Rabu, 13 Mei 2015

Seorang Ibu Begitu Tenang Membacakan Yassin Untuk Anaknya

Sumber foto:
-Muhammad Fahmie


Kuala Krai: Seorang ibu tenang memangku jenazah anaknya sambil membacakan Yasin selepas anaknya itu meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 60.5 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, 12.45 tengah hari tadi.
Rosnani Mohameed, 49, memangku anaknya berusia 22 tahun yang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pintu depan sebuah van yang tiba-tiba membuat pusingan U.
Mangsa, Shafiq Ab Razak, 22, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dalam perjalanan dari bandar Kuala Krai ke rumahnya di Bukit Sireh, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, mangsa berada di belakang van berkenaan yang tiba-tiba membuat pusingan U menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal lalu merempuh pintu van sebelah pemandu.
"Akibat rempuhan itu mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di badan dan kepala.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya.
Menurutnya, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber Info:Rohaida Omar (node 50681)
Rabu, 13 Mei 2015 @ 7:23 PM


Lawati Halaman Kami untuk mendapat berita yang sentiasa di kemaskini
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku



Tiada ulasan: