Isnin, 6 April 2015

Seorang Warga Emas Di Hempap dan Di Seret


***Update***
Kota Bharu: Warga emas wanita berusia 63 tahun maut selepas tercampak di atas but depan kereta dan dihempap batu marmar akibat dilanggar lori bermuatan batu marmar dalam kejadian di Kampung Padang Raja, Melor, di sini, 5.30 petang tadi.
Biyah Mat yang berjalan pulang ke rumahnya dilanggar lori itu yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar kereta Proton Wira yang diparkir di bahu jalan bertentangan.
Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian tercampak di atas but depan kereta itu dan dihempap batu marmar hingga menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badan.
Saksi, Muhammad Luqman Adenan, 18, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan terdengar bunyi dentuman kuat di depan rumahnya.
Katanya, terkejut dengan bunyi itu dia keluar melihat mangsa terbaring di atas but depan kereta selain dihempap batu marmar.

Sumber Info :Siti Nor Hidayatidayu Razali Isnin, 6 April 2015 @ 9:09 PM


***Info Awal****

Sebuah lori Tayar enam dengan sarat muatan Batu marmar telah  menghempap serta menyeret seorang Warga Emas di Kampung Padang Raja  Melor Kelantan.Mangsa Maut Di tempat kejadian.




























Sumber Foto:
-Zaaq Ford
-DiTw
-DTr
-------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.Sila Lawati Halaman
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬

Tiada ulasan: