Ahad, 10 Mei 2015

Tiada Siapa Sangka Beliau Jatuh Ke Dalam Parit



Dungun: Penyelia projek pembinaan jalan terbunuh selepas pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandunya terhumban ke dalam parit tali air dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Dungun-Bukit Besi, awal pagi tadi.
Mayat mangsa, Law Ah Kam, 54, dari Kampung Baru Kalumpang, Kerling, Selangor, ditemui kira-kira jam 9 pagi.Mangsa dipercayai terbabit dalam kemalangan itu kira-kira 2 pagi, namun tidak disedari sesiapa berikutan kenderaannya itu terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira lima meter.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu mangsa dari arah Dungun, terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh tembuk jambatan lalu terhumban ke dalam parit berkenaan.
"Sebelum kejadian, mangsa yang memandu bersendirian dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Bukit Besi sekembalinya daripada makan malam di Bandar Dungun. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat," katanya

sumber info:Rosli Ilham (node 49932)
Ahad, 10 Mei 2015 @ 1:25 PM

Sumber foto:Radar bahaya






Untuk Mengikuti perkembangan Berita Terkini anda boleh datang melawat ke tapak kami di
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku