Rabu, 13 Mei 2015

Kemalangan Maut Di KM47 Jalan Pantai Kuala Terengganu-Pasir Raja Setiu Terengganu


Permaisuri: Dua pelajar sekolah perempuan yang juga sepupu maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 47, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Pasir Raja, Setiu, 7.30 pagi tadi.
Kejadian berlaku ketika Fakhira Dalili Mohamad, 19, pelajar tingkatan enam dan Raja Nurul Nurdayana Raja Ahmad, 15, (tingkatan tiga) di Sekolah Menengah Penarik di sini, dalam perjalanan ke sekolah mengakibatkan kedua-dua mangsa parah di bahagian kepala dan kaki serta meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, motosikal mangsa dirempuh Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun yang dalam perjalanan dari Besut ke Kuala Terengganu.
"Kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux, Proton Satria Neo dan Proton Saga serta tiga buah motorsikal. Insiden itu turut menyebabkan seorang pelajar tingkatan empat, Muhammad Firdaus Ibrahim, 16, patah tangan kiri, manakala dua lagi yang juga pelajar sekolah, cedera.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat. Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan dipandunya tidak mempunyai cukai jalan," katanya.

Sumber Info:Rosli Ilham (node 49963)
Ahad, 10 Mei 2015 @ 5:28 PM


Paparan Video;Kemalangan Maut Di Setiu


















Sumber Foto;
-Akihanizasu
-MtrCrew Telegram


Tiada ulasan: