Selasa, 5 Mei 2015

Pemandu Lori Putus Pergelangan Kaki


LEDANG: Seorang pemandu lori ais putus pergelangan kaki kiri dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berat di Kilometer 4, Jalan Muar-Melaka, berhampiran Kampung Tanjung Gading di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa, Mohd Gan Abdullah, 33, cedera parah di kaki selepas lori ais yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tanah dan lori membawa muatan perabot. Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat, Ismail Mahmud, berkata 12 anggota bomba bersama dua jentera dan tiga motosikal bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Sumber Info:Wartawan BH (node52948)
SELASA, 5 MEI 2015 @ 2:28 PM


Ledang: Seorang lelaki putus pergelangan kaki kiri selepas lori ais dipandunya dirempuh dua lori lain di Kilometer 4 Jalan Muar-Melaka, berhampiran Kampung Tanjung Gading di sini, 11.15 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Mohd Gan Abdullah, 33, putus pergelangan kaki kiri selepas lori ais dipandunya dilanggar lori tanah dan lori bermuatan perabot dari belakang.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa meletakkan lori di tepi jalan untuk menghantar ais.
Bagaimanapun, tayar lori tanah itu dikatakan pecah menyebabkannya hilang kawalan sebelum melanggar lori perabot lalu merempuh lori dipandu mangsa.
Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Ismail Mahmud berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan beberapa minit kemudian, seramai 12 anggota bomba dengan dua jentera dan tiga motosikal ke tempat kejadian.
"Kira-kira 30 minit diperlukan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Sumber Info:Shaiffulazhar Misri (node 48724)
Selasa, 5 Mei 2015 @ 3:22 PM











Sumber Foto:
-Ditw
-MTr
-MTrCrew Telegram

www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku