Sabtu, 4 April 2015

Kemalangan Maut di KM 249.5 arah selatan (PLUShighway) Melibatkan 4 buah kenderaan.

KUALA KANGSAR - Seorang remaja maut selepas lori yang dinaikinya merempuh sebuah lori lain ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur di Kilometer 249.5, Lebuh Raya Utara Selatan di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah malam itu, mangsa, Mohd Ashraf Yaacob, 18, yang bekerja sebagai kelindan lori maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Kangsar, Asisten Superintendan Bahaman Mohamed berkata, siasatan awal mendapati lori muatan buah yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan kerana berlaku kesesakan lalu lintas di lebuh raya terbabit.
“Akibat itu, pemandu lori terbabit terus melanggar sebuah lori di hadapannya menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.
“Pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan telah dihantar untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar manakala pemandu lori kedua yang berusia 49 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Menurutnya, khidmat Bomba dan Penyelamat diperlukan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sebelum dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
“Ketika kejadian, keadaan cuaca baik dan jalan kering termasuk di lorong kecemasan. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber info :WARTAWAN SINAR HARIAN
5 April 2015

***Info Awal yang di terima***

4/4/2015 Lebih kurang Jam 12:12 tengah malam tadi telah berlaku satu kemalangan di lebuhraya PLUS Km249.5 arah selatan berhampiran sungai Perak.Kemalangan terbabit melibatkan 4 buah kenderaan iaitu 2 buah lori 5tan dan 2 buah Treller. Dikatakan lori 5 Tan yg sarat dengan muatan Buah-buahan hilang kawalan lalu merempuh lori treller di hadapannya.Dalam nahas tersebut juga di beritakan seorang Maut serta merta di tempat kejadian.

***Info lengkap akan di muatnaik serta di kemaskini jika berita Lanjut di terima.***

Sumber Foto Daripada :
-Amin Macho
-DTr Crew
-Gary Gmy Tommy
-DiTw Crew













-------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
‪#‎baganseraikampunghalamanku

Tiada ulasan: