Selasa, 14 April 2015

Pelajar lelaki 15 Tahun Maut di rempuh kereta.



Bachok: Pelajar lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta di depan Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan, di sini 5.40 petang semalam.
Dalam kejadian itu, Muhamad Luqman Hakim Zakaria, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah (Arab) Amir Inda Putra dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Kampung Wakaf Zin.
Sebaik tiba di hadapan sekolah itu, motosikal ditunggang gagal mengelak kereta di hadapannya yang mahu membelok ke kanan jalan.
Akibat rempuhan itu, mangsa melambung dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Info:Nor Amalina Alias (node43702)Selasa, 14 April 2015 @ 11:53 AM










Sumber Foto:
-Man Loga
-Mat Ezuan
-Noor Amran Sapuan
-IRDK (Kelantan)
-DiTw
-DiTw Parliment 2

-------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku







Tiada ulasan: