Sabtu, 4 April 2015

Berita -Berita Awal Tentang helikopter Terhempas di Semenyih. (4/4/2015)

SEMENYIH - Sebuah helikopter terhempas manakala, dua penumpang dipercayai rentung dalam kejadian  di Kampung Pasir Baru Semenyih kira-kira 4.55 petang tadi.

Menurut jurucakap bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan pada jam, 4.57 petang.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, Bangi dan Kajang diarahkan ke lokasi kejadian.

“Laporan awal mendapati helikopter terhempas dan terbakar. Terdapat enam mangsa dalam pesawat berkenaan.

Maklumat awal, bangkai helikopter ditemui kira-kira jam 6. 10 petang.

“Tiga mangsa termasuk dua rentung berjaya ditemui, manakala, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan ke atas tiga lagi mangsa,"katanya

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, pesawat yang terhempas adalah milik swasta S 365 (Solitaire Services) yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Maklumat turut tersebar, helikopter tersebut membawa beberapa orang kenamaan dan pegawai kerajaan.

Sumber Info :
-Siti Zubaidah Mat Isa
-Sinar Harian
-------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 4 April - Lima daripada enam penumpang helikopter AS365 yang dilaporkan terhempas dan terbakar di Kampung Pasir Baru, Sungai Lalang, Semenyih, Hulu Langat petang ini ditemukan maut.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.
“Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE
--------------------------------------------------------
SABTU, 4 APRIL 2015 @ 7:43 PM

Saksi dakwa lihat helikopter meletup di udara
 
SEMENYIH: Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, petang tadi.

Pengawal keselamatan, Roslan Harun, 53, berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 4.30 itu, beliau sedang berehat di rumahnya. "Mula-mula pak cik dengar bunyi kipas kuat...nampak helikopter meletup dan terbakar di udara. Selepas itu helikopter mula jatuh ke bawah.

"Tiba-tiba, pak cik dengar letupan kali kedua, mungkin waktu itu, ia sudah berada di darat. Hujan juga ketika itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Kawasan kejadian itu juga sudah ditutup kepada orang awam sejak jam 6.30 petang.

sumber Info :Berita Harian
--------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Three bodies have been found following the helicopter crash at Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih near here this afternoon while the search for three more passengers of the ill-fated helicopter was ongoing.
A spokesman of the rescue team from the Civil Defence Department (JPAM) said the search operation for the other victims was being intensified.
In addition, the JPAM was waiting for the police forensics unit to confirm the identity of the victims, he told Bernama here today.
A helicopter, believed to be owned by a private company, crashed and caught fire at about 4.55pm today. Six people were believed to be on board the helicopter.

Info Source:Borneo Post
------------------------------------------------------
Sebuah helikopter telah terhempas Di Semenyih Selangor, Jam 4.50 PM hari ini, 6 orang telah terkorban termasuk Pilot..
1.Chris - Pilot
2.Eidiana - Co Pilot
3.Tan Sri Dato' Jamaluddin Jarjis
4.Dato Seri Azlin - Setiausaha Sulit Perdana Menteri
5.Dato Tan
6.Razkan Pengawal Peribadi

Sumber Info: Demi Rakyat Johor

---------------------------------------------------------
Kuala Lumpur: Tiga ditemui terbunuh, dua daripadanya rentung manakala tiga lagi hilang apabila sebuah helikopter awam terhempas dan terbakar di Kampong Pasir Baru, Semenyih, kira-kira jam 4.57 petang, hari ini.
Menurut sumber Bomba dan Penyelamat Selangor, maklumat yang diterima daripada pengkalan TUDM, helikopter membawa enam penumpang dan milik swasta.
Katanya, helikopter berkenaan dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang.
Bomba turut menjelaskan bahawa bagkai helikopter berkenaan ditemui lewat petang ini dan terdapat dua mangsa rentung di dalammnya.
Selain itu, bomba dikatakan sedang menjejaki tiga daripada enam penumpang yang dilaporkan berada dalam helikopter berkenaan.
Sementara itu, nahas berkenaan disahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi, di sini.
“Bagaimanapun, dan jumlah penumpang masih belum dapat dipastikan. Saya tengah berusaha mendapatkannya,” katanya.
Beliau turut mengesahkan dua mayat ditemui rentung di lokasi kejadian.

Sumber Info :My Metro
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015 @ 7:47 PM













Tiada ulasan: