Selasa, 14 April 2015

Bom di Jumpai di Stesen Minyak Shell Di Jalan Kulim Bukit Mertajam


BUKIT MERTAJAM: Pelanggan di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim, di sini, gempar selepas menemui satu beg plastik berisi bom tangan diletakkan di dalam tandas lelaki premis itu, petang tadi. Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, bungkusan warna hitam yang terletak di atas pam tandas ditemui oleh seorang pelanggan yang ingin menggunakan tandas berkenaan. Disebabkan rasa curiga, lelaki berkenaan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak yang kemudiannya bertindak menghubungi polis. Anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba tidak lama kemudian dan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa butir bom jenis bom tangan di dalam bungkusan terbabit. Bom pertama diletupkan pada jam 5.30 petang dan bom kedua diletupkan pada jam 5.42 petang. Difahamkan, baki bom tangan yang ada akan diletupkan dalam masa terdekat. Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Suid, berkata seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan orang awam kira-kira jam jam 4.39 petang. "Dua daripadanya sudah diletupkan oleh UPB selepas didapati bungkusan berkenaan positif bom tangan. Perbincangan kini sedang berlangsung bagi proses perpindahan bungkusan terbabit," katanya.

Sumber Info:Errah Amran (node/47442)ISNIN, 13 APRIL 2015 @ 9:08 PM



Bukit Mertajam: Anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) terpaksa dipanggil bagi lakukan pemeriksaan berhubung penemuan plastik hitam disyaki berisi bahan letupan dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim, 3.45 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya sedang melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti jenis bahan letupan itu.
"Siasatan awal dilakukan kami tidak menolak kemungkinan ia adalah bom tangan namun pemeriksaan lanjut masih perlu.
"Kami juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikut prosedur ditetapkan serta keselamatan pemilik premis berhampiran berikutan ia membabitkan stesen minyak," katanya.
Pihaknya juga perlu mengambil kira pelbagai faktor samada untuk meletupkan atau mengalihkan bahan letupan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan sehingga 9.30 malam tadi anggota UPB dan bomba masih lagi berasa di lokasi kejadian.
Dua letupan iaitu pada 5.25 dan 6.37 petang turut kedengaran dari arah stesen minyak berkenaan namun Rusli berkata ia bukan membabitkan bahan letupan yang ditemui itu.

Sumber Info:Salman Hamat (node/43551)Isnin, 13 April 2015 @ 10:52 PM



BUKIT MERTAJAM: An explosive believed to be a hand grenade was discovered at a petrol station here.
The Central Seberang Prai district D9 police division received a call from the public informing them that a bomb had been found yesterday afternoon at the petrol station in Jalan Kulim.
The bomb detonation and forensic squad along with officers from the fire and rescue department rushed to the scene.
Upon arrival, they discovered an object wrapped in black plastic on top of the water tank in the men’s toilet.
Workers and staffs were immediately evacuated and the area cordoned off.
The explosive was detonated at the scene.
Police are now investigating the matter.

Source Info:TheStar Updated: Tuesday April 14, 2015 MYT 11:05:32 AM


BUKIT MERTAJAM: An explosive device believed to be a hand grenade was discovered in a petrol station here on Monday.
The Central Seberang Prai district D9 police division received a phone call from the public at about 3.10pm informing of a bomb at the petrol station in Jalan Kulim.
Bomb detonation and forensic squad, together with officers from the Fire and Rescue department were dispatched to the scene.
When the team arrived, they found an object wrapped in black plastic on top the water tank in the men's toilet.
Workers were immediate evacuated and the area cordoned from the public.
Two small explosions were heard, one at 5.25pm and 6.37pm, and police are still on the scene conducting investigations.

Source Info:TheStar Updated: Monday April 13, 2015 MYT 9:11:39 PM













Sumber Foto:
-Amir Irsyad Omar
-JBPM
-BERNAMA
-RakyatDaily
-Malaysian Team Respond
--------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku






Tiada ulasan: