Sabtu, 4 April 2015

Monorel Terbakar (30/3/2015)

30 Mac - Dua insiden melibatkan perkhidmatan monorel berlaku di ibu negara pagi ini.
Dalam kejadian pertama kira-kira 9 pagi, sebuah monorel terbakar di bahagian tayar di Stesen Monorel Titiwangsa di sini.
Manakala kejadian kedua pula berlaku beberapa minit kemudian melibatkan sebuah monorel terkandas di antara Stesen Monorel Jalan Imbi dengan Stesen Monorel Bukit Bintang hingga menyebabkan terdapat penumpang pengsan.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman ketika dihubungi mengesahkan berkaitan kedua-dua kejadian itu dan pihaknya telah dikejarkan ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun berlaku kesesakan lalu lintas berlaku kira-kira dua kilometer dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke Jalan Tun Razak kerana kerja memadam kebakaran di Stesen Monorel Titiwangsa.
Sumber info- UTUSAN ONLINE
--------------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur: Perkhidmatan sistem pengangkutan monorel sudah beroperasi kembali pada 12.15 tengah hari tadi namun masih ada kerosakan pada sistem isyaratnya.
Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail, Abdul Hadi Amran, berkata, dalam kejadian pertama pagi tadi, monorel dua gerabak terbakar di Stesen Titiwangsa akibat geseran tayar dengan landasan yang menyebabkan asap tebal.
Menurutnya, dalam kejadian kedua pula satu lagi monorel empat gerabak tergendala operasinya di antara Stesen Imbi dan Stesen Bukit Bintang akibat masalah teknikal.
“Ia adalah dua kejadian yang berbeza.
“Kami sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kedua-dua kejadian itu dan meminta maaf di atas segala kesulitan,"รข katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber Info:Kalidevi Mogan Kumarappa




Sumber Foto :Iksan Dari Pembaca.

Anda boleh mengikuti Admin di https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku

Tiada ulasan: