Rabu, 22 April 2015

2 Jam Tersangkut Di Atas Pokok Kelapa

Sumber Foto:JBPM

Bachok: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit hampir dua jam akibat kekejangan otot di atas pokok kelapa sebelum diselamatkan anggota bomba yang membawanya turun dalam kejadian di Kampung Changgon, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 1.36 petang itu, Shamsuddin Hussin, 52, terpaksa dibawa turun menggunakan tali selepas tidak dapat turun dari pokok yang dipanjatnya.
Ketua Operasi Zainuddin Senawi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kota Bharu menerima panggilan kecemasan daripada BBP Bachok untuk menurunkan mangsa.
"Seramai 10 anggota bersama dua jentera ke tempat kejadian.
"Kami mengambil masa hampir 30 minit untuk menurun mangsa dengan menggunakan tali sebelum dia diberi rawatan awal," katanya.


Sumber Info:Muhamaad Razis Ismail (node 45650)
Rabu, 22 April 2015 @ 6:24 PM





-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 Www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku

Kerana Tekanan Perasaan Dia Membakar Rumahnya

 Sumber Foto:JBPM

Sibu: Tekanan perasaan dipercayai punca seorang wanita warga Vietnam mengurung diri dalam bilik sebelum membakar kediamannya di tingkat lima sebuah rumah kedai di Jalan Nyabor, pagi tadi.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, suspek yang juga pekerja rumah urut dipercayai mengalami tekanan perasaan sebelum membakar bantal dalam bilik tidurnya.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi berkata, tindakan suspek itu menyebabkan api merebak dan memusnahkan sebuah lagi kediaman pekerja yang turut didiami tujuh rakan sekerjanya termasuk warga China.
Katanya, sejurus kejadian, suspek melarikan diri dan berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian di sebuah hotel kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
"Berdasarkan keterangan awal, suspek menghadapi masalah tekanan kerja dan sering meminta untuk dihantar pulang ke negara asal.
"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Abdul Mutalib Jaafar berkata, dua jentera bersama 19 anggota ke tempat kejadian sebaik menerima panggiln kecemasan pada jam 11.36 pagi.
"Api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian. Bomba serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Sumber Info:Abd Rahman Adam (node 45654)
Rabu, 22 April 2015 @ 8:12 PM





-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 Www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku