Jumaat, 24 April 2015

2 Maut 2 Parah 1 Selamat di Panah Petir Semasa Sedang Mencari Rezeki


Jasin: Dua lelaki maut, dua parah manakala seorang selamat selepas dipanah petir dalam kejadian di Taman Muhibah, Merlimau, di sini, kira-kira 4 petang tadi.
Kesemua mangsa dikatakan pergi ke tempat kejadian untuk mengambil madu.
Difahamkan, kawasan berkenaan hujan tidak lama selepas mereka tiba di lokasi itu.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata mangsa yang meninggal adalah Shahrul Nazrin Rozlan, 25 dan Zul Effendi Abdullah, 23.
"Mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat. Dua yang cedera pula kini sedang dirawat di Hospial Melaka dan berada dalam keadaan trauma," katanya.

Sumber Info:Nur Saliawati Salberi (node 45896)
Khamis, 23 April 2015 @ 9:11 PM

Sumber Foto:
-Mohammad Faizal Md Yasin
-kem 10


JASIN - Dua maut manakala dua lagi cedera dipercayai akibat dipanah petir ketika mencari mereka madu kelulut di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Taman Muhibbah Merlimau di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kedua-dua mangsa Shahrul Nazrin Roslan, 24, dan Zul Effendi Abdullah, 23, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.
Manakala dua mangsa yang cedera iaitu Mohd Saad Md Rasul, 40, dan Shahnor Hafizi Shahmat, 26, dihantar ke Hospital Melaka.
"Ketika kejadian hujan lebat turun bersama angin kencang serta petir. Mangsa keluar pada jam 3.30 petang untuk mencari madu bersama bapa saudara mereka (bapa saudara Shahrul Nazrin dan Zul Effendi) serta adik lelaki Zul Effendi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, bapa saudara mangsa iaitu Nor Azman Bujang, 48, terlebih dahulu pulang ke rumah sebelum kejadian dan dimaklumkan tentang kejadian oleh adik lelaki Zul Effendi iaitu Mohd Nordin Azman, 11.
Sementara itu, Nor Azman berkata, beliau dimaklumkan kejadian itu oleh Mohd Nordin sebaik tiba di rumahnya di Jalan Paya Lengkung, Merlimau kira-kira 4.45 petang.
"Pada mulanya saya mengajak Mohd Nordin untuk pulang ke rumah kerana cuaca hampir hujan tetapi beliau minta saya balik dulu kerana dia hendak mencari madu bersama yang lain. Selepas hujan berhenti dia balik dan maklumkan mereka (mangsa) dipanah petir," katanya.
Beliau kemudian bergegas ke tempat kejadian dan melihat dari jauh semua mangsa telah terbaring dan mendapati Shahrul Nazrin serta Zul Effendi tidak lagi bernyawa.
Katanya kedua-dua anak saudaranya itu tiada pekerjaan tetap dan hanya bergantung kepada upah melakukan kerja kampung termasuk mencari madu kelulut.

Sumber Info:Wartawan Sinar (1.382877)
23 April 2015





-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku
Melalui Talian Hp +601126422627


Tiada ulasan: