Isnin, 6 April 2015

Kemalangan Maut Terjadi di Lencong Barat Alor Setar Kedah.



***Info Update***

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut, manakala empat ahli keluarganya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat bersebelahan Masjid Aman, di Jalan Kuala Kedah, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika lima sekeluarga terbabit dalam perjalanan ke Perlis, untuk melawat saudara mereka di sana.
Mangsa yang maut disahkan sebagai pemandu MPV, Jamal Abdul Nasir Awad, 56, yang tersepit pada tempat duduk di kenderaan terbabit.
Mayat mangsa kemudian dikeluarkan dengan bantuan bomba, manakala isteri dan tiga ahli keluarganya yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagaimana punca nahas itu berlaku.
"Siasatan awal mengesyaki berkemungkinan kemalangan itu berpunca akibat mengantuk atau kenderaan dipandu laju sehingga menyebabkan tiga daripada empat kenderaan itu remuk teruk.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Sumber Info :Berita Harian

======================================================

Alor Setar: Seorang lelaki yang dalam perjalanan bersama empat ahli keluarganya untuk melawat saudara mereka di UniMap Perlis maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi tadi, mangsa, Jamal Abdul Nasir Awad, 56, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.
Difahamkan, kemalangan itu membabitkan empat buah kenderaan Toyota Innova, Perodua Myvi, Honda Accord dan Perodua Alza.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa yang menaiki Toyota Innova meninggal dunia dipercayai tersepit di tempat duduk pemandu manakala isteri dan tiga ahli keluarganya yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk mendapatkan rawatan.
"Mayat mangsa dikeluarkan anggota bomba yang mengambil masa kira-kira 30 minit dan dihantar ke Jabatan Forensik HSB di sini, untuk dibedah siasat.
"Siasatan awal mengesyaki berkemungkinan kemalangan itu berpunca akibat mengantuk atau kenderaan dipandu laju sehingga menyebabkan tiga daripada empat kenderaan itu remuk teruk.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Sumber Info Oleh: Zuliaty Zulkifli
==============================================================
Info Awal

Kemalangan Terjadi di simpang 4 lampu isyarat Masjid Aman Lencong Barat Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, pada pukul 4 pagi tadi  6/4/2015.Lelaki yang berumur 56 tahun, yang dalam perjalanan melawat saudara mereka di UniMap Perlis maut dalam kemalangan tersebut.














Sumber Foto & Info :
-Datsun kontot Arejim

---------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman

Tiada ulasan: