Ahad, 12 April 2015

JANGAN MUDAH PERCAYA MAKLUMAT DI LAMAN SOSIAL - KETUA POLIS KEDAH



Alor Setar, 12 April - Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya
mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada pihak polis.
Beliau berkata maklumat tidak sahih berkaitan kes jenayah dan soal keselamatan setempat yang menjadi 'viral' dalam laman sosial boleh mencetuskan kebimbangan dan panik dalam masyarakat.
Katanya contohnya kejadian kanak-kanak mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat terkena pisau baru-baru ini dipercayai berpunca daripada ibu bapa mereka bergaduh yang dikatakan berlaku di Sungai Petani adalah tidak benar.

Artikel Berkaitan Perihal Tersebut 

"Kejadian itu berlaku di negara jiran dan menjadi viral yang mengatakan kejadian itu berlaku di Sungai Petani. Ini menyebabkan berlaku kekeliruan dalam masyarakat, timbul rasa gelisah dan marah oleh masyarakat.
"Masyarakat perlu semak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita menerusi pihak polis serta media cetak dan elektronik tempatan yang melaporkan berita yang sahih," katanya pada Majlis Makan Malam PDRM Bersama Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini malam tadi.
Zambri berkata peranan yang dimainkan media amat besar dengan dapat memperbetulkan maklumat yang salah yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan kegelisahan masyarakat.
Dalam pada itu, beliau berkata hubungan antara media dan polis amat penting dalam penyampaian maklumat yang tepat kepada masyarakat setempat sekaligus menangkis maklumat palsu.
Pada majlis itu, sebanyak 32 orang pengamal media di negeri ini
menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Kedah atas kerjasama dalam pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti.

Sumber Info:
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

=============================================
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627


Tiada ulasan: