Isnin, 6 April 2015

Abang teksi kena empat tuduhan








SHAH ALAM 6 April - Seorang pemandu teksi dihadapkan ke  Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan merosakkan sebuah kereta Myvi dan menumbuk tiga beradik perempuan yang merupakan pemandu serta penumpang kenderaan terbabit, hujung bulan lalu.
Tertuduh, Azmi Mat Mokhtar, 54, mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan itu.

Sumber Info: UTUSAN ONLINE 06 April 2015 1:22 PM

===================================================================
Shah Alam: Seorang pemandu teksi yang terbabit dalam insiden pertengkaran membabitkannya dengan sekumpulan gadis pada 29 Mac lalu didakwa atas empat tuduhan di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini, hari ini.

Dalam tuduhan pertama di Mahkamah Majistret 2, Azmi Mat Mokhtar, 54, didakwa menyebabkan kerosakan kereta Perodua MyVi milik Sharifah Fara Difla Syed Fareid, 28, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, 29 Mac lalu di sebuah stesen minyak di Seksyen 7 dekat sini.
Dalam tuduhan kedua, ketiga dan keempat di Mahkamah Majistret 2, Azmi didakwa menumbuk dan menyebabkan kecederaan kepada tiga beradik iaitu Sharifah Fara Difla; Sharifah Fara Afzan, 27, dan Sharifah Fara Ryyana, 24, pada masa dan lokasi sama.
Untuk tuduhan pertama Azmi didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum penjara setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat Azmi didakwa di bawah Seksyen 323 KK yang boleh dihukum penjara setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.
Bagaimanapun Azmi mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.
Untuk tuduhan pertama, Majistret Ellyana Razali menetapkan jaminan RM2,500 manakala bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin menetapkan jaminan masing-masing RM1,500.
Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.
Harian Metro minggu lalu melaporkan insiden pertengkaran antara pemandu teksi berkenaan dengan sekumpulan gadis.
Kejadian itu dirakam sebelum video pergaduhan itu menjadi viral di laman sosial.

Sumber Info :Fuad Hadinata Yaacob Isnin, 6 April 2015 @ 1:49 PM







=====================================================================





Tiada ulasan: