Khamis, 23 April 2015

Budak 8 Tahun Jatuh dari Tingkat 3


Kajang: Kanak-kanak lapan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di sebuah apartmen di Bandar Mahkota Cheras, di sini, 12.40 tengah hari, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Damon Yen Zhi Yang dikatakan terjatuh selepas menghadiri kelas tuisyen di apartmen berkenaan.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di atas bumbung bangunan oleh orang awam.
Jurucakap Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.42 tengah hari.
"Mangsa maut serta merta di lokasi kejadian. Siasatan lanjut akan dijalankan pihak forensik polis,"katanya.

Sumber Info:Mohd Fadly Samsudin (node 45881)
Khamis, 23 April 2015 @ 3:21 PM


Sumber Foto:
-JBPM
-Malaysian Team Respon 23 April 2015 @ 6:34pm







Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Berpantang Maut Sebelum Ajal



Batu Pahat: Lelaki dipercayai warga Pakistan nyaris maut selepas kereta yang dipandunya merempuh bas ekspres di Jalan Batu Pahat-Kluang berdekatan Parit Raja, di sini, petang tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan, pada 3.42 petang.
Menurutnya, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas, Toyota Altis dan Proton Iswara.
"Pemandu Toyota mengalami cedera manakala penumpangnya parah akibat tersepit dan terperangkap dalam kereta. Bagaimanapun, berjaya dikeluarkan dalam tempoh beberapa minit oleh anggota. Pemandu bas dan penumpang pula terselamat manakala pemandu Iswara cedera," katanya.

Sumber info:Mohamad Hanafis Abdul Haris (node 45894)
Khamis, 23 April 2015 @ 8:53 PM

Sumber Foto:Nor Azali (DiTw)
23 April 2015 @ 5:33pm




-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Kejadian Cubaan Membunuh Diri Di Pekan Rembau Pagi Tadi.(23/4/2015)

 Sumber Foto :Fudz Jie



Rembau: Suasana pekan ini gempar apabila seorang wanita cuba terjun dari bangunan tiga tingkat, 9.30 pagi ini.
Difahamkan, tindakan mangsa mempunyai kaitan dengan tekanan perasaan dialaminya kerana bimbang kehilangan suami yang kini menderita penyakit barah tahap empat.
Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta polis memujuk mangsa kemudianya berjaya mententeramkan wanita itu sekali gus menyelamatkannya.
Tindakan wanita terbabit bukan sekadar menimbulkan suasana cemas, malah dua orang awam turut cedera ringan selepas terjatuh ketika memijak atap genting dalam usaha menyelamatkannya.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian.
Katanya, mangsa yang diselamatkan kemudiannya dihantar ke Hospital Seremban untuk pemeriksaan.
Difahamkan, suami mangsa berusia 45 tahun dan mereka mempunyai tiga anak berusia 14, tujuh dan enam tahun

Sumber info:Siti Nurhajatulziemah Mohd Nor (node 45842)
Khamis, 23 April 2015 @ 12:03 PM


Sumber Foto:Fadillah Hamid





Sumber Foto:
-Hafiz Wilshere
-Fudz Jie
-Fadillah Hamid
-JBPM

Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Beruang Matahari Sesat Di Sawah Padi



Sabak Bernam: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil masa selama lima hari menjejaki seekor beruang betina yang dilaporkan tersesat sejauh 50 kilometer sejak Khamis lalu.
Pengarah Jabatan PERHILITAN Selangor Abd Rahim Othman berkata, beruang betina jenis matahari itu dipercayai dari Hutan Simpan Sungai Karang, Simpang Lima sebelum ditemui penduduk berkeliaran di sekitar Kampung Batu 4, Sapintas.
Bagaimanapun, usaha pihaknya menjejaki beruang yang dianggarkan seberat 70 kilogram itu menemui jalan buntu selepas haiwan itu menghilangkan diri selepas ditembak dengan ubat pelali jam 6 petang hari sama.
“Operasi menjejaki haiwan itu diketuai Pegawai PERHILITAN Sabak Bernam Ahmad Syawal Mohamed Gani selepas menerima aduan daripada penduduk yang memaklumkan mereka terserempak dengan beruang berkenaan jam 4.30 petang.
“Walaupun dalam keadaan cuaca gelap, pasukan kami tidak berputus asa apabila bertindak memasang perangkap di kawasan terbabit jam 11 malam selepas haiwan itu gagal dikesan,” katanya.
Beberapa hari selepas itu, pihaknya sekali lagi menerima aduan penduduk yang mendakwa terserempak dengan beruang itu yang berkeliaran di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bedena.
Bagaimanapun, katanya, beruang itu berjaya dikesan selepas penduduk mendakwa ternampak haiwan itu berada di sekitar kawasan sawah padi jam 5.30 petang di Kampung Parit 1 Simpang Tiga Loji, Sungai Besar.
Katanya, beruang itu diberikan rawatan dan pemantauan terlebih dulu sebelum dihantar ke Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu.

sumber Info:Wartawan Hmetro (node 45710)
Khamis, 23 April 2015 @ 8:11 AM

Sumber Foto:
-Syahid PTT
-I love Sg Besar




-------------------------------------------------- -------
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku
Melalui Talian Hp +601126422627
Www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Lori Tipper Terbalik Di Sedenak Di Km 38 Lebuhraya Utara Selatan

Sumber Foto: Zamri Ibrahim



Johor Bahru: Pengguna Lebuhraya PLUS arah selatan menempuhi kesesakan lalu lintas selama tiga jam apabila sebuah lori pasir terbalik di Kilometer 38 dari Sedenak ke Kulaijaya, dekat sini, pagi semalam.
Kemalangan jam 6.30 pagi itu menyebabkan lori yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pasir Gudang itu melintang di tengah jalan dan menghalang kedua-dua lorong arah selatan.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Razak Md Said berkata, kesesakan lalu lintas berlaku sepanjang lima kilometer, namun PLUS membuka laluan kontra bagi mengatasi kesesakan.
“PLUS membuka laluan kontra dari Kilometer 37 hingga Kilometer 40 arah selatan bagi mengatasi kesesakan, sementara kerja mengalihkan kenderaan berat itu dilakukan.
“Kesesakan berlaku selama tiga jam sebelum laluan kontra dibuka sehingga kerja pengalihan dan pembersihan selesai jam 11 pagi,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori berusia 28 tahun itu yang memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.
Katanya, lelaki yang memandu bersendirian dari Gua Musang itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber Info:Wartawan Hmetro (45717)
Khamis, 23 April 2015 @ 8:15 AM






-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku
Melalui Talian Hp +601126422627Www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku



Trak Tentera Bertembung Dengan Toyota Innova



Pekan: Tiga anggota tentera cedera apabila trak dinaiki mereka terbabas ketika cuba mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova yang datang dari arah bertentangan di Jalan Paloh Hinai-Pekan, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, semua anggota terbabit dari Briged Mekanise Kem Batu 10, Kuantan, dikatakan baru selesai mengikuti Program Jiwa Murni di Muadzam Shah, Rompin dan dalam perjalanan pulang ke kem mereka.
Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah MPV dari arah bertentangan dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
"Pemandu trak tentera itu cuba mengelak daripada bertembung dengan MPV berkenaan, namun tidak berjaya selepas trak itu melanggar bahagian kiri jalan sebelum terbalik.
"Difahamkan, trak itu berpusing dua kali mengakibatkan semua anggota yang berada di dalamnya mengalami kecederaan," katanya.
Menurut Zainalabidin, tiga anggota tentera berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kepala.
Katanya, mereka dihantar ke Hospital Pekan, di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Anggota tentera yang terbabit dalam kemalangan itu adalah Staf Sarjan Hasbullah Zakaria mengalami kecederaan pada bahagian paha dan pinggang, Lans Korperal Zamri Zakari cedera bahagian pinggang dan Korperal Mahadir Abdullah yang mengalami luka agak serius pada bahagian kepala.
"Pemandu MPV itu hanya cedera ringan," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sumber Info:Syazwan Msar (node 45663)
Rabu, 22 April 2015 @ 10:07 PM

sumber Foto:
-Noor Amran Safuan
-Faizal Buyong









Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku
Melalui Talian Hp +601126422627Www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku