Selasa, 7 April 2015

Seorang Lelaki dan seorang Bayi Maut Terkena Renjatan Elektrik.

***info Update***
Banting: Dua maut termasuk seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Jalan Sungai Buaya, Kampung Chodi, Banting kira-kira 3.40 petang tadi.Mangsa yang maut ialah Mohd Amir Jiran berusia 45 tahun dan anaknya berusia dua bulan.Difahamkan renjatan elektrik itu berpunca daripada kipas namun siasatan lanjut masih dijalankan.Ketika kejadian Mohd Amir bersama bayinya berada di rumah baru mereka yang masih dalam pembinaan sementara isteri mangsa berada di rumah lama mereka tidak jauh dari rumah baru itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.39 petang dan jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 3.57 petang.Beliau berkata, ketika tiba di rumah berkenaan terdapat dua mangsa terbaring di lantai rumah itu."Pasukan perubatan kemudian mengesahkan mangsa pertama meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya meninggal dunia di klinik kesihatan berhampiran," katanya.


Sumber Info :Fuad Hadinata Yaacob Selasa, 7 April 2015 @ 6:42 PM

***Info Awal***
 7/4/2015  Seorang lelaki berumur 45 tahun dan seorang Bayi berusia 2 bulan menemui Maut akibat berpunca dari renjatan elektrik.Kejadian berlaku di Jalan Sungai Buaya Kampung Chodoi Banting Selangor pada pukul 3:39 petand tadi.







Sumber Foto dan Info Awal : JBPM
---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ ‪#‎KhidmatMasyarakat‬

Khidmat Masyarakat :Bantu Adik Farisha





Adik Farisha telah disahkan menghidapi kanser mata dan kansernya telah merebak ke otak menyebabkan dia tidak boleh berjalan. Mohon jasa baik semua sahabat  mendoakan kesihatan adik Nur Farisha. Dengan doa sahabat2 semua tidak mustahil untuk adik Farisha sembuh.
Kepada sesiapa yang ingin memberi bantuan boleh salurkan ke:
BANK SIMPANAN NASIONAL
No Akaun 0211 9290 0015 8015
Penama: INTAN SAFINA BINTI MOHD RETHUAN
No telefon: 019 568 2636
dan kepada sesiapa yang ingin melawat adik Farisha, ini alamatnya:
No 906, Lorong Angsana 26
Taman Keladi
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
SHARE supaya berita ini tersebar, agat bantuan segera dihulurkan buat adik ini.







4 Perompak Merompak Kedai Emas dan Menembak Mati pengawal keselamatan

4 orang perompak merompak dan menembak sehingga mati seorang Security Guard di sebuah kedai emas di Koronadal City.Terdapat 2 buah Paparan CCTV yang memaparkan kejadian tersebut.
Paparan ini di muat naik dari tempat sumber pada september 2014.

Paparan 2 Video ada di bawah sekali.





Paparan CCTV 1



Paparan CCTV 2



Sumber Video :95.7 Brigada News FM Koronadal
---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ ‪#‎KhidmatMasyarakat

Seorang Pencuri Di Belasah Di Kem Tentera Sungai Besi.



Seorang lelaki di belasah dengan teruk kerana mencuri alatan Eletrik di sebuah Blok Tentera di Kem Tentera Sungai Besi hari ini 7/4/2015.Suspek telah di serahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.









SumberFoto & Info Awal :
-Roslie Sihabudin
-DiTw

---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ #KhidmatMasyarakat

Tragedi yang Tragis Menimpa 2 Kumpulan Heavy Metal


Tiga Pemuzik dari kumpulan Heavy metal dan seorang pemandu van maut pada 6/4/2015 ketika Van yang mempunyai 15  penumpang mereka terbabit dalam insiden kemalangan di Jackson Country Di Timur Laut Georgia.
9 lelaki dan 3 Wanita dari 2 Buah Band metal Khaotika dan Wormreich yg di jadualkan mengakhiri Mini Konsert mereka di Atlanta Georgia berada di dalam Van tersebut.
menurut AJC.com kemalangan adalah berpunca daripada pemandu Van tersebut yang mengantuk dan tertidur menyebabkan Van terbabas dan melanggar Pokok.
Insiden Itu telah meragut 3 Nyawa di tempat kejadian dan 8 yang Lain cedera manakala 2 lagi di laporkan berada di dalam keadaan Kritikal manakala seorang lagi mati di Hospital.
Pihak berkuasa Georgia melaporkan mereka yang maut adalah :
-Nicholas Crisostomo, 25 dari Round Hill, Virginia
-Ian McKinney 30, dari Madison, Tennessee
-Paul J. Truesdell 29, dari Mableton
-Sergio J. Quesada 27,dari Athens, Georgia.(Pemandu Van)

Sumber Info :hornsuprocks

=======================================================
English Version

BREAKING NEWS: according to the Daily News three Metal musicians lost their lives early today (April 6) when their 15-passenger touring van crashed off of Interstate 85 in Jackson County in Northeast Georgia.
Nine men and three women from two Metal bands — Khaotika and Wormreich —, who were scheduled to wrap up their mini tour tonight in Atlanta, Georgia, were on board the van when the accident happened.
According to AJC.com, the accident was allegedly caused by the driver who crashed the van into a tree after losing control of the van after falling asleep. Three of the occupants were ejected and lost their lives upon impact. Eight of the other passengers were taken to local hospitals and three of them are in critical condition.
Georgia State Troopers have reported that Nicholas Crisostomo, 25, of Round Hill, Virginia, Ian McKinney, 30, of Madison, Tennessee, and Paul J. Truesdell, 29, of Mableton, Georgia, lost their lives in the wreck and have identified the driver as Sergio J. Quesada, 27, of Athens, Georgia.

Source Info:hornsuprocks
========================================================
Versión en Español:

NOTICIA DE ULTIMA HORA: de acuerdo al Daily News très artistas perdieron la vida hoy día (6 de Abril) cuando la van de 15 pasajeros se estrello en la autopista Interstate 85 en Jackson County en Noreste Georgia.
Nueve hombres y très mujeres que son parte de dos agrupaciones de Metal - Khaotika y Wormreich —, quienes iban camino a Atlanta, Georgia para terminar una mini gira, estaban abordo de la van uando ocurrió el accidente.
De acuerdo a AJC.com, el accidente supuestamente fue causado cuando el chófer estrello la van contra un árbol después de que perdió el control del vehículo ya que se había quedado dormido. Très de los ocupantes fueron expulsados de la van y perdieron su vida instantáneamente. Ocho de los otros pasajeros fueron llevados el hospital del área y tres de ellos se encuentran en estado critico.
La Policía Estatal de Georgia ha reportado que Nicholas Crisostomo, 25, de Round Hill, Virginia, Ian McKinney, 30, de Madison, Tennessee, y Paul J. Truesdell, 29, de Mableton, Georgia, murieron a causa del impacto y han identificado que Sergio J. Quesada, 27, de Athens, Georgia es el que iba manejando el vehículo.

fuente Info :hornsuprocks
---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ #KhidmatMasyarakat

Paparan Video Pecah kereta di Masjid Nilam Puri

***Info Update***Paparan video ada di Bawah***
Kota Bharu: Seorang kakitangan awam wanita berusia 40-an kerugian lebih RM3,000 apabila cermin kereta Perodua Myvi miliknya dipecah dan beg tangan dilarikan di Masjid Nilam Puri, Kota Bharu, kira-kira 6 petang semalam.
Difahamkan dalam kejadian itu, wanita terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Gua Musang berhenti untuk solat Asar di masjid itu dan meletakkan beg tangannya di tempat duduk penumpang hadapan.
Keretanya diletakkan di tempat meletak kenderaan di perkarangan masjid dan berada di sebelahnya adalah sebuah kereta pacuan empat roda.
Bagaimanapun, sebaik selesai solat, wanita itu mendapati cermin tempat duduk penumpang hadapan sudah pecah dan beg tangannya dilarikan.
Dalam beg itu mempunyai sejumlah wang tunai, dokumen pengenalan diri, pelbagai kad ATM dan tablet jenis Lenovo.
Kejadian itu turut direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) milik masjid dan tersebar di Facebook.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang giat mengesan dua suspek lelaki terbabit kejadian itu.
Katanya, semakan ke atas nombor pendaftaran pacuan empat roda digunakan mendapati ia palsu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sumber Info:Rosliza Mohamed Selasa, 7 April 2015 @ 5:17 PM
===============================================
Kawasan Masjid Juga Kini tidak Terlepas Dari Pandangan Jenayah.

Untuk menonton Sila klik Paparan Di Bawah.









Anda Juga boleh menonton di sini :
https://www.facebook.com/video.php?v=450992371735240

---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ #KhidmatMasyarakat

Apabila Sinar Hidayah Itu Di Kurniakan.Seorang Sami Memeluk Agama Islam



30 tahun kaji agama, sami peluk Islam


MELAKA - Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.
Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.
Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini.
Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.
"Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah.
“Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya.
Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.
"Akhirnya, dia berjumpa saya dan saya telah menerangkan dengan menggabungkan bagaimana logik, sains dan hujah dapat dikaitkan dengan pencipta alam ini menyebabkan dia tertarik untuk memeluk Islam,” katanya selepas majlis itu semalam yang
disempurnakan penaung Macma, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti negeri, Datuk Dr Mohadis Yasin.
Jooi Soon berkata, kini tugas Macma adalah untuk membimbingnya agar dapat mengetahui ajaran Islam secara mendalam.
“Kerja kami baru hendak bermula untuk mengajarnya dan kami hanya boleh mengajar dalam bahasa Mandarin kerana dia tidak fasih bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mungkin menuntut sedikit kesabaran,” katanya.
Sementara itu, pada majlis sama semalam turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun.
Menurut Jooi Soon, lelaki dikenali sebagai Teo itu dikatakan ditemui ketika hidup di dalam gelandangan dan hanya mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk sesuap nasi.
“Dia mengalami kecacatan anggota kaki dan tangan. Rakan-rakan kami menemuinya sehingga akhirnya kami dakwah dia untuk tertarik terhadap Islam.
“Paling mencabar lagi bagi kami, OKU ini juga tidak berpelajaran dan tidak tahu membaca,” katanya.


Sumber Info :Amran Ali 7/4/2015



Melaka: "Hidayah untuk saya memeluk Islam sudah lama dirasai. Ia bermula ketika saya membaca kitab mengatakan bahawa jika ada agama selepas ajaran yang dianuti saya membawa kebaikan dan kebenaran, maka ikutlah agama itu," kata seorang sami yang memeluk Islam di Masjid Cina Negeri Melaka di Krubong di sini, petang kelmarin.
Saudara baru berusia 66 tahun yang enggan identiti didedahkan itu diIslamkan oleh Penaung Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik sambil disaksikan Pengerusi MACMA Melaka Lim Jooi Soon.
Sami berasal dari Johor yang berpengalaman selama 28 tahun sebagai sami di Taiwan itu berkata, dia begitu berminat mengetahui perkembangan ajaran Islam dan hatinya terbuka untuk agama itu selepas berbincang mengenai topik mengenali Tuhan tiga minggu lalu.
Sementara itu, Rahim berkata, kebenaran Islam yang ternyata berbeza memikat sami itu memeluk Islam.
Katanya, usaha itu memperlihatkan perkembangan syiar Islam yang baik di negara ini.
"Kaum Cina adalah kaum yang begitu strategis. Mereka berkebolehan dalam pelbagai bidang, terutama ekonomi dan apabila adanya pendakwah menyebarkan Islam dalam kalangan mereka, saya rasa ia satu usaha begitu murni dan mulia.
"Kita berasa amat terharu dalam keadaan Islam digembar-gemburkan dengan imej yang negatif di sisi media barat, namun MACMA Melaka boleh melahirkan usaha pengislaman membabitkan seorang sami yang ternyata bukan satu tugas mudah," katanya.
Pada majlis itu juga, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berasal dari Pulau Pinang, Teoh Boon Khoon turut memeluk Islam.
Mengikut rekod, sejak 1990, seramai 4,251 orang saudara baru memeluk Islam di Melaka dan daripada jumlah itu, 760 daripadanya berketurunan Cina.

Sumber Info :Nazri Abu Bakar  Selasa, 7 April 2015 @ 5:57 PM






Sumber Foto:
-Adny
-abdulhaziqarif

---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ #KhidmatMasyarakat

Seorang Pemandu Lori Dan 2 Kelindan Parah Di KM 53.9 PLUShighway.(7/4/2015)



Alor Setar: Pemandu lori dan dua kelindannya parah akibat tersepit selepas lori seberat lapan tan yang sarat dengan muatan tepung gandum dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 53.9 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Plaza Tol Alor Setar Selatan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 11 pagi itu, lori yang dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang itu dikatakan membawa muatan tepung seberat kira-kira 10 tan ke bandar raya ini.
Semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar yang kemudian menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk dirawat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.06 pagi dan anggotanya tiba di lokasi pada 11.21 pagi.
Katanya, anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menghantar mereka dengan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans ke HSB untuk dirawat.

Sumber Info:Zuliaty Zulkifli Selasa, 7 April 2015 @ 2:01 PM




Sumber Foto:
-Brembos's Merbok
-Jai Haizar
-DiTw
-DTr
---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ #KhidmatMasyarakat

KHIDMAT MASYARAKAT :HULURKAN BANTUAN AGAR DAPAT MERINGANKAN BEBANAN



***Daripada Teks Asal Pengirim***

Marilah Kita Hulurkan Bantuan Ringankan Bebanan.

Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera.

Seorang sahabat kami, Badilah Abu Bakar a.k.a. Dila Badila kini dalam keadaan kritikal dan koma akibat kanser payudara yang dihadapi beliau telah merebak ke organ lain dan tulang.

Beliau kini berada di rumah kakaknya di No 660D Kampung Tanjung, Jalan Tanjung 2, Sungai Choh, Rawang selepas pihak hospital tidak menerimanya lagi atas kondisi penyakit yang dihadapi. Telah tidak boleh menerima sebarang rawatan, ubat dan juga makanan melalui tiub di hidung juga telah tidak dapat diberi lagi. Keluarganya hanya mampu berserah.

Beliau seorang ibu tunggal yang susah dan mempunyai 6 orang anak yang masih belajar dan bersekolah.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang demi meringankan bebanan kewangan adik-beradik ini bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun anak sulungnya pelajar tahun satu UPSI yang menjaga dan mengambil alih tanggungjawab ibunya :

Bank : BANK ISLAM.
Nama : Hani Hathira Binti Hanapi.
No akaun : 05-030-02-036286-3
No HP : 012-9342 633

Semoga jasa baik dan keikhlasan sumbangan anda akan mendapat balasan yang berganda-ganda daripada Allah SWT.

***Printscreen Teks Asal***




---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ #KhidmatMasyarakat


Di Saat Kita Punya Segalanya Jangan Lupa Pada Saudara Kita.



Dia Dikatakan menjadi Bahan ejekan bagi rakan2nya di sekolah kerana tidak punya kelebihan seperti mereka yang lain.Dia tidak punya pakaian yang cantik dan baru untuk ke sekolah Namun Kecekalannya dan ketabahan dalam dirinya yang sentiasa bersyukur maka dia tidak pernah mengambil hati terhadap ejekan yg di lemparkan kepadanya,kerana dia sedar tentang kehidupan keluarganya yang serba kekurangan......
Wartawan Harian metro Nor Farhani Che Ad telah mengupas isu ini dengan memuat naik artikelnya pada hari ini Selasa 7 April pada Jam 7:13 agar menjadi kesedaran kepada kita semua agar sentiasa bantu membantu di antara satu sama lain mengikut keupayaan kita jika kita bertemu dengan insan yang lebih memerlukan...Dan seperkara yg paling penting yang harus di pupuk dalam diri kita,anak2 kita adalah jangan mengejek atau memandang rendah apatah lagi menghina kepada orang yang serba kekurangan....

Berikut adalah Catatan dari Nor Farhani Che Ad untuk Tatapan kita semua..........

Sungai Petani: Walaupun sering menjadi bahan ejekan kerana datang ke sekolah dalam keadaan pakaian tidak terurus namun seorang kanak-kanak perempuan tidak pernah berkecil hati mahupun malu kerana memahami kehidupan keluarganya yang serba kekurangan.
Ini kerana keluarga murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Intan, di sini, Rokiah Ahmad, 11, yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik tinggal di atas tanah rizab di Kampung Permai, di sini, sekali gus tidak mempunyai bekalan elektrik mahupun air.
Ibunya, Habibah Lin, 45, berkata selepas suaminya, Ahmad Senawi, 66, lumpuh sejak 15 tahun lalu, kehidupan mereka sekeluarga dihimpit kemiskinan dan terpaksa bergantung harap kepada bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, walaupun lima anak yang lain sudah bekerja, namun mereka hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa selain perlu menampung perbelanjaan keluarga sendiri.
“Rumah kami tidak mempunyai bekalan elektrik mahupun air hingga terpaksa menggunakan generator untuk bekalan elektrik yang hanya mampu bertahan untuk beberapa jam saja pada waktu malam dan perlu membayar RM10 sebulan kepada jiran untuk kegunaan air bersih.


***Jika ada sesiapa yang ada niat ingin membantu keluarga tersebut mungkin boleh menghubungi
Nor Farhani Che Ad di  (am@hmetro.com.my)untuk keterangan lebih lanjut.

Hanya Sekadar Perkongsian.










Sumber Dari Link :https://www.facebook.com/tuturbicara