Rabu, 8 April 2015

Lori Ikan Tanjung Piandang Terbabas dan Terhumban ke Dalam Parit.




8/4/2015 Kemalangan Yang membabitkan sebuah lori Dengan Muatan Ikan dan Udang Telah Terbabas dan Terbalik berdekatan Desa Wawasan Kampung Jalan Gula Simpang Empat Semanggol Perak.kejadian berlaku pada jam lebih Kurang 4:00 petang tadi.Lori berkenaan dari Tanjung Piandang adalah dalam perjalanan menghantar bahan bekalan Ikan dan Udang menuju ke Pasar Borong Selayang.Menurut Kata Pemandu sewaktu admin menemu bual dengannya,beliau menyatakan semasa beliau tiba di Kawasan terbabit terdapat Sebuah lori yang sarat dengan muatan sawit datang dari arah hadapan yg telah memakan Jalannya.Beliau cuba untuk mengelak dari terjadi pergeselan di antara kenderaan beliau dengan lori terbabit,Malangnya saat cuba mengelak ke kiri jalan,Tayar Hadapan lori sebelah kiri telah memasuki Kawasan Tanah berumput yg lembut menyebabkan lorinya terus mengelungsur ke arah Parit yang berhampiran dan terbalik.Muatan yang di bawanya kebanyakannya pecah dan terhumban keluar dari badan lorinya.
Beliau pantas memaklumkan perkara yang berlaku kepada penyelianya yang bernama Encik Ramli,agar tindakan segera di ambil memandangkan muatan yang di bawa adalah barang keperluan yang penting untuk peniaga Pasar Borong Selayang Kuala Lumpur.
Admin Juga sempat menemu bual Encik Ramli selaku penyelia Syarikat terbabit yang hadir bersamanya Tuan punya Pengusaha Syarikat Lori Tersebut,semasa berada di lokasi kejadian.Beliau memaklumkan kepada Admin bahawa Pengusaha Lori tersebut telah memanggil 2 buah lori Syarikatnya untuk memunggah Muatan yang Masih berada di dalam keadaan baik,yang mana telah pecah atau rosak terpaksalah di ganti dengan segera demi memastikan Peniaga yang memesan Barang mereka dapat menerima Bekalan sebaik mungkin.
Pemandu dan Kelindan terselamat dari kejadian yang tidak di ingini dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
2 buah Kren juga segera di hubungi untuk kerja pengalihan lori tersebut agar tidak mengganggu lalulintas di jalan tersebut.Kerja pemunggahan barang selesai sepenuhnya dalam pukul 8:45 malam, manakala pengalihan lori tersebut selesai hampir pada jam 10:00 malam.


Untuk Melihat Paparan Video anda Boleh Klik di sini








Untuk Melihat lebih Banyak Foto di Tempat kejadian Sila Klik Di sini:

Sumber Info & Video:Admin BaganSeraiKampungHalamanku
Sumber Foto:Muhammad Shakirin

---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ ‪#‎KhidmatMasyarakat