Jumaat, 8 Mei 2015

Arwah Nur Salina Teruja Ingin Berkahwin



Kuala Kubu Bharu: “Hampir semua persiapan lengkap majlis perkahwinan Nur Salina diatur. Ini termasuk baju Melayu yang akan saya pakai pada majlis itu nanti,” kata bapa mangsa pembunuhan kejam, Nazir Ramli, 67.
Dia berkata, anaknya, Nur Salina Nazir, 36, merancang rapi majlis perkahwinan itu berdasarkan nota perbelanjaan andaman, pelamin, cincin, mas kahwin ditemui.
“Salina nampak teruja untuk berkahwin dengan suspek dan menyiapkan segala kelengkapan.
“Arwah juga menyenaraikan persediaan yang perlu bagi perkahwinan mereka, jadi dakwaan anak saya terdesak untuk kahwin tidak benar,” katanya.
Nazir berkata, dia mahu penjenayah yang membunuh anaknya itu menerima hukuman setimpal dan tidak akan memaafkan perbuatan lelaki terbabit.
“Apa yang dilakukan terhadap anak saya terlalu kejam. Anak saya ditikam mati tujuh kali.
“Biar apa pun masalah mereka berdua, kenapa perlu sampai membunuh. Penjenayah begini hanya layak dihukum gantung sampai mati,” katanya ketika ditemui di Taman Arif Utama di sini, semalam.

Sumber Info:
-Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Amrullah Abdul Karim (node 49472)
Jumaat, 8 Mei 2015 @ 10:28 AM


Foto Suspek

Sumber Foto:Malaysian Team Respond

NOTA senarai keperluan perkahwinan yang ditulis Nur Salina. 

 ANAK Nur Salina sedih melihat gambar kenangan ibu mereka. 



GAMBAR Nur Salina bersama anaknya.


Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah Dalam Nahas Duke

Sumber Foto:Azlan mior Kamarulbaid (myMetro)


Kuala Lumpur: Dua pemandu Perodua MyVi termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuhraya DUKE, awal pagi Sabtu lalu.
Pembantu pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik, Mohammad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya kepada awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuhraya DUKE, Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.
Bagi perbuatan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain menggantung lesen memandu dan pasport diserah kepada mahkamah mereka sehingga kes selesai serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes.

Sumber Info:Nor Azura Abdul Jalil (node 49492)
Jumaat, 8 Mei 2015 @ 11:44 AM


***Video Di Atas Di Perbaharui Dari Yang Telah di Muat Naik Dengan Menyusun Semula Setiap Rentetan Bermula Dengan:
1-Paparan Rakaman CCTV Duke (menambah Bunyi Efek)
2-Rakaman kemalangan (menambah musik latar belakang dan mengaburkan bahagian Aurat)
3-Rakaman Sebahagian Majlis Pengebumian Mangsa
4-Luahan Hati Seorang Anak.
5-Luahan Hati Ahli Keluarga Mangsa
6-Penyataan Datuk Zahid Hamidi Berkenaan Dengan Orang Dalam
7-Penyataan Dari Wakil FMC
8-Rentetan Sebahagian Foto
9-Memperkenalkan Halaman Halaman Yang Menyampaikan Berita-Berita Awal Kemalangan Setiap Masa Melalui Facebook Kepada Masyarakat Umum.


Lawati Halaman Kami Di Facebook:www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku