby Khalid menghidapi sakit (Tanpa tempurung kepala) ..dikesan semasa dalam kandungan 5 bulan .. Baby Khalid mempunyai adik kembar iaitu baby Mohd Talid (Normal) ...Berapa kali pergi Hospital Kuala Krai tapi ditolak kerana Doktor/Pakar tak dapat cari jalan penyelesaian untuk sakit yg dialaminya .. malah mereka juga tidak mempunyai dana untuk mmbuat apa2 pembedahan ..Ya Allah tak sampai nya hati tengok penderitaan baby ni .. mari sama2 menghulurkan bantuan sedikit sebanyak .. dan doakan untuk baby khalid .. bagi yg ingin menziarahinya dirumah boleh ke alamat tertera diatas .. bagi yg ingin menghulur bantuan boleh bank in ke no acc
03012-41-00009774 (BSN)
YUHARI BIN AB GHANI (bapa).

Coretan Asal:TGKWC
=================================================
Dihimpit tekanan hidup,dugaan silih berganti...sering diuji selalu diduga..
Namun inilah di namakan kehidupan..
Berat Mata mata yg memandang,berat lagi bahu yg memikul,berat lagi hati yg menanggung...
Ketabahan & kekuatan hati sepasang keluarga suami isteri...Pn.Suhaila Binti Harun,28 tahun seorang ibu muda yg tinggal di Lepan Anjung Stong, Dabong yg begitu cekal selepas melahirkan sepasang anak kembar..kedua duanya lelaki tetapi nasib salah seorang ank beliau mengidap penyakit ganjil. Kesayuan terukir dihati kami bila melihat keadaan kehidupan mereka yg serba kekurangan tersentuh hati kami...

Coretan Asal :Sukan star Tv











Sumber Foto & Info:
-Sukan Star Tv
-Ku Na
-Zarina Naja
-Opie Sokmo
-Nur Fitri Damia
-Disaster In The World (DiTw)
-Team gerak Khas WarnaCeria (TGKWC)
-Abu Kashaf


===================================================
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


JANGAN MUDAH PERCAYA MAKLUMAT DI LAMAN SOSIAL - KETUA POLIS KEDAH



Alor Setar, 12 April - Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya
mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada pihak polis.
Beliau berkata maklumat tidak sahih berkaitan kes jenayah dan soal keselamatan setempat yang menjadi 'viral' dalam laman sosial boleh mencetuskan kebimbangan dan panik dalam masyarakat.
Katanya contohnya kejadian kanak-kanak mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat terkena pisau baru-baru ini dipercayai berpunca daripada ibu bapa mereka bergaduh yang dikatakan berlaku di Sungai Petani adalah tidak benar.

Artikel Berkaitan Perihal Tersebut 

"Kejadian itu berlaku di negara jiran dan menjadi viral yang mengatakan kejadian itu berlaku di Sungai Petani. Ini menyebabkan berlaku kekeliruan dalam masyarakat, timbul rasa gelisah dan marah oleh masyarakat.
"Masyarakat perlu semak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita menerusi pihak polis serta media cetak dan elektronik tempatan yang melaporkan berita yang sahih," katanya pada Majlis Makan Malam PDRM Bersama Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini malam tadi.
Zambri berkata peranan yang dimainkan media amat besar dengan dapat memperbetulkan maklumat yang salah yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan kegelisahan masyarakat.
Dalam pada itu, beliau berkata hubungan antara media dan polis amat penting dalam penyampaian maklumat yang tepat kepada masyarakat setempat sekaligus menangkis maklumat palsu.
Pada majlis itu, sebanyak 32 orang pengamal media di negeri ini
menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Kedah atas kerjasama dalam pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti.

Sumber Info:
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

=============================================
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627

Dendam bekas tunang menyebabkan Dia Di Tikam Mati.



Kluang: “Tiga hari lalu, arwah beritahu hatinya tidak tenang selepas bekas tunang bertemunya dan memberikan amaran jika dia tidak dapat, orang lain juga tidak boleh memiliki dirinya,” kata Kamarul Azwan Ahmad Ismail, 23, abang kepada Nursyafikah yang disyaki maut ditikam dalam kejadian di pekarangan parkir kenderaan di Pasaraya Econsave Kluang di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, dia menasihati adiknya itu bersabar dan minta tidak terlalu memikirkan hal itu.
“Kami sekeluarga lega apabila bekas tunangnya yang berusia 23 tahun datang ke rumah pagi semalam (kelmarin) kononnya untuk memohon maaf kerana pernah menimbulkan kesulitan kepada arwah adik.
“Dia datang ke ke rumah kami jam 10 pagi dan berjanji tidak mengganggu Nursyafikah yang bekerja sebagai kerani di pasar raya itu,” katanya ketika ditemui di Felda Ulu Denga di sini, semalam.
Nursyafikah yang juga anak ke-10 daripada 11 beradik disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom selepas ditikam lelaki dipercayai bekas tunangnya dalam kejadian jam 6 petang.
Menurut Kamarul Azwan, adiknya sedia memaafkan lelaki itu yang datang ke rumah mereka dengan menaiki teksi sewa dan dia turut menghantarnya hingga ke Stesen Bas Kluang kerana bekas tunangnya itu mendakwa mahu ke rumah bapa saudara di Jengka, Pahang.
“Saya juga menghantar adik ke tempat kerjanya dan pulang ke rumah. Ketika saya bangun tidur selepas solat Jumaat, saya menerima panggilan telefon daripada rakan sekerjanya yang memberitahu arwah ditikam lelaki.
“Nursyafikah dikejarkan ke hospital oleh majikannya dan kami sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan arwah dalam keadaan tenat sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, dia difahamkan kejadian berlaku ketika waktu rehat sebelum lelaki berkenaan tiba-tiba muncul di pasar raya berkenaan dan bertemu Nursyafikah di kantin serta memujuknya berbincang di parkir kenderaan.
“Arwah sepatutnya berkahwin pada September ini selepas bertunang buat kali kedua dengan jejaka pilihannya dari Felda Ulu Tebrau di sini, bulan lalu,” katanya.
Kakak mangsa, Sadiah, 40, berkata, keluarganya memang mengenali suspek kerana mereka pernah bertunang lebih kurang setahun sebelum hubungan mereka putus.
“Suspek memang panas baran dan sering pukul adik walaupun di hadapan ibu dan saya setiap kali mereka berjumpa menyebabkan kami sekeluarga memutuskan pertunangan mereka,” katanya.
Menurutnya, adiknya itu putus tunang dengan lelaki berkenaan enam bulan lalu sebelum dia bertunang buat kali kedua dengan lelaki lain.
Sementara itu, ibu mangsa, Bedah Bontak, 62, berkata, sebelum ke tempat kerjanya mangsa ada berpesan supaya menyimpan sambal udang kegemarannya untuk dimakan selepas pulang bekerja.
“Apa diharapkan, suspek ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal walaupun ia tidak akan mengembalikan arwah semula ke pangkuan keluarga kami,” katanya.

Sumber Info :Mary Victoria Dass dan Adnan Ibrahim (Ahad, 12 April 2015 @ 5:26 AM)

Cerita Berkaitan ada di Link Ini :

Foto Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Johor

KLUANG - Pihak polis sedang giat memburu seorang pemuda yang disyaki menikam gadis bekas tunangnya di sini dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, pihaknya percaya suspek yang berusia lingkungan 20-an masih berada di negeri ini.
"Setakat ini hanya seorang suspek yang dikenal pasti terlibat dan polis sedang berusaha untuk memberkasnya," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, pihak polis sudah mempunyai petunjuk dan berharap dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan segera.
Siasatan kes dilakukan dari pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam dan di luar pasar raya tempat berlaku kejadian, katanya.Mohd Roze berkata, laporan bedah siasat mengesahkan punca mangsa meninggal  adalah disebabkan tusukan pisau di rusuk kiri dan terkena paru-parunya.
Beliau berkata ia merupakan kes bunuh bermotifkan dendam serta cemburu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pihak polis.
Mangsa Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dipercayai ditikam oleh bekas tunangnya kerana merasa cemburu mangsa mempunyai pengganti dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Sumber Info :Sinar Harian (12/4/2015)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627

Perodua Alza dan Perodua Myvi Terbakar Di Melaka.



Melaka: Dua kereta terbakar selepas terbabit kemalangan berhampiran Hospital Melaka, di sini, pagi tadi.Kejadian kira-kira 7.30 pagi, dipercayai berlaku selepas Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun terbabas dan melanggar Perodua Alza.
Sumber polis berkata, Perodua Myvi berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar Perodua Alza yang dinaiki sepasang suami isteri yang datang dari bertentangan.
"Bagaimanapun pemandu dan penumpang kedua-dua kereta terbabit sempat keluar sebelum kenderaan yang dinaiki mereka terbakar.
"Pasangan suami isteri itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala pemandu Myvi tidak mengalami kecederaan," katanya.
Sumber Info :Nur Saliawati Ahad, 12 April 2015 @ 1:11 PM





























Sumber Foto:
-Far ten At'yrah
-upin
-DiTw
-DiTW Parliment 2
-Faizal Buyong

-----------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627

Video CCTV Rompakan Kedai Emas Jalan Tunku Abdul Rahman


KUALA LUMPUR - Kurang daripada lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun lapan lelaki bersenjatakan pistol dan parang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian berlaku pada jam 6 petang tadi ketika kedai tersebut masih beroperasi.
"Tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol, seorang membawa bawa tukul besi dan seorang lagi membawa parang.
"Bagaimanapun tiada tembakan yang dilepaskan dan suspek bertindak memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul dan melarikan barang kemas dari tujuh dulang barang kemas," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
 Beliau berkata, kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri ke arah Dataran Merdeka dengan menaiki motosikal.Zainuddin berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati empat buah motosikal jenis Yamaha 125Z yang masing-masing dinaiki lima suspek sedang menanti di luar premis itu.
"Kedai itu telah beroperasi selama 20 tahun dan ketika kejadian terdapat dua pekerja di dalamnya. Terdapat juga beberapa saksi melihat kejadian itu, namun mereka tidak berani untuk membantu," katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 4, Akta Senjata Api Penalti Berat 1971.
Sementara itu, sebuah lagi kedai emas nyaris dirompak oleh empat lelaki di Rawang pada jam 3.45 petang tadi.  Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, empat lelaki yang memakai topi keledar bermuka penuh menyerbu masuk ke premis itu dengan seorang daripada mereka mengacukan senjata menyerupai pistol manakala tiga lagi memegang tukul dan memecahkan meja pameran.
"Semasa kejadian terdapat empat pekerja dan tiada pelanggan di dalam premis itu. Namun suspek gagal merompak setelah menyedari kehadiran polis.
"Suspek melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC.3," katanya ketika dihubungi.
 Kesemua suspek sedang diburu.

Sumber Info :Wartawan Sinar Artikel 10/4/2015











Paparan CCTV Video Rompakan Kedai Emas


Sumber Video :
-Pemilik Asal CCTV
-Sukan Star Tv 

===========================================================
***Makluman***
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
Anda perlu Nyatakan
1-Tarikh Dan Masa Kejadian
2-Serba Ringkas Info  Kejadian Tersebut.
3-Bahan Artikel Mestilah kepunyaan Anda sendiri.
4-Jika Bahan Artikel dari hasil perkongsian dari Group atau Rakan Anda,Anda  mestilah menyatakan Sumber Perolehan Bahan Kepunyaan nama Pemilik Asal atau Nama Sumber yang anda dapat..
5-BAHAN yang menghina sesuatu Kaum,politik,lucah dan yang boleh mengugat kesejahteraan Negara atau Individu atau Agama adalah TIDAK DI BENARKAN SAMA SEKALI.

***Bahan Artikel FOTO atau VIDEO yang kepunyaan Anda dan anda kongsikan dengan BSKHku adalah HAK MILIK ANDA,admin hanya tolong menyiarkannya dengan membawa nama pemberi sumber Asal atau Nama Pemberi Info***

Sekian Terima Kasih.