Selasa, 7 April 2015

Seorang Lelaki dan seorang Bayi Maut Terkena Renjatan Elektrik.

***info Update***
Banting: Dua maut termasuk seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Jalan Sungai Buaya, Kampung Chodi, Banting kira-kira 3.40 petang tadi.Mangsa yang maut ialah Mohd Amir Jiran berusia 45 tahun dan anaknya berusia dua bulan.Difahamkan renjatan elektrik itu berpunca daripada kipas namun siasatan lanjut masih dijalankan.Ketika kejadian Mohd Amir bersama bayinya berada di rumah baru mereka yang masih dalam pembinaan sementara isteri mangsa berada di rumah lama mereka tidak jauh dari rumah baru itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.39 petang dan jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 3.57 petang.Beliau berkata, ketika tiba di rumah berkenaan terdapat dua mangsa terbaring di lantai rumah itu."Pasukan perubatan kemudian mengesahkan mangsa pertama meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya meninggal dunia di klinik kesihatan berhampiran," katanya.


Sumber Info :Fuad Hadinata Yaacob Selasa, 7 April 2015 @ 6:42 PM

***Info Awal***
 7/4/2015  Seorang lelaki berumur 45 tahun dan seorang Bayi berusia 2 bulan menemui Maut akibat berpunca dari renjatan elektrik.Kejadian berlaku di Jalan Sungai Buaya Kampung Chodoi Banting Selangor pada pukul 3:39 petand tadi.







Sumber Foto dan Info Awal : JBPM
---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ ‪#‎KhidmatMasyarakat‬

Tiada ulasan: