Selasa, 7 April 2015

Seorang Pemandu Lori Dan 2 Kelindan Parah Di KM 53.9 PLUShighway.(7/4/2015)



Alor Setar: Pemandu lori dan dua kelindannya parah akibat tersepit selepas lori seberat lapan tan yang sarat dengan muatan tepung gandum dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 53.9 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Plaza Tol Alor Setar Selatan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 11 pagi itu, lori yang dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang itu dikatakan membawa muatan tepung seberat kira-kira 10 tan ke bandar raya ini.
Semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar yang kemudian menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk dirawat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.06 pagi dan anggotanya tiba di lokasi pada 11.21 pagi.
Katanya, anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menghantar mereka dengan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans ke HSB untuk dirawat.

Sumber Info:Zuliaty Zulkifli Selasa, 7 April 2015 @ 2:01 PM




Sumber Foto:
-Brembos's Merbok
-Jai Haizar
-DiTw
-DTr
---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ #KhidmatMasyarakat

Tiada ulasan: