Sabtu, 4 April 2015

3 Orang Sahabat Maut Di KM 122.6 Lebuhraya Timur-Barat Dekat Jeli. (3/4/2015)

Jeli: “Dia ada beritahu hendak belanja kami sekeluarga makan di restoran, namun kakaknya minta tangguh dulu dan tunggu kepulangan adik-beradik mereka yang lain, hari ini (semalam).
“Nampaknya pengumpulan mereka semua adalah untuk menyambut jenazah dia,” kata Lasiman Parman, 58, bapa kepada Muhammad Amin, 25, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 122.6, Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik dekat Batu Melintang, di sini, semalam.
Lasiman berkata, anak keempat daripada lima beradik itu menyuarakan hasrat untuk menjamu mereka sekeluarga kepada kakaknya, Nora Haslina, 28, minggu lalu.
“Sudah setahun dia bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat perkapalan di Lumut, Perak dan sempena gaji Mac lalu, memang dia kata hendak belanja semua, namun Nora Haslina minta tangguh berikutan mahu tunggu anak saya yang lain pulang ke kampung hari ini (semalam). Malangnya, kejadian ini berlaku.
“Berita ini sangat mengejutkan kami sekeluarga, apatah lagi kali terakhir saya jumpa dia pada jam 6 petang, Khamis lalu, selepas dia pulang dari kerja,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Jeli, di sini, semalam.
Menurutnya, Muhammad Amin bertolak dari rumah mereka di Manjung Point, Perak selepas Maghrib untuk bercuti bersama rakannya di Pulau Perhentian, Terengganu.
“Dia memang biasa bercuti di luar negeri dan beberapa hari sebelum dia bertolak, memang dia ada beritahu mahu ke Pulau Perhentian,” katanya.

------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU - Tiga orang maut dan dua cedera dalam nahas membabitkan kereta dan lori di Km 122.6 Lebuhraya Timur-Barat dekat Jeli, tengah malam tadi.
Pemandu kereta itu, Muhammad Amin Laziman, 25, dan penumpangnya Mior Azhar Mohd Nor, 32, dan Muhammad Sharir Rosdi, 24, meninggal di tempat kejadian.
Ketua Bomba dan Penyelamat Jeli, Soleh Nasir berkata, kereta itu dari Gerik, Perak dipercayai terbabas dan berlanggar dengan lori itu.
Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 12.45 tengah malam dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.16 pagi.
"Sementara pemandu lori Azmi Yunus, 44, dan kelindannya Mohamad Izahan Daud, 22, hanya cedera ringan," katanya.
Soleh berkata, ketiga-tiga mayat dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.
Dalam satu lagi kemalangan, seorang penunggang motosikal maut apabila sebuah kereta melanggarnya di Kampung Chicha di sini pagi tadi.
Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa Haris Mohamad Nor, 53, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner (ACP) Rohaimi Md Isa berkata, mangsa dipercayai membuat pusingan U apablia pemandu kereta berumur 34 tahun itu melanggarnya.
"Mangsa tercampak ke atas jalan bertentangan dan cedera parah," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Sumber Info:sinar Harian
-------------------------------------------------------------------------
JELI - Tiga lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Batu 13, Lebuhraya Timur Barat, Jalan Gerik-Batu Melintang, dekat sini, awal pagi tadi.
Nahas jam 12.40 pagi itu menyebabkan pemandu kereta, Muhammad Amin Lasiman, 25, dan dua penumpang, Mior Azhar Mohd Nor, 32, dan Muhamad Sharir Rosdi, 24, maut di tempat kejadian.
Muhammad Amin berasal dari Manjung, manakala Mior Azhar dan Muhamad Sharir masing-masing dari Beruas dan Setiawan, Perak.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat, manakala pemandu dan kelindan lori treler terbabit tidak cedera.

Sumber Info:Azman Che Man

-----------------------------------------------------------------------
Sumber -Sumber Foto Daripada :
Sumber Foto:
-Msaiful Azumar
-Khairul Din
-Alia Firdaus Osiris
-Msaiful Azumar
-JBPM












-------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.Sila Lawati Halaman
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬

Tiada ulasan: