Sabtu, 4 April 2015

Kemalangan Di Kampung Chica Kubang Kerian (3/4/2015)

KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di sini, maut dalam kemalangan di Jalan Chicha Kubang Kerian, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Haris Mohammad Nor, 53, bersendirian menunggang motosikal jenis Honda, dari arah masjid Kampung Chica untuk pulang ke rumah.
Mangsa dipercayai baru selesai menunaikan solat Subuh di masjid berkenaan.
Mangsa yang membuat pusingan U, tiba-tiba mengubah haluan dari kiri bahu jalan ke lorong sebelah kanan jalan dari arah Pasir Tumboh ke Kota Bharu, menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah sama gagal mengelak dan melanggar mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa yang mengesahkan menerima laporan kejadian berkata, mangsa tercampak ke arah jalan bertentangan dan mengalami kecederaan parah di kepala.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya," katanya.

Sumber Info:Wartawan Sinar Harian.

----------------------------------------------------------------------
Kota Bharu: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar kereta di Kampung Chica, Kubang Kerian, di sini, 7 pagi tadi.
Dalam kemalangan itu, mangsa, Haris Mohammad Nor, 53, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bank dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mawar Chicha, di sini, selepas solat subuh di masjid Kampung Chicha.
Katanya, sebelum kejadian mangsa hendak membuat pusingan U dan secara tiba-tiba mengubah haluan dari bahu jalan sebelah kiri ke lorong kanan.
"Ketika itu kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah yang sama tidak dapat mengelak lalu melanggar mangsa dari arah belakang.
"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke arah jalan bertentangan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya di sini, hari ini.

Sumber Info:Siti Nor Hidayatidayu Razali

Sumber Foto Daripada :Muhammad fahmie /DiTw
Sumber Foto Daripada :Sumber Foto Daripada :Muhammad fahmie /DiTw

Sumber Foto Daripada :Sinar Harian


Tiada ulasan: