Rabu, 13 Mei 2015

Empat Pemandu Cedera Parah Di Chendor


Kuantan: Empat pemandu cedera parah apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung sesama sendiri, di Jalan Kuantan- Kemaman berhampiran sebuah stesen minyak, di Chendor, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian 3.36 petang itu, keempat-empat mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Kemaman, Terengganu untuk mendapatkan rawatan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti namun semua mangsa dianggarkan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.
"Kita tidak pasti punca kemalangan sebenar kerana sebaik tiba di tempat kejadian kita mendapati empat kenderaan iaitu lori membawa muatan tanah, Proton Perdana, Nissan Navara dan Proton Wira berada dalam keadaan bergelimpangan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Katanya, semua mangsa yang cedera parah itu dibantu orang awam dan dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Sumber Info:Shahrul Nizam Mohamad (node 50677)
Rabu, 13 Mei 2015 @ 6:49 PM













Sumber Foto:
-Miey MTr
-Mamat profia DiTw

Lawati Halaman Kami untuk mendapat berita yang sentiasa di kemaskini

Seorang Ibu Begitu Tenang Membacakan Yassin Untuk Anaknya

Sumber foto:
-Muhammad Fahmie


Kuala Krai: Seorang ibu tenang memangku jenazah anaknya sambil membacakan Yasin selepas anaknya itu meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 60.5 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, 12.45 tengah hari tadi.
Rosnani Mohameed, 49, memangku anaknya berusia 22 tahun yang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pintu depan sebuah van yang tiba-tiba membuat pusingan U.
Mangsa, Shafiq Ab Razak, 22, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dalam perjalanan dari bandar Kuala Krai ke rumahnya di Bukit Sireh, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, mangsa berada di belakang van berkenaan yang tiba-tiba membuat pusingan U menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal lalu merempuh pintu van sebelah pemandu.
"Akibat rempuhan itu mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di badan dan kepala.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya.
Menurutnya, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber Info:Rohaida Omar (node 50681)
Rabu, 13 Mei 2015 @ 7:23 PM


Lawati Halaman Kami untuk mendapat berita yang sentiasa di kemaskini
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Penuntut ABM Wilayah Timur Maut Di LPT2

Sumber Foto:
-MTrCrew Telegram

Dungun: Penuntut lelaki Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat susur keluar Kuala Dungun, di sini, 3 petang tadi.
Akibat kemalangan itu, mangsa, Muhammad Imran Johari, 21, yang menyertai kursus Kejuruteraan Paip, parah di kepala dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang jalan yang menyebabkannya tercampak kira-kira lima meter dari tempat kejadian.Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari ABM untuk pulang ke rumahnya di Jalan Batu 49, di sini.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber info:Rosli Ilham (node 50679)
Rabu, 13 Mei 2015 @ 7:08 PM



Sumber Foto:
-MTrCrew Telegram


Lawati Halaman Kami untuk mendapat berita yang sentiasa di kemaskini 

2 Buah Paparan Video Kemalangan Maut Yang Menyayat Hati Di Bulan Mei 2015




Kemalangan Pertama Yang Amat Menyayat hati dan Meluluhkan Jiwa adalah kemalangan di Lebuhraya Duke Pada Awal Bulan Mei Iaitu Bertarikh 2/5/2015 Yang Mendapat Perhatian Segenap Lapisan Masyarakat Malaysia.





Kemalangan Yang Kedua Pula Melibatkan 5 Orang Pelajar Sekolah Di Terengganu Yang Mana 2 Pelajar Perempuan Maut Serta Merta Di Tempat Kejadian Manakala 1 Pelajar Lelaki Cedera Parah dan 2 Cedera Ringan Yang Di Sebabkan Oleh Sebuah Hilux yang di Pandu Tanpa Lesen Dan Cukai Jalan.Kemalangan Berlaku Pada Tarikh 10/5/2015 Pada Jam 7:30 Pagi (Waktu Malaysia)


Semoga 2 Paparan Video Ini Memberi Ikhtibar Kepada Diri Kita,Agar Kita Ubah Sikap Cara Pemanduan Kita Di Atas Jalan Raya.Jangan Jadikan Diri Kita Punca Kepada Kemalangan Dan Penyebab Kesedihan Bagi Keluarga Pengguna Jalan Raya Yang Lain.

Lawati Halaman Kami Untuk Mendapat Berita Yang Telah di Kemaskini Dan Terkini.
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Pengutip Hutang Di Tembak Mati Di Butterworth


Butterworth: Seorang pemungut hutang berusia 31 tahun, ditemui mati dengan kesan tembakan di lorong belakang deretan rumah kedai di Taman Carissa, Mak Mandin, 7.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mangsa dikenali sebagai Goh Wooi Loon, mati di tempat kejadian dan pemeriksaan dilakukan anggota forensik menemui kesan kecederaan akibat tembakan di bawah telinga kanan mangsa.
Beliau berkata, ketika kejadian saksi terdengar satu das tembakan dari arah lorong belakang rumah kedai berkenaan sebelum mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah terbaring dan tidak sedarkan diri.
"Ketika kejadian mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dan pada masa yang sama seorang lelaki tidak dikenali juga menunggang motosikal turut berada bersamanya, namun melarikan diri sejurus bunyi tembakan.
"Anggota polis yang mendapat panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya.
Abdul Rahman berkata, siasatan dilakukan membabitkan pelbagai sudut untuk mengenalpasti motif kejadian termasuk kemungkinan timbul rasa tidak puas hati berikutan mangsa yang bekerja sebagai pemungut hutang.
Pemeriksaan lanjut juga dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat barangan berharga milik mangsa yang hilang ketika kejadian.
"Setakat ini kami hanya mengesan satu kecederaan akibat tembakan dan kes disiasat kengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Usaha kini ditumpukan untuk mengesan suspek dan kami meminta orang ramai mempunyai maklumat berhubung kes ini tampil segera bagi bantu siasatan," katanya.

Sumber Info:Salman Hamat (node 50431)
Rabu, 13 Mei 2015 @ 12:15 AM





Sumber foto:
-Madi
-MTrCrew Telegram

Lawati Halaman Kami Di Facebook

Dua Beranak Maut Di Jalan Salak-Sepang

Sepang: Dua beranak maut dalam kemalangan di laluan Bandar Enstek ke Bagan Lalang, Jalan Salak-Sepang, 7.15 pagi tadi.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Norhalina Ahmad, 47, yang juga guru dan anak lelakinya Al-Akmal Hafiy Darwisy Kadapi, 19.
Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Sumber berkata, kemalangan berlaku apabila Toyota Avanza dipandu Al-Akmal mengelak Perodua Viva dari arah bertentangan yang memasuki laluannya.
Katanya, Toyota Avanza itu kemudian merempuh lori tangki dari arah bertentangan.
"Pemandu dan penumpang Toyota Avanza tersepit dalam kenderaan mereka dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu Perodua Viva berusia 34 tahun cedera, manakala pemandu lori tangki berusia 41 tahun tidak cedera," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Info:Siti A'isyah Sukaimi (node 50395)
Selasa, 12 Mei 2015 @ 2:30 PM







Sumber Foto:
-Mohd Rizuwan
-Miey
-DiTw
-MTr



Di Pukul Dan Di Bakar Sehingga Mati



Kota Bharu: Seorang lelaki yang mati akibat melecur seluruh badan, semalam, dipukul di tempat lain sebelum dia dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Kebun Cherang Tuli, Pasir Puteh.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek memukul mangsa akibat perselisihan faham sebelum mangsa secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.
"Suspek yang menyangka mangsa meninggal dunia membawanya ke kebun kelapa sawit dan membakarnya untuk menghapuskan bukti.
"Bagaimanapun, kejadian itu disedari oleh seorang wanita selepas terdengar mangsa mengerang kesakitan.
"Mangsa yang melecur seluruh badan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Mangsa dikenal pasti sebagai A. Ravi, 39, berasal dari Senai, Johor.
Menurutnya, susulan kejadian itu enam suspek termasuk seorang wanita ditahan sejam selepas kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber info:Muhamaad Razis Ismail (node 50323)
Selasa, 12 Mei 2015 @ 11:35 AM




Sumber Foto:
-JBPM
-Nurdin Omar

Untuk Berita Yang Terkini.

Kemalangan Maut Di KM47 Jalan Pantai Kuala Terengganu-Pasir Raja Setiu Terengganu


Permaisuri: Dua pelajar sekolah perempuan yang juga sepupu maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 47, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Pasir Raja, Setiu, 7.30 pagi tadi.
Kejadian berlaku ketika Fakhira Dalili Mohamad, 19, pelajar tingkatan enam dan Raja Nurul Nurdayana Raja Ahmad, 15, (tingkatan tiga) di Sekolah Menengah Penarik di sini, dalam perjalanan ke sekolah mengakibatkan kedua-dua mangsa parah di bahagian kepala dan kaki serta meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, motosikal mangsa dirempuh Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun yang dalam perjalanan dari Besut ke Kuala Terengganu.
"Kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux, Proton Satria Neo dan Proton Saga serta tiga buah motorsikal. Insiden itu turut menyebabkan seorang pelajar tingkatan empat, Muhammad Firdaus Ibrahim, 16, patah tangan kiri, manakala dua lagi yang juga pelajar sekolah, cedera.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat. Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan dipandunya tidak mempunyai cukai jalan," katanya.

Sumber Info:Rosli Ilham (node 49963)
Ahad, 10 Mei 2015 @ 5:28 PM


Paparan Video;Kemalangan Maut Di Setiu


















Sumber Foto;
-Akihanizasu
-MtrCrew Telegram