Selasa, 21 April 2015

Seorang Buruh Maut Apabila Keretanya Merempuh Sebuah lori.



BESUT - Seorang buruh maut di tempat kejadian apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Kilometer 6 dekat Kampung Alor Lintang di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari hari tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Khaled Che Lah yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikenali sebagai Ahmad Lutfi Abdul Aziz, 29, berasal dari Rumah Awam Kos Rendah Kampung Raja dekat sini.
Katanya mangsa mengalami cedera teruk di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala itu pemandu dan kelindan lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sepasukan bomba dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam keretanya yang kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.
Sumber Info:Wartawan SH (1.381708)
20 April 2015 6:37pm



Jertih: Seorang buruh maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan lori tiga tan dari arah bertentangan di hadapan stesen minyak di Kampung Alor Lintang, dekat sini, 12.30 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa, Ahmad Lutfi Abdul Aziz, 29, yang memandu berseorangan dari arah Jertih ke Kampung Raja dikatakan hilang kawalan ketika memotong garisan berkembar atas jambatan.
"Akibatnya, kenderaan dipandu mangsa masuk ke laluan bertentangan dan terus melanggar lori tiga tan yang dipandu lelaki berusia 40 tahun bersama kelindannya berusia 23 tahun.
"Mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat serta mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Menurutnya, kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Info:Mohammad Ishak (node 45148)
Isnin, 20 April 2015 @ 6:57 PM


ALOR LINTANG - Dugaan bertimpa. Demikian keadaan dialami seorang bapa yang kehilangan dua anak dalam tempoh dua minggu.

Abdul Aziz Said, 69, berkata, dua minggu lalu, anak kedua, Nur Hafizah, 40, meninggal dunia akibat barah pangkal rahim dan semalam, dia dikejutkan pula dengan kematian anak bongsu, Ahmad Lufti, 29, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menurutnya, dia diberitahu Ahmad Lufti terbabit dalam kemalangan di hadapan sebuah stesen minyak di Alor Lintang, tengah hari semalam.

“Saya bergegas ke bilik mayat selepas diberitahu jenazah anak saya dibawa ke situ. Ahmad Lutfi meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori.

“Difahamkan, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Rumah Awam Kos Rendah Kampung Raja selepas membaiki sebuah komputer milik pelanggan di Kampung Alor Lintah,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Daerah Besut, semalam.

Ahmad Lufti, anak bongsu daripada enam beradik dan masih bujang, mengusahakan kedai komputer dan fotostat tidak jauh dari rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 12.30 tengah hari itu, Ahmad Lufti memandu kereta Proton Iswara Aeroback berseorangan dari arah Jertih ke Kampung Raja.

Bagaimanapun katanya, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan ketika mahu memotong di atas jambatan lalu masuk ke laluan sebelah dan melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala. Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dibawa ke Bilik Mayat Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.

"Bagaimanapun, pemandu lori (Mohd Ramzi Ismail, 40) hanya cedera ringan, manakala kelindannya (Tuan Azrul Amiruddin Tuan Azmi, 23) patah tulang rusuk. Kedua-dua mereka beralamat di Kuala Terengganu," katanya.

Sumber Info:Wartawan SH (1.381827)
21 April 2015



Sumber Foto:
-JBPM
-Radar Bahaya
---------------------------------------------------------
Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp BSKHku
melalui Talian Hp +601126422627 
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Tiada ulasan: