Selasa, 14 April 2015

Celcom Oh Celcom Miak Sarawak Sudah Marah Tu...


Saat Admin BSKHku buat surfing kat Blog dan Halaman Rakan-Rakan,Admin Tertarik dengan satu Posting di Sarawak.Iannya berkaitan Papan Iklan seperti yang tertera di dalam gambar di atas dan juga servis yang mereka dapat nikmati dari kemudahan tersebut.
Apa yang amat menarik perhatian Admin BSKHku adalah berkenaan dengan komen yang telah di berikan oleh Warga Sarawak terhadap Perkhidmatan Celcom yang amat terbaik itu.
Ikutilah Foto-Foto PrintScreen Luahan Hati Mereka terhadap perkhidmatan yang di berikan.





Sumber Foto:
Dari Sebuah Halaman Sarawak.

-------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627

Pelajar lelaki 15 Tahun Maut di rempuh kereta.



Bachok: Pelajar lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta di depan Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan, di sini 5.40 petang semalam.
Dalam kejadian itu, Muhamad Luqman Hakim Zakaria, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah (Arab) Amir Inda Putra dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Kampung Wakaf Zin.
Sebaik tiba di hadapan sekolah itu, motosikal ditunggang gagal mengelak kereta di hadapannya yang mahu membelok ke kanan jalan.
Akibat rempuhan itu, mangsa melambung dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Info:Nor Amalina Alias (node43702)Selasa, 14 April 2015 @ 11:53 AM










Sumber Foto:
-Man Loga
-Mat Ezuan
-Noor Amran Sapuan
-IRDK (Kelantan)
-DiTw
-DiTw Parliment 2

-------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Warga Myanmar ditemui tertiarap dalam tali air di Kampung Serendah, Ketereh


Kota Bharu: Mayat seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui tertiarap dalam tali air di Kampung Serendah, Ketereh, di sini.
Mayat ditemui di bawah jambatan oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif kejadian.
"Mangsa berusia 20 tahun dan difahamkan sebelum itu dia tidak pulang ke rumahnya di kampung berdekatan selama tiga hari.
"Kita masih menyiasat apa yang berlaku dan motif kejadian," katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis terdekat.

Sumber Info :Rosliza Mohamed (node43765)Selasa, 14 April 2015 @ 4:28 PM

















Sumber Foto:
-Muhammad Fahmie
-Syam
-Megat Jaa
-DiTw
-DiTw Parliment 2
-IRDK kelantan
-Malaysian Team Respon


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Jatuh Ke Dalam Gaung Pemandu Lori Dan Kelindan Maut


BINTULU - Dua lelaki maut apabila lori yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 28, Jalan Persisiran Samalaju-Bintulu di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang disahkan maut ialah Andrew Marupoh Rawing, 21, dan Matehew Jangkang, 25.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan yang membawa muatan baja itu.

Katanya, 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju dan BBP Bintulu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.03 malam.

"Insiden malang itu dipercayai berlaku apabila pemandu lori terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan menjunam ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Sumber Info-KOSMO!14/04/2015 8:18am


Bintulu: Pemandu dan kelindan lori maut apabila lori dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas dalam gaung sedalam kira-kira dua meter dalam kejadian di KM28 Jalan Persisiran Samalaju, di sini, malam tadi.
Mangsa, Andrew Marupoh Rawing, 21, dan Mathew Jangkang, 25, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan tersepit dalam lori.
Lori yang membawa muatan baja itu dipercayai dalam perjalanan dari Samalaju ke Bintulu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.03 malam.
Katanya, 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Samalaju bergegas ke lokasi kejadian.
"Bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dan membawa mereka naik ke tebing jalan.
"Operasi tamat pada 1 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Bintulu," katanya

Sumber Info:Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail (node43623)Selasa, 14 April 2015 @ 9:49 AM





Sumber Foto:
-JBPM
-Malaysian Team Respond


-------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
https://twitter.com/baganseraiku

Kemalangan Semasa Program MCTP DI Nanga Mujong

***Info Telah Di Kemaskini***(14/4/2015 @12:15pm)

Kapit: Kecuaian seorang juragan menyebabkan seorang lelaki putus kaki kiri akibat tersepit di antara tali besi kapal dan kayu penghadang jeti di Nanga Mujong, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Fredrick Langkan Lawrence, 21, bersama seorang rakan sekerja mengarahkan juragan supaya tidak menggerakkan kapal dari kawasan jeti, namun tidak dipedulikan sehingga menyebabkan kejadian berlaku.
Sumber berkata, Fredrick cuba mengalihkan tambatan tali besi ketika juragan mengalihkan kapal berkenaan, malangnya kaki mangsa tersepit sehingga terputus selepas juragan terbabit enggan memberhentikan kapal dari terus bergerak.
Menurutnya, dua anak kapal yang menyaksikan kejadian segera menghulurkan bantuan, namun usaha mereka tidak membuahkan hasil.
“Sebelum itu, mangsa bersama anak kapal menjerit dan memberi isyarat tangan supaya juragan tidak menggerakkan kapal,tetapi tidak diendahkan.

Sumber Info:Kelvin Khoo (Node43592)Selasa, 14 April 2015 @ 9:16 AM

========================================================================

Laporan kemalangan semasa program MCTP di Nanga Mujong 

Tarikh : 10 April 2015
Butir2 mangsa:

Nama: Fredrick Langkan Anak Lawrence
No ic: 940531-13-5669 (21 tahun)
Alamat: Rumah Robin, Jalan Ridan,Melugu Skim,95000,Sri Aman,Sarawak.
Jantina: Lelaki
Status  : Bujang

Butir2 kejadian:

Kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengalihkan tambatan tali kapal pada 10 0830H Apr 2015. Ketika kejadian, kaki mangsa tersangkut pada tali tambatan.Mangsa bersama 2 x crew kapal telah menjerit dan memberi isyarat tangan bahawa jangan digerakkan kapal tetapi tidak diendahkan oleh juragan. Kaki mangsa tersepit di antara tali batang besi kapal dan kayu jeti lalu mengakibatkan kejadian ini. Mangsa telah di berikan rawatan kecemasan di atas kapal dan di hantar ke Hospital Kapit. 
Sekian untuk maklumat tuan.


Sumber Foto Dan Info Awal :
-JacpSparrow
-Whatsapp DiTW Parliment 2



===================================================
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku



Bom di Jumpai di Stesen Minyak Shell Di Jalan Kulim Bukit Mertajam


BUKIT MERTAJAM: Pelanggan di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim, di sini, gempar selepas menemui satu beg plastik berisi bom tangan diletakkan di dalam tandas lelaki premis itu, petang tadi. Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, bungkusan warna hitam yang terletak di atas pam tandas ditemui oleh seorang pelanggan yang ingin menggunakan tandas berkenaan. Disebabkan rasa curiga, lelaki berkenaan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak yang kemudiannya bertindak menghubungi polis. Anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba tidak lama kemudian dan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa butir bom jenis bom tangan di dalam bungkusan terbabit. Bom pertama diletupkan pada jam 5.30 petang dan bom kedua diletupkan pada jam 5.42 petang. Difahamkan, baki bom tangan yang ada akan diletupkan dalam masa terdekat. Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Suid, berkata seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan orang awam kira-kira jam jam 4.39 petang. "Dua daripadanya sudah diletupkan oleh UPB selepas didapati bungkusan berkenaan positif bom tangan. Perbincangan kini sedang berlangsung bagi proses perpindahan bungkusan terbabit," katanya.

Sumber Info:Errah Amran (node/47442)ISNIN, 13 APRIL 2015 @ 9:08 PM



Bukit Mertajam: Anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) terpaksa dipanggil bagi lakukan pemeriksaan berhubung penemuan plastik hitam disyaki berisi bahan letupan dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim, 3.45 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya sedang melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti jenis bahan letupan itu.
"Siasatan awal dilakukan kami tidak menolak kemungkinan ia adalah bom tangan namun pemeriksaan lanjut masih perlu.
"Kami juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikut prosedur ditetapkan serta keselamatan pemilik premis berhampiran berikutan ia membabitkan stesen minyak," katanya.
Pihaknya juga perlu mengambil kira pelbagai faktor samada untuk meletupkan atau mengalihkan bahan letupan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan sehingga 9.30 malam tadi anggota UPB dan bomba masih lagi berasa di lokasi kejadian.
Dua letupan iaitu pada 5.25 dan 6.37 petang turut kedengaran dari arah stesen minyak berkenaan namun Rusli berkata ia bukan membabitkan bahan letupan yang ditemui itu.

Sumber Info:Salman Hamat (node/43551)Isnin, 13 April 2015 @ 10:52 PM



BUKIT MERTAJAM: An explosive believed to be a hand grenade was discovered at a petrol station here.
The Central Seberang Prai district D9 police division received a call from the public informing them that a bomb had been found yesterday afternoon at the petrol station in Jalan Kulim.
The bomb detonation and forensic squad along with officers from the fire and rescue department rushed to the scene.
Upon arrival, they discovered an object wrapped in black plastic on top of the water tank in the men’s toilet.
Workers and staffs were immediately evacuated and the area cordoned off.
The explosive was detonated at the scene.
Police are now investigating the matter.

Source Info:TheStar Updated: Tuesday April 14, 2015 MYT 11:05:32 AM


BUKIT MERTAJAM: An explosive device believed to be a hand grenade was discovered in a petrol station here on Monday.
The Central Seberang Prai district D9 police division received a phone call from the public at about 3.10pm informing of a bomb at the petrol station in Jalan Kulim.
Bomb detonation and forensic squad, together with officers from the Fire and Rescue department were dispatched to the scene.
When the team arrived, they found an object wrapped in black plastic on top the water tank in the men's toilet.
Workers were immediate evacuated and the area cordoned from the public.
Two small explosions were heard, one at 5.25pm and 6.37pm, and police are still on the scene conducting investigations.

Source Info:TheStar Updated: Monday April 13, 2015 MYT 9:11:39 PM













Sumber Foto:
-Amir Irsyad Omar
-JBPM
-BERNAMA
-RakyatDaily
-Malaysian Team Respond
--------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku