Selasa, 7 April 2015

Paparan Video Pecah kereta di Masjid Nilam Puri

***Info Update***Paparan video ada di Bawah***
Kota Bharu: Seorang kakitangan awam wanita berusia 40-an kerugian lebih RM3,000 apabila cermin kereta Perodua Myvi miliknya dipecah dan beg tangan dilarikan di Masjid Nilam Puri, Kota Bharu, kira-kira 6 petang semalam.
Difahamkan dalam kejadian itu, wanita terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Gua Musang berhenti untuk solat Asar di masjid itu dan meletakkan beg tangannya di tempat duduk penumpang hadapan.
Keretanya diletakkan di tempat meletak kenderaan di perkarangan masjid dan berada di sebelahnya adalah sebuah kereta pacuan empat roda.
Bagaimanapun, sebaik selesai solat, wanita itu mendapati cermin tempat duduk penumpang hadapan sudah pecah dan beg tangannya dilarikan.
Dalam beg itu mempunyai sejumlah wang tunai, dokumen pengenalan diri, pelbagai kad ATM dan tablet jenis Lenovo.
Kejadian itu turut direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) milik masjid dan tersebar di Facebook.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang giat mengesan dua suspek lelaki terbabit kejadian itu.
Katanya, semakan ke atas nombor pendaftaran pacuan empat roda digunakan mendapati ia palsu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sumber Info:Rosliza Mohamed Selasa, 7 April 2015 @ 5:17 PM
===============================================
Kawasan Masjid Juga Kini tidak Terlepas Dari Pandangan Jenayah.

Untuk menonton Sila klik Paparan Di Bawah.









Anda Juga boleh menonton di sini :
https://www.facebook.com/video.php?v=450992371735240

---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ #KhidmatMasyarakat

Tiada ulasan: