Sabtu, 11 April 2015

Kemalangan Yang Menyebabkan Seorang Budak Berumur 5 Tahun Tertimbus



Bintulu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri tertimbus selepas lori sarat muatan baja merempuh sebuah rumah di Batu 8, Jalan Miri-Bintulu, tengah hari tadi.
Ia dipercayai berlaku apabila lori itu dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan di hadapan yang terbabit kemalangan sebelum merempuh rumah, pada 12.30 tengah hari.
Namun, identiti kanak-kanak terbabit masih belum diketahui setakat ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Balai Bintulu, Di Hata Gobel berkata, bomba giat menjalankan operasi mencari kanak-kanak bawah timbunan baja.
"Kami terima panggilan pada 12.45 tengah hari dan menggerakkan lapan anggota ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya.

Sumber info : Alias Abd Rani  Jumaat, 10 April 2015 @ 3:33 PM




10 April - BINTULU : Mayat Mohd. Ashraf Abdullah, 5 tahun, dijumpai pada pukul 3.35 petang tadi manakala tiga lagi mangsa, Norhilmiah bt Asun berumur 35 tahun, Noraini Abdullah berumur 45 tahun dan Rizqi Fairuz anak Natili berumur 1 tahun 6 hari telah dihantar ke hospital.
Dalam insiden yang berlaku di Batu 8, Jalan Bintulu-Miri, mangsa Mohd. Ashraf dilaporkan berada di bahagian bawah rumah di bawah tangga apabila lori muatan baja melanggar anjung rumah dan tebalik dan mangsa tertimbus baja.
Mangsa lain yang cedera berada di dalam rumah.
8 anggota Bomba dan Penyelamat dari BBP Bintulu diketuai PBKII Allok tiba di tempat kejadian 20 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.44 tengah hari untuk operasi mencari mangsa.
Turut hadir Komander Operasi Kanan TPgB Di- Hata Gobel berada dilokasi dan PPgB William.
Menurut laporan, pemandu lori telah melarikan diri dan belum dikenal pasti dalam siasatan pihak polis.
Sumber Info :RTM SARAWAK


***Info AwaL***
Lori Muatan Baja Langgar rumah di Batu 8 Jalan Miri Bintulu pada jam 12:44 tengahari 10/4/2015.Seorang Kanak2 berumur 5 tahun tertimbus manakala seorang wanita dan 3 lelaki cedera.



Sumber Info & Foto :JPBM






















Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com

Lori Minyak Masak Terbabas di KM 15.2 SKVE

Kuala Langat: Sebuah lori sarat dengan minyak masak terbabas selepas terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (KM) 15.2 Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dari Puchong menghala ke Pulai Indah menyebabkan pemandunya cedera.
Dalam kejadian kira-kira 2.40 petang tadi, lelaki terbabit yang memandu lori itu hilang kawalan dan merempuh kereta dinaiki seorang lelaki sebelum terbabas menyebabkan minyak masak memenuhi ruang jalan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya ke lokasi kejadian untuk membantu operasi menyelamatkan mangsa kemalangan dan membersihkan lebuh raya itu.
“Pemandu kereta terbabit hanya mengalami kecederaan ringan sementara pemandu lori dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Sumber Info :Muhaamad Hafis Nawawi Jumaat 10/4/2015 @7:27pm









Sumber Foto :
Noor Amran Safuan
DiTw

Anda juga boleh melawati Tapak link ini untuk melihat berita/Foto/Video yang telah di muat naik:

Gambar Terbaru Adik Farisha


 Gambar terbaru yang Admin dapat dari Seorang Rakan di Group FB "Penduduk Sungai Petani Kedah".Berkaitan artikel BSKHku "Khidmat Masyarakat Bantu Adik Farisha".Artikel bertarikh 7/4/2015.Anda boleh membaca artikel di pautan bertarikh tersebut di Blog ini.

Sumber Foto:
-Azlina Alin



-------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/


Di Tikam Oleh Bekas Tunang


***Kemaskini Paling Terkini***
KLUANG 11 April - Akibat kecewa kerana cinta yang pernah terjalin tidak diterima lagi, seorang lelaki nekad menikam bekas tunangnya dengan pisau selepas mereka bertengkar di kawasan letak kereta pasar raya Econsave, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajah Khalsom akibat cedera parah di bahagian rusuk kiri.Malah, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu turut menolak mangsa sehingga kepalanya terhantuk mengenai sebuah motosikal ketika kejadian itu.

Nursyafikah yang bertugas sebagai kerani di pasar raya tersebut pernah mengikat tali pertunangan dengan suspek kira-kira setahun lalu sebelum putus akibat tidak sehaluan.Anak ke-11 daripada 12 beradik itu kemudiannya bertunang dengan lelaki lain pada Februari lalu yang menyebabkan suspek bertambah berang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Roze Shaari berkata, suspek dipercayai cuba memujuk mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi, namun gagal.“Keadaan itu menyebabkan suspek tidak dapat menerima hakikat lalu bertindak agresif dengan menikam rusuk kiri mangsa.
“Kejadian menyayat hati itu turut disaksikan beberapa rakan sekerja mangsa dan ada antara mereka cuba mengejar suspek yang melarikan diri, namun tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Mohd. Roze berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek dan operasi memburunya giat dijalankan ekoran suspek dipercayai masih bersembunyi di sekitar negeri ini.Dalam pada itu, jenazah Nursyafikah dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Dengar di sini hari ini.

Sumber Info:MUHAMAD AIMY AHMAD  |  12 April 2015 2:13 AM

Sumber Foto:Iszatulshima Ismail

(Lihat Foto Kejadian Di Bawah)


***Kemaskini Terkini***

Kluang: Ibu kepada arwah Nursyafikah Ahmad Ismail, 24, yang maut ditikam bekas tunangnya, di sini, semalam, tidak menyangka pemuda itu berdendam dengan anaknya.
Bedah Bontak, 63, berkata ini kerana lelaki berusia 20-an yang dikenali sebagai Zam itu bersungguh-sungguh meminta maaf daripada anaknya dan sempat makan tengah hari di rumah mereka sebelum kejadian.“Dia datang ke rumah kami kira-kira 11 pagi, dan memohon maaf daripada Nursyafikah kerana memutuskan pertunangan mereka.
“Agak pelik kerana dia muncul secara tiba-tiba selepas beberapa bulan menghilangkan diri.
“Namun, kami sekeluarga tetap melayannya dengan baik dan menjamunya makan,” katanya di rumahnya di Felda Ulu Dengar, di sini, hari ini.
Menurutnya, pemuda berkenaan berada di rumahnya kira-kira dua jam sebelum dihantar pulang ke bandar Kluang oleh adik dan abang Nursyafikah.
Nursyafikah yang bekerja di sebuah pasar raya maut selepas kepalanya terhantuk pada motosikal dipercayai akibat ditolak pemuda berkenaan dalam satu pertengkaran.
Mangsa kemudiannya ditikam dengan pisau dan meninggal di hospital.
Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di pasar raya tempat mangsa bekerja, kira-kira 6 petang semalam.
Pemuda berkenaan dipercayai cemburu kerana gadis itu sudah bertunang dengan orang lain.
Nursyafikah dikatakan bertunang dengan pemuda berkenaan pada 2014, sebelum putus enam bulan lalu.Gadis itu kemudian bertunang pula dengan seorang pemuda lain, awal tahun ini, dan dijangka bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.
Bedah turut mendakwa sepanjang pertunangan dengan suspek, anaknya dipercayai pernah dipukul beberapa kali.“Anak saya sangat kecewa apabila lelaki itu memutuskan pertunangan mereka dan tidak menghubunginya sehingga dia muncul semula semalam,” katanya.
Suspek kini sedang diburu polis.
Bedah berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Dengar, hari ini.Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut melawat keluarga mangsa. 

Sumber Info:Harian Metro Sabtu, 11 April 2015 @ 5:31pm 
===========================================================

***Info Kemas Kini Kedua***

Kluang: Seorang wanita maut ditikam dengan pisau oleh bekas teman lelakinya di kawasan letak kenderaan tempatnya bekerja di sebuah pasar raya, di sini, 6 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari, berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang bekerja di pasar raya terbabit.
Katanya, difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang masing-masing berusia 20-an itu sebelum lelaki itu menikam bekas teman wanitanya itu dengan pisau di rusuk kiri.
Mohd Roze berkata, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis berkenaan yang berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, sudah bertunang dengan lelaki lain."Suspek mahu kembali ke pangkuan mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi."Namun, tidak berjaya sebelum bertindak agresif sehingga menikam mangsa," katanya.Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang dilakukan

Sumber Info:Adnan Ibrahim /Sabtu, 11 April 2015 @ 12:06 PM



****Info Kemaskini Pertama***
KLUANG - Seorang gadis meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri menggunakan pisau oleh bekas tunangnya, di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa sedang bekerja di pasar raya terbabit.
"Dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang kedua-duanya berumur lingkungan 20an sebelum kepala mangsa terhentak di sebuah motosikal kerana ditolak oleh mangsa.
"Kemudian ditikam di rusuk kiri dari arah belakang menggunakan pisau pemotong sayur," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Roze berkata, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis berkenaan yang berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, sudah bertunang dengan lelaki lain.
Beliau berkata, suspek cuba memujuk kembali mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, namun, tidak berjaya sebelum bertindak agresif sehingga menikam mangsa.
Katanya, polis menemui pisau berkenaan di tempat kejadian dan gadis itu meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini.
"Polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang giat dilakukan," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber Info :Juliza Mohd Saad


***Info Awal***
10/04/2015 6:00 petang. Seorang Perempuan Bernama Nursyafika Binti Ismail 20tahun,telah di Tikam mengunakan sebilah pisau oleh Bekas kekasihnya diperkarangan Econsave Kluang Johor.Punca bermula dengan pertengkaran dan bekas Teman lelakinya memukul hingga mangsa jatuh dan menikam di sebelah rusuk Kanan.Mangsa Meninggal di Hospital.



Sumber Foto :
-Mat Fazlee
-DiTw
-Muhdir Tukiman






-------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/

Admin Sebuah Blog Mengamuk dan Tidak Berpuas Hati kerana Karyanya Di Rembat.







Sebuah Halaman Blog yang sering memuat naik Foto dan Berita sebenar berasa tidak puas hati ke atas follower atau blogger2 Admin yang mempunyai blog sendiri atau group berita yang sering kali copy paste atau membuat perkongsian Foto yang mana telah mengabaikan cerita sebenar di tempat kejadian.Admin tersebut menasihatkan seluruh blogger atau orang perseorangan yang ingin mengambil foto2nya hendaklah memberi cerita keadaan sebenar di tempat kejadian tersebut dan juga menyatakan sumber foto dan info  awal tersebut milik kepunyaan yg sebenar.

Admin BSKHku (Bagan Serai Kampung Halaman Ku) bersetuju dengan protes yg di buat oleh beliau,memandangkan foto2 sumber kejadian adalah Hasil karya dan penat lelah orang tersebut.Admin sendiri pernah di tegur secara peribadi tentang perkara ini sewaktu mula2 bergiat di dalam bidang ini.Teguran dan kritikan tersebut admin terima dengan hati yang terbuka.Bermula dari situ admin sentiasa menyiarkan foto dan info dengan menyatakan sumber yang admin perolehi.

Kembali kepada Admin Blog tersebut,Admin mengerti dan faham situasi perasaannya tentang ketidak puashatian beliau,memandangkan foto2 yg di ambil kerapkali tidak pernah menyatakan oleh bloggers yg menggunakannya kepada umum pemilik sebenar gambar2 tersebut.

Nasihat Admin BSKHku kepada diri sendiri dan semua Pemilik2 Blog,Halaman,atau Group Komuniti,adalah :Kita adalah jentera cabang alternatif yang menyampaikan berita beserta foto kepada masyarakat umum,jadi sampaikanlah berita yang sebenar dan nyatakanlah pemilik asalnya.
1-Adakah kita merasa rugi jika menyatakan pemilik sebenar sesuatu artikel?
2-Adakah kita mengejar rating like dan populariti blog kepunyaan kita berasaskan karya dan artikel kepunyaan pemilik sebenar tapi kita membenamkan nama pemilik tersebut?
3-Apakah kita tidak boleh menghormati artikel orang lain?
4-Apakah kita berasa kurang sambutan terhadap blog sendiri jika kita meletakkan asas sumber sebenar pemilik artikel?

Apa-apa pun bagi pendirian Admin BSKHku adalah tetap menyatakan sumber info dan foto pemilik asal,jika admin dapati foto tersebut mirip atau hampir serupa di mana2 group halaman atau blog,admin tetap menyatakan kiriman milik siapa terkecuali jika admin sendiri yang mengambil foto tersebut admin tidak akan menyatakan nama admin sendiri sebagai pemiliknya dan juga Admin tidak akan membuat satu watermark kepada gambar yg admin dapat kecuali rakaman video sendiri walau pun begitu bagi follower BSKHku akan dapati ada video yang admin pernah buat watermark BSKHku sebelum ini sewaktu mula2 berkecimpung dalam bidang ini.itu adalah salah satu kekhilafan yang pernah admin lakukan sebelum di tegur oleh peminat BSKHku secara peribadi.Namun selepas itu admin tidak lagi membuat watermark ke atas sebarang video terkecuali milik BSKHku yang mana admin sendiri yang ambil.Jika Crew atau Follower BSKHku yang ambil foto atau kirimkan foto pada admin,admin tetap menyatakan sumbernya tanpa meletakkan sebarang watermark kepada foto atau video tersebut.

Kebanyakkan Foto2 Yang Admin Lampikan biasanya tanpa Watermark di letakkan sebab Foto yang mempunyai watermark biasanya mengurangkan popular sesuatu foto dari dikongsi oleh bloggers lain.bagi admin BSKHku sekadar cukup untuk kita menyatakan foto tersebut dari siapa walau pun milik karya kita kerana memberi peluang kepada orang lain sama untuk mengunakan Foto tersebut di halaman mereka adalah satu sifat memberi ruang tolong menolong sesama kita dengan syarat menyatakan secara ikhlas pemilik sebenar dalam artikel yg di buat adalah memadai dalam memberi penghormatan kepada pemilik asal.

Apa-Apa pun Tepuk Dada sendiri tentang permasalahan ini dan sentiasa fikir bagaimana perasaan anda sendiri jika artikel serta bahan2 artikel anda di guna pakai oleh orang lain tetapi tidak menyatakan anda sebagai pemiliknya.

***Dalam kehidupan Maya,jangan sombong dan angkuh terhadap orang yang baru nak bermula kerana jika sifat tersebut ada,beerti anda bukanlah penyampai alternatif berita yang hebat,di segani dan di hormati malahan Follower akan merasa meluat terhadap anda walaupun anda mempunyai berpuluh juta peminat sendiri***