Jumaat, 24 April 2015

Teruk Kena Belasah Dengan Mat Rempit.


Semenyih: Pemuda berusia 23 tahun lebam kedua-dua mata dibelasah sekumpulan `mat motor’ di sebuah restoran di Pelangi Semenyih 2, di sini, tengah malam tadi.
Mangsa yang berasal dari Taman Tasik Kesuma, dikatakan menegur beberapa penunggang lain di restoran berkenaan.
Sumber berkata, berang akibat teguran itu beberapa lelaki terbabit kemudian membelasah mangsa termasuk menyepak di bahagian mukanya.
"Mangsa parah di muka, cedera di kaki dan tangan selain mengalami pendarahan yang banyak," katanya.
Menurutnya, perkara dikesalkan adalah mangsa yang terlentang di jalan langsung tidak dipedulikan orang awam yang menyaksikan kejadian.
"Selang lima minit kemudian, datang seorang lelaki memapah mangsa ke dalam restoran dan memberinya minuman," katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian menghubungi bapanya sebelum membawanya ke klinik berhampiran.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, ketika dihubungi pihaknya akan mengambil tindakan segera terhadap kejadian itu.

Sumber Info:Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (node 45913)
Jumaat, 24 April 2015 @ 1:13 AM

Sumber Foto:Hmetro

-------------------------------------------------- -------
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku
Melalui Talian Hp +601126422627
Www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Pemandu lori Maut Di KM 414.0 Lebuhraya Utara Selatan (22/4/2015)



Kuala Kubu Bharu: Anggota bomba terpaksa mengambil masa lebih tiga jam mengeluarkan mayat S Manivannan, 30, yang maut selepas treler dipandunya terbabas dan terjatuh ke bawah jambatan di Kilometer 414.0 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Lembah Beringin awal pagi tadi.
Kejadian berlaku pada 5.45 pagi dan difahamkan treler dipandu mangsa terbabas dan melanggar besi penghadang lebuh raya lalu terjunam ke bawah jambatan.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu (BBPKKB) Omar Mohd Yatim berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.48 pagi dan pihaknya tiba di lokasi pada 6.32 pagi."Operasi menyelamat mengambil masa berikutan kedudukan mangsa di bawah kepala treler yang terbalik.“Operasi disambung pasukan kedua pada 9.25 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II BBPKKB Shamsol Majidy Hassan berkata, pasukannya berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira tujuh minit selepas pasukannya mengambil alih tugas mengeluarkan mangsa.Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Sumber info:Amrullah Abdul Karim (node 45581)
Rabu, 22 April 2015 @ 11:56 AM

Sumber Foto:JBPM


-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku
Melalui Talian Hp +601126422627

2 Maut 2 Parah 1 Selamat di Panah Petir Semasa Sedang Mencari Rezeki


Jasin: Dua lelaki maut, dua parah manakala seorang selamat selepas dipanah petir dalam kejadian di Taman Muhibah, Merlimau, di sini, kira-kira 4 petang tadi.
Kesemua mangsa dikatakan pergi ke tempat kejadian untuk mengambil madu.
Difahamkan, kawasan berkenaan hujan tidak lama selepas mereka tiba di lokasi itu.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata mangsa yang meninggal adalah Shahrul Nazrin Rozlan, 25 dan Zul Effendi Abdullah, 23.
"Mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat. Dua yang cedera pula kini sedang dirawat di Hospial Melaka dan berada dalam keadaan trauma," katanya.

Sumber Info:Nur Saliawati Salberi (node 45896)
Khamis, 23 April 2015 @ 9:11 PM

Sumber Foto:
-Mohammad Faizal Md Yasin
-kem 10


JASIN - Dua maut manakala dua lagi cedera dipercayai akibat dipanah petir ketika mencari mereka madu kelulut di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Taman Muhibbah Merlimau di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kedua-dua mangsa Shahrul Nazrin Roslan, 24, dan Zul Effendi Abdullah, 23, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.
Manakala dua mangsa yang cedera iaitu Mohd Saad Md Rasul, 40, dan Shahnor Hafizi Shahmat, 26, dihantar ke Hospital Melaka.
"Ketika kejadian hujan lebat turun bersama angin kencang serta petir. Mangsa keluar pada jam 3.30 petang untuk mencari madu bersama bapa saudara mereka (bapa saudara Shahrul Nazrin dan Zul Effendi) serta adik lelaki Zul Effendi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, bapa saudara mangsa iaitu Nor Azman Bujang, 48, terlebih dahulu pulang ke rumah sebelum kejadian dan dimaklumkan tentang kejadian oleh adik lelaki Zul Effendi iaitu Mohd Nordin Azman, 11.
Sementara itu, Nor Azman berkata, beliau dimaklumkan kejadian itu oleh Mohd Nordin sebaik tiba di rumahnya di Jalan Paya Lengkung, Merlimau kira-kira 4.45 petang.
"Pada mulanya saya mengajak Mohd Nordin untuk pulang ke rumah kerana cuaca hampir hujan tetapi beliau minta saya balik dulu kerana dia hendak mencari madu bersama yang lain. Selepas hujan berhenti dia balik dan maklumkan mereka (mangsa) dipanah petir," katanya.
Beliau kemudian bergegas ke tempat kejadian dan melihat dari jauh semua mangsa telah terbaring dan mendapati Shahrul Nazrin serta Zul Effendi tidak lagi bernyawa.
Katanya kedua-dua anak saudaranya itu tiada pekerjaan tetap dan hanya bergantung kepada upah melakukan kerja kampung termasuk mencari madu kelulut.

Sumber Info:Wartawan Sinar (1.382877)
23 April 2015





-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku
Melalui Talian Hp +601126422627

Hentikan Penyebaran Berita Palsu

Sumber Foto:Hmetro

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penyebaran maklumat yang meminta wanita dan kanak-kanak supaya berwaspada ketika keluar rumah kerana dikhuatiri diculik sebelum dibunuh bagi penjualan organ dalaman adalah tidak benar.
Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata sehingga ini, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian terbabit di kawasan yang dinyatakan dalam maklumat palsu berkenaan.
Menurutnya, penyebaran maklumat palsu ini dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan ia akan hanya membangkitkan kegusaran masyarakat tanpa sebab.
"Jadilah masyarakat yang bijak menilai sesuatu berita dengan menyemak dahulu kesahihannya sebelum berkongsi dengan pihak ketiga.
"Penyebaran berita yang tidak benar harus berhenti di tangan anda kerana ianya akan menyebabkan kegusaran di kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, malam tadi.

Sumber Info:Fardy Bungga (node 45903)
Khamis, 23 April 2015 @ 11:15 PM

Sumber Foto:Hmetro

Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

1 Terkorban 3 Cedera Parah dalam Insiden Tetak.(Luar Negara)

Mangsa Tetak sedang menjalani Rawatan Di RS Adjidarmo Rangkasbitung Lebak

Lebak Hanter (Rabu 22/4/2015)Pihak polis Resor Lebak menangkap Seorang Suspek yang melakukan kes tetak terhadap 4 wanita penduduk Sukadaya Daerah Cikulur dan Satunya meninggal dunia."Kami menangkap suspek yang bernama Juhdi 40an yang melakukan serangan terhadap 4 orang surirumahtangga itu,"kata ketua unit reserve Kriminal(Reskrim) AKP David Candra di Lebak 21/4/2015.
Penangkapan suspek itu selepas Penduduk Tempatan melaporkan kepada pegawai polis tempatan.
setelah Mendapat laporan itu pihak bertugas segera bertindak untuk memburu dan menangkap suspek.Suspek di buru selama 3 hari dan dapat di tangkap dengan keadaan seluarnya berlumuran darah tanpa memakai baju.
dan di tangannya masih terdapat senjata golok yang di gunakan dalam kejadian tersebut.Suspek,pada awalnya melawn namun dapat di berkas oleh para petugas.
Berdasarkan hasil pemeriksaan suspek berpura-pura mengalami masaalah tekanan jiwa,semasa hasil penyelidikan soal jawab dengan penyiasat suspek menjawab dengan lancar setiap soalan yg di ajukan termasuk menerangkan kronologi kejadian yang mengakibatkan seorang meninggal dan 3 yang lain cedera parah semasa serangan yang membabi buta itu.
"Kami menyimpulkan hasil selidik bahawa suspek tersebut tidak mengalami sebarang sakit mental,suspek juga sihat dan normal secara fizikal dan psikologi"katanya
Beliau berkata lagi,suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa yang terkorban.
Suspek di tahan atas akta Pasal 338 junto 352 ayat 2 dan 3 yang membawa hukuman 7 Tahun penjara sabit kesalahan.

Mangsa yang terbunuh bernama Ratiah 60an,manakala mangsa yang cedera parah adalah Yayat 30,Etik 30, dan Samma 60.
Mangsa yang cedera parah di bawa ke Hospital RS Adjidarmo Rangkasbitung Lebak.
==============================================
***Teks Original seperti di bawah ini***

Lebak, HanTer - Kepolisian Resor Lebak membekuk pelaku pembacokan empat wanita warga Sukadaya Kecamatan Cikulur dan satu diantaranya meninggal dunia.
"Kami mengamankan pelaku yang diketahui bernama Juhdi (40) yang melakukan pembacokan empat ibu rumah tangga itu," kata Kepala Satuan Reserse Kriminal (Reskrim) Polres Lebak, Ajun Komisaris David Candra di Lebak, Selasa, (21/4/2015), malam.
Penangkapan tersangka itu setelah warga melaporkan kepada petugas kepolisian setempat.
Mendengar laporan itu petugas bergerak cepat untuk menangkap tersangka yang masuk dalam daftar buronan tiga hari lalu.
Tersangka dibekuk petugas dengan kondisi celana berlumuran darah dan bertelanjang dada. Selain itu juga pelaku masih membawa golok.

"Kami mengamankan pelaku pembacokan yang menewaskan seorang ibu rumah tangga itu," katanya seperti dikutip Antara.
Menurut dia, pelaku pembacokan sempat melakukan perlawanan saat ditangkap, namun petugas berhasil membekuknya.
Berdasarkan pemeriksaan tersangka sebelumnya yang berpura-pura mengalami gangguan jiwa.
Namun, setelah dilakukan pemeriksaan tersangka menjawab pertanyaan penyidik dengan lancar, termasuk menjelaskan kronologis kejadian yang mengakibatkan satu orang meninggal dunia dan tiga orang lainnya kritis akibat dibacok secara membabi buta.

"Kami menyimpulkan hasil pemeriksaan bahwa tersangka itu tidak mengalami ganguan jiwa dan pelaku normal, sehat secara fisik dan psikologis," katanya.
Ia mengatakan, tersangka melakukan pembacokan yang menewaskan seorang warga yang tidak lain masih kerabat pelaku.
Pelaku dijerat dengan Pasal 338 junto 352 ayat 2 dan 3 dengan ancaman hukuman 7 tahun penjara.
Sebagaimana diketahui, Juhdi membacok empat ibu rumah tangga warga Cikondang Curug, Desa Sukadaya, Kecamatan Cikulur Kabupaten Lebak, Banten.
Aksi kejam Juhdi membuat seorang tewas sedangkan tiga lainnya menderita luka bacokan dilarikan ke RS Adjidarmo Rangkasbitung Lebak.
Korban tewas. Ratiah, 60, sedangkan luka bacok Yayat, 30, Etik, 30, dan Samma 60.


Sumber Info:Harian Terbit
-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 Www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku