Isnin, 6 April 2015

Bas Sekolah terbakar Di Taiping Perak.

***Latest Info Update***

Taiping: “Sewaktu dalam perjalanan pulang ke asrama di Kampung Jambu, di sini, kami terhidu bau asap yang datang dari arah depan bas dan sebaik tiba di atas jambatan di Assam Kumbang, pemandu bas menghentikan kenderaan serta menyuruh kami keluar menyelamatkan diri kerana enjin bas terbakar,” kata seorang daripada 33 murid sekolah yang terselamat selepas bas yang dinaiki mereka terbakar semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, bas sekolah dinaiki semua pelajar berkenaan terbakar kira-kira 70 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua penumpang serta pemandunya berjaya menyelamatkan diri.
Menurut murid sekolah berusia 12 tahun dari Sekolah Kebangsaan Assam Kumbang yang enggan namanya disiarkan, dia bersama rakan lain panik sebaik mengetahui bas berkenaan terbakar dan segera berlari keluar dari bas bagi menyelamatkan diri.
“Sejurus selepas semua keluar, api semakin marak di bahagian depan bas dan bersyukur kami semua dapat keluar dengan selamat serta tiada seorang pun daripada kami tercedera,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping, Penolong Penguasa Bomba Hasna Rashid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 3.10 petang dan bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

Sumber Info :Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi Selasa, 7 April 2015 @ 7:09 AM






TAIPING: A total of 33 students on a school bus were forced to evacuate when the bus they were in caught fire at the flyover of Assam Kumbang here.
A Fire and Rescue Department spokesman said a distress call was received at 3.11pm today.
"When we arrived, the engine was 70 per cent destroyed," he said, adding that the cause of fire was still being investigated.
The rescue operation was completed at 4.05pm.

Source Info:SYLVIA LOOI - 6 APRIL 2015 @ 5:19 PM

Bas sekolah terbakar..atas jejambat Assam Kumbang  berhampiran dekat kilang kopi Antong di Taiping .(6/4/2015),
Menurut Laporan sebuah akhbar mengatakan sewaktu kejadian terdapat 33 pelajar di dalam bas sekolah tersebut.Menurut Pihak Bomba,Pihak mereka Menerima panggilan kecemasan pada jam 3.11 petang,semasa pihak bomba sampai di tempat kejadian bas tersebut sudah 70 peratus terbakar.Punca kejadian masih lagi dalam siasatan.Operasi berakhir sepenuhnya pada jam 4.05 petang.
‪‎



Jam waktu Kejadian tidak dilaras dengan sempurna.Tarikhnya Tepat.




sumber Foto & Info Awal:
-Watie Lan
-Wan Azmin Wan Mohamed
-DTr‬
=========================================================
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ #viral #kebakaran #Murder

Tiada ulasan: