Rabu, 22 April 2015

Kerana Tekanan Perasaan Dia Membakar Rumahnya

 Sumber Foto:JBPM

Sibu: Tekanan perasaan dipercayai punca seorang wanita warga Vietnam mengurung diri dalam bilik sebelum membakar kediamannya di tingkat lima sebuah rumah kedai di Jalan Nyabor, pagi tadi.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, suspek yang juga pekerja rumah urut dipercayai mengalami tekanan perasaan sebelum membakar bantal dalam bilik tidurnya.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi berkata, tindakan suspek itu menyebabkan api merebak dan memusnahkan sebuah lagi kediaman pekerja yang turut didiami tujuh rakan sekerjanya termasuk warga China.
Katanya, sejurus kejadian, suspek melarikan diri dan berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian di sebuah hotel kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
"Berdasarkan keterangan awal, suspek menghadapi masalah tekanan kerja dan sering meminta untuk dihantar pulang ke negara asal.
"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Abdul Mutalib Jaafar berkata, dua jentera bersama 19 anggota ke tempat kejadian sebaik menerima panggiln kecemasan pada jam 11.36 pagi.
"Api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian. Bomba serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Sumber Info:Abd Rahman Adam (node 45654)
Rabu, 22 April 2015 @ 8:12 PM





-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 Www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Tiada ulasan: