Khamis, 30 April 2015

Lelaki Di Belasah Kerana Cuba Curi Kereta

Sumber Foto:Felixx Ooi

KOTA BHARU – Hasrat sekumpulan empat lelaki untuk melarikan sebuah kereta jenis Honda Accord di Taman Kala Perdana, Melor di sini kelmarin tidak kesampaian apabila seorang suspek menjadi mangsa belasahan penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, suspek tersebut yang menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dilihat berhenti di hadapan rumah mangsa berusia 40 tahun sebelum cuba melarikan kereta tersebut.

Semasa kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pembantu jurujual itu telah keluar rumah kira-kira pukul 7.20 pagi sebelum kelibat suspek itu disedari jirannya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, penduduk berjaya menangkap seorang suspek berusia 27 tahun ketika cuba melarikan kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun tiga suspek lain bertindak melarikan diri selepas menyedari kegiatan mereka dihidu penduduk.

“Mereka turut meninggalkan sebuah Pajero berwarna perak dan hijau gelap di tempat kejadian. Polis yang tiba di tempat kejadian kemudian membawa suspek ke Balai Polis Melur untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber Info:FIRDAUS HASSAN
30 April 2015 

Sumber Foto:Felixx Ooi
28 April 2015 @ 10:36am








-------------------------------------------------------------------
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Ingin Kongsikan secara Sukarela Dan Anda 
Anda Boleh Hantar Artikel Bahan Tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Rumah Panjang Moden Terbakar,6 Hilang Tempat Tinggal

 Sumber Foto;JBPM


Serian: Rumah panjang separuh kekal enam pintu musnah dalam kebakaran di Kampung Gunan Jalan Mongkos, di sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira 3.30 pagi itu menyebabkan enam keluarga membabitkan 25 mangsa tinggal sehelai sepinggang.
Difahamkan, api dipercayai bermula dari rumah di bahagian tengah sebelum merebak dan memusnahkan lima rumah lain.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat serian berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 3.54 pagi.
Katanya, sebaik tiba, api sudah memusnahkan 80 peratus rumah panjang terbabit dan siasatan dijalankan bgi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Sumber Info:Abd Rahman Adam (node 47428)
Khamis, 30 April 2015 @ 11:12 AM

Sumber Foto:JBPM






Anda Juga boleh mengikuti Halaman Bagan Serai Untuk Berita Yang Sentiasa Di Kemaskini Di
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku

Selasa, 28 April 2015

Mereka Akan Di Tembak Mati Pada Tengah Malam Ini (00:01am Rabu 29 April 2015)

Sumber Foto:Internet World News

JAKARTA 27 April – Dua banduan warga Australia yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan dadah dilapor akan menjalani hukuman tembak itu selepas tengah malam esok (pukul 1 pagi waktu Malaysia).
Tarikh 29 April menjadi tarikh rasmi pelaksanaan hukuman itu apabila seorang pengarah pengebumian tempatan di Cilacap, dekat Pulau Nusakambangan, lokasi hukuman tembak itu bakal dijalankan, diarah menulis nama mereka yang akan menjalani hukuman tembak itu.
Dua pesalah terbabit, Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, bagaimanapun, enggan menandatangani waran mati apabila mereka diberikan notis 72 jam memaklumkan tentang hukuman mati ke atas mereka sebagai prosiding rasmi, kelmarin.
Kedua-dua anggota kumpulan Bali Nine itu, yang ditahan selepas didapati cuba menyeludup lapan kilogram dadah jenis heroin ke Australia pada 2005 percaya, adalah tidak adil untuk membunuh mereka.
Pengarah pengebumian, Suhendra Putro, semalam dilapor sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja terakhir pada salib yang akan tertera nama-nama bagi pesalah penganut Kristian dan tarikh kematian mereka, lapor The Herald Sun yang dipetik Mail Online.
Selain nama Sukumaran dan Chan, nama warga Brazil, Rodrigo Gularte; warga Nigeria, Okwudili Ayotanze dan warga Filipina, Mary Jane Fiesta Veloso turut tertulis pada salib kayu itu dengan tarikh ‘29.04.15’ yang ditulis dengan dakwat putih dengan perkataan ‘RIP’.
Kesemua pesalah itu akan ditembak selepas detik 12 malam hari Rabu.

Sumber Info:Utusan Malaysia


Cilacap – Keluarga Myuran Sukumaran dan Andrew Chan mendatangi Pulau Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah, dengan menangis histeris menjelang pelaksanaan eksekusi dua terpidana mati anggota kelompok “Bali Nine” itu.

Dari pantauan di Dermaga Wijayapura, Cilacap, Selasa, keluarga duo “Bali Nine” yang didampingi Konsulat Jenderal Australia Majel Hind dan pengacara asal Australia Julian McMahon tiba di tempat penyeberangan khusus Lembaga Pemasyarakatan Pulau Nusakambangan itu pukul 08.25 WIB.

Tidak seperti biasanya, mobil yang mereka tumpangi tidak boleh masuk ke area Dermaga Wijayapura sehingga rombongan keluarga duo Bali Nine itu harus berjalan kaki sekitar 100 meter menuju tempat penyeberangan itu seperti dilansir kantor berita Antara.

Keluarga Myuran Sukumaran yang berjalan lebih dulu tampak menangis sedih. Bahkan, salah seorang adik Myuran Sukumaran, Brintha tampak histeris sambil meronta-ronta.

Selang beberapa meter di belakang keluarga Myuran tampak kakak Andrew Chan, Michael Chan berjalan sambil menunduk sedih disusul Febiyanti Herewila (istri Andrew Chan) dan Helen (ibunda Andrew Chan).

Febiyanti yang baru dinikahi Andrew Chan di Lembaga Pemasyarakatan Besi, Nusakambangan, pada hari Senin (27/4) itu tampak dipapah dua perempuan asal Australia, demikian pula dengan Helen.

Selain keluarga duo Bali Nine, tim kuasa hukum dari sejumlah terpidana mati juga mendatangi Dermaga Wijayapura guna menyeberang ke Pulau Nusakambangan.

Salah seorang anggota tim kuasa hukum terpidana mati Raheem Agbaje Salami, Ursa Supit menyerahkan selembar kertas berisi tulisan tangan Angela (kekasih Raheem) kepada wartawan yang meliput persiapan eksekusi di sekitar Dermaga Wijayapura.

Tulisan yang ditandatangani Angela tersebut berbunyi “Good morning everyone…. As Raheem girlfriend, I beg to Mr. Joko Widodo and all of Indonesian to stop the execution. Theyre a good people and they deserve for a second chance. Please forgive them. Please forgive them and stop this execution. My boy friend and I do love all off them. I beg all of you to stop this execution. Love, (signature) Angela”

(Selamat pagi semuanya …. Sebagai kekasih Raheem, saya mohon kepada Bapak Joko Widodo dan semua warga Indonesia untuk menghentikan eksekusi. Mereka adalah orang-orang baik dan mereka layak menerima kesempatan kedua. Maafkan mereka. Maafkan mereka dan hentikan eksekusi ini. Kekasih saya dan saya mencintai semua dari mereka. Saya mohon kepada Anda untuk menghentikan eksekusi ini. Salam cinta, (tanda tangan) Angela).

Sementara itu, sejumlah pejabat dari beberapa kejaksaan tinggi dan Kepolisian Daerah Jawa Tengah tampak mendatangi Pulau Nusakambangan guna memantau persiapan eksekusi hukuman mati yang diduga akan dilaksanakan pada Selasa (28/4) malam atau Rabu (29/4) dini hari.

Kesembilan terpidana mati itu terdiri atas Andrew Chan (warga negara Australia), Myuran Sukumaran (Australia), Raheem Agbaje Salami (Nigeria), Zainal Abidin (Indonesia), Rodrigo Gularte (Brasil), Silvester Obiekwe Nwaolise alias Mustofa (Nigeria), Martin Anderson alias Belo (Ghana), Okwudili Oyatanze (Nigeria), dan Mary Jane Fiesta Veloso 

Sumber Informasi:Kabar rakyat
28 April 2015


Canberra: Australia semalam mendesak hakim Indonesia disiasat berhubung dakwaan rasuah sebelum hukuman mati ke atas dua rakyatnya dilaksanakan.
Kedua-dua warga Australia berkenaan - Myuran Sukumaran, 33 dan Andrew Chan, 31, adalah antara 10 pesalah dadah yang dijangka menjalani hukuman mati selepas tengah malam ini.
Pihak berkuasa Indonesia berkata kedua-duanya sudah kehabisan ruang untuk merayu.
Bagaimanapun, Menteri Luar Julie Bishop berkata, kedua-duanya tidak boleh menjalani hukuman itu selagi kes mereka di Mahkamah Perlembagaan Indonesia belum selesai dan sebelum Suruhanjaya Kehakiman menyiasat dakwaan rasuah dalam perbicaraan asal mereka.
Dia merujuk kepada laporan media Australia yang memetik Muhammad Rifan, peguam Indonesia yang mewakili kedua-dua pesalah sebelum ini sebagai berkata, hakim terbabit meminta rasuah berjumlah Rp1 bilion (RM245,000) untuk menjatuhkan hukuman penjara kurang daripada 20 tahun.
Rifan mendakwa, urusan itu gagal selepas hakim berkenaan berkata, tokoh kanan kehakiman dan kerajaan Indonesia mengarah mereka mengenakan hukuman mati.
Menurut Rifan, hakim itu mula meminta lebih banyak wang untuk hukuman lebih ringan tetapi Chan dan Sukumaran tidak mampu menyediakannya.

Sumber info:Wartawan sinar Harian (node 46860)
Selasa, 28 April 2015 @ 9:25 AM












-------------------------------------------------------------------
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Ingin Kongsikan secara Sukarela Dan Anda 
Anda Boleh Hantar Artikel Bahan Tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Telur Ayam Terkecil Di Dunia

Sumber Foto:Mirror

SEORANG kanak-kanak perempuan di Britain mendakwa salah seekor ayamnya telah menetaskan telur terkecil di dunia yang dipercayai lebih kecil daripada wang syiling 5 pence.Shannon Hayes, 12, dari Capel Iwan, Carmarthenshire berkata, dia turut melakukan kajian sendiri menerusi Internet untuk memastikan telur dengan ukuran 1.8 sentimeter (sm) tinggi itu adalah paling kecil berbanding rekod sebelum ini.
"Saya sangat yakin ia adalah yang terkecil walaupun ia belum disahkan oleh rekod dunia secara rasmi," katanya lagi.
Menurutnya lagi, dia telah menyimpan telur tersebut di tempat yang lebih selamat.
Pada 2011, seorang penternak di Amerika Syarikat mendakwa ayam peliharaannya telah menetaskan telur terkecil di dunia berukuran 2.1 sm.
Bagaimanapun, rekod tersebut telah dipecahkan oleh ayam ternakan digelar Muffin di Somerset yang telah menetaskan telur 0.2 sm lebih kecil daripada yang direkodkan kira-kira tiga tahun sebelum itu.

Sumber Info:Wartawan Sinar (1.384466)
28 April 2015

=======================================================
It's no yolk - a schoolgirl reckons her pet chicken has laid the world’s smallest egg.

Shannon Hayes, 12, spotted the minuscule egg, smaller than a 5p coin, next to the ordinary sized-produce in her hen coop.

And the shell-shocked youngster did research online to reveal the 1.8cm high egg is the tiniest - ever.

Shannon said: “I’m confident it’s the smallest. It is very tiny - and you wouldn’t want it for breakfast.”

She keeps seven hens which lay eggs at the family home at Capel Iwan, Carmarthenshire - but she’s not sure which laid the thimble-sized egg.

Her gran Pamela Hayes, 58, said: “When Shannon found the egg she was scared of dropping it when she brought it to the house.

”We couldn’t believe our eyes because it is just so small compared to all the other eggs.

“As far as we can see there is no official world record, but the smallest that we have found so far was bigger.”

In 2011, an American farmer claimed his hen laid the world’s smallest chicken egg, measuring just 2.1 centimetres in length.

But that was beaten in 2014 by an egg one millimetre smaller in size, laid in Somerset by a hen called Muffin.

However, Shannon’s perfectly-formed egg is at least two millimetres smaller than that - just 1.8 centimetres in length.

She has ruled out making a tiny omelette with the egg - and has put it in the fridge for safe keeping.

Pamela said: “Everyone says it’s a cracker.”

Source Info: Luke Traynor
18:01, 23 April 2015

-------------------------------------------------------------------
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Ingin Kongsikan secara Sukarela Dan Anda 
Anda Boleh Hantar Artikel Bahan Tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Lelaki Berumur 65 Tahun di Bagan Serai Tersepit Kaki Di Dalam Mesin

Sumber Foto:JBPM Bagan Serai

BAGAN SERAI - Seorang pemilik jentera pembajak tanah terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila kaki kirinya tersepit pengisar jentera sewaktu mangsa memanaskan enjin jentera itu dalam kejadian di Batu 11 Setengah, Jalan Taiping semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa, Yahaya Hassan, 65, ditarik jentera pembajak sewaktu sedang memeriksa pisau pengisar jentera di bahagian belakang.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Penolong Bomba Kanan II Nasir Wahab, berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 8.56 pagi dan dua buah jentera bersama kekuatan lapan orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba, mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh orang ramai namun mengalami kecederaan serius pada kaki kirinya sebelum pasukan perubatan tiba untuk rawatan  susulan, “ katanya kepada media di sini semalam.
Nasir berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kain pelekat dipakai mangsa terlekat pada jentera  menyebabkan mangsa tersepit.
Seorang saksi enggan dikenali berkata, dia yang kebetulan berada berhampiran rumah mangsa, terkejut mendengar jeritan seseorang dari bahagian belakang rumah.
“Saya lihat mangsa yang dalam keadaan terbaring dan kelihatan kaki tersangkut dalam jentera pengisar.“Saya segera menghubungi rakan dan jiran terdekat bagi membantu mengeluarkan mangsa.
“Pada masa sama, kami segera menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan lanjut, “katanya.Saksi berkata, keadaan kaki kiri mangsa mengalami kecederaan yang agak serius apabila kelihatan banyak belahan dipercayai terkena pisau jentera terbabit.

Sumber Info:RIDAUDDIN DAUD (1.384429)
28 April 2015





-------------------------------------------------------------------
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Ingin Kongsikan secara Sukarela Dan Anda 
Anda Boleh Hantar Artikel Bahan Tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Mengapa Kita Sebagai Pelanggan pula Kena Bayar Upah Pekerja Hotel Dan Restoran

Sekadar Gambar Hiasan Sahaja

Jika anda ke restoran, membuat pesanan dan makanan itu sampai 30 atau 45 minit, tetapi tak sedap pula, anda pasti tidak puas hati. Bila nak bayar, kena pula bil 10 peratus caj perkhidmatan daripada jumlah sebenar. Anda tiada pilihan dan kena juga bayar walaupun tidak puas hati dengan khidmat diberi. Biasanya, selepas bayar, kita tidak ambil wang baki sekadar seringgit dua sebagai 'tip' untuk pekerja yang bersusah payah hantar makanan, bersihkan meja dan sebagainya. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan perlu hapuskan caj perkhidmatan ini dan ganti dengan tip yang sudah menjadi 'budaya wajib' di Amerika Syarikat. Kalau puas hati, bayar tip dan tak puas hati, bangun dan terus jalan. Namun, pihak industri pasti tidak setuju dan ia digambarkan melalui keputusan kerajaan atau tepat lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membenarkan hotel dan restoran yang mempunyai perjanjian bersama (CA) atau kontrak pekerjaan antara majikan dan pekerja mengenakan caj perkhidmatan.
Keputusan itu dilihat lebih menguntungkan pihak industri, tetapi tidak memihak kepada pengguna. Alasan pihak industri ialah caj itu digunakan untuk menampung sebahagian upah pekerja mereka. Kata mereka, ada pekerja yang upahnya sekitar RM350 atau RM500 sebulan dan bagi menampung kos mengupah mereka, duit daripada caj perkhidmatan 10 peratus itu diserap ke dalam gaji pekerja. Jika dimansuhkan, pihak industri mendakwa bakal menjejaskan pendapatan mereka kerana 60 hingga 70 peratus gaji bulanan adalah hasil kutipan caj perkhidmatan. Jalan penyelesaian dalam hal ini ialah pihak industri perlu mengenakan gaji minimum RM900 (di Semenanjung) dan RM800 (Sarawak/Sabah) untuk pekerja mereka tanpa perlu lagi bergantung kepada caj perkhidmatan untuk menampung upah pekerja. Apakah pihak hotel, restoran dan bar sanggup berbuat demikian? Kerajaan boleh memansuhkan caj itu, tetapi bagi hotel atau restoran yang mempunyai CA dengan kesatuan pekerja masing-masing, biarkan dulu sehingga tempoh CA itu tamat. Kita tidak mahu isu caj ini membebankan pengguna apatah lagi jika pihak hotel dan restoran sudah mengenakan caj untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Apakah benar semua caj perkhidmatan 10 peratus itu masuk ke dalam gaji pekerja, kerana ada pihak mendakwa ia turut digunakan untuk menampung kos pengurusan seperti dalam CA? Malah, tidak ada angka rasmi berapa banyak hotel dan restoran yang ada CA. Apakah pihak industri enggan mengenakan gaji minimum kerana bagi mereka, gaji pekerja sudah mencecah lebih RM1,000 sebulan selepas mengambil kira agihan daripada caj perkhidmatan? Mengapa pula orang ramai khususnya pelanggan yang perlu 'menggajikan' mereka melalui caj perkhidmatan? Yang pasti rugi ialah pekerja kerana industri perhotelan di Malaysia tidak membuat pemotongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap kutipan caj perkhidmatan, sebaliknya berdasarkan kepada gaji pokok pekerja. Ini berikutan caj perkhidmatan tidak termasuk dalam tafsiran 'upah' mengikut seksyen 2, Akta 452, KWSP 1991.

Sumber Info:Kadir Dikoh (node50106)
ISNIN, 27 APRIL 2015 @ 7:29 AM

-------------------------------------------------------------------
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Ingin Kongsikan secara Sukarela Dan Anda 
Anda Boleh Hantar Artikel Bahan Tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Wanita Viral separuh bogel mengaku tidak bersalah

 Sumber Foto:Arkib BSKHku
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja spa dan model sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam minggu lalu.

Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mengikut pertuduhan, Persana Avril didakwa melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada pukul 2.07 petang 23 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan


Sumber Info:MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR
28/04/2015 1:14pm


Kuala Lumpur : Seorang wanita yang mendapat perhatian pengguna laman sosial melalui video yang viral kerana aksinya menanggalkan colinya sebelum mengajak seorang peniaga bertumbuk di Jalan Petaling, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini tadi atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.
Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33, yang berasal dari Sabah itu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.
Tertuduh yang juga model sambilan memakai jaket hitam dan skirt putih itu kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Petaling, pada 2.07 petang, Khamis lalu.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Mei ini sebagai sebutan semula. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan.

Sumber Info:Sarah Zulkifli (node 46933)
Selasa, 28 April 2015 @ 12:56 PM





Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Ingin Kongsikan secara Sukarela Dan Anda 
Anda Boleh Hantar Artikel Bahan Tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 

Semasa Kemalangan Dia Terlupa Isterinya Ada Sekali

Sumber Foto:Hmetro

Dungun: Kemalangan di Kilometer 8, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Kampung Santong, petang semalam, menjadi kelam-kabut apabila seorang wanita ditemui dalam semak sedangkan suaminya mendakwa dia memandu bersendirian.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, Ramlan Md Ali, 61, yang memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota bersama isterinya, Rohani Rashid, 59, dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Kerteh 1 menghala ke Merchang, Marang.
Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dinaiki pasangan itu terbabas dan nyaris merempuh sebuah kedai makan di situ sebelum kenderaan mereka terhumban ke dalam semak berhampiran.
Peniaga kedai makan, Shafie Salleh, 59, berkata, dia berlari ke tempat kejadian dan mendapati pemandu kenderaan cedera di kepala tercampak keluar dari kenderaannya.
“Saya membuat pemeriksaan ke dalam kenderaannya dan mendapati dia berseorangan di dalam kenderaan itu.
“Malah, saya ada bertanya jika ada individu lain, tetapi dia yang mengerang kesakitan mengakui memandu bersendirian.
“Saya kemudian meminta bantuan seorang rakan sebelum membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Paka,” katanya.
Menurut Shafie, sebaik selesai membawa mangsa ke klinik, dia bersama beberapa penduduk minum di kedai makannya sambil menunggu kehadiran polis untuk menyiasat kejadian itu.
Namun, dia yang berasa tidak sedap hati mengambil keputusan masuk semula ke kawasan semak kira-kira 30 minit kemudian sebelum ternampak isteri pemandu kenderaan terbabit tertiarap kira-kira lima meter dari kenderaan itu.
“Ketika itu, mangsa tidak sedarkan diri sebelum saya memanggil beberapa rakan untuk mengangkat mangsa ke dalam kedai dan sebaik sedar, dia mendakwa bersama suami dan seorang cucunya,” katanya.
Katanya, keadaan itu menyebabkan penduduk masuk semula ke dalam kawasan semak untuk mencari cucunya, namun gagal menemuinya sebelum seorang daripada keluarga mangsa yang datang ke tempat kejadian memaklumkan mangsa hanya berdua.
“Menyedari keadaan itu, kami menghentikan gerakan mencari sebelum kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut,” katanya.
Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu cedera ringan di kepala, manakala isterinya turut cedera di kepala.

Sumber Info:Rosli Ilham (node 46893)
Selasa, 28 April 2015 @ 10:20 AM
 

-------------------------------------------------------------------
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Ingin Kongsikan secara Sukarela Dan Anda 
Anda Boleh Hantar Artikel Bahan Tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627Www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku.

Ahad, 26 April 2015

Tun Mahathir Rayu Datuk Seri Najib Berundur





Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa,kehilangan wang berbilion ringgit dari pelaburan 1MDB tidak boleh dipandang ringan. 


Sumber Video:Sinar TV




"Pilih Najib Kerana Budi Tun Razak".Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad.





"Sokong PM, Takut Hilang Jawatan".-Tun Dr Mahathir mohammad

---------------------------------------- ---------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 
Www.facebook. com / baganseraikampunghalamanku

Sabtu, 25 April 2015

Kemalangan Maut Di Trong Perak

Sumber Foto 
Zen Thai Peng

Kemalangan yang melibatkan sebuah lori Tipper dan sebuah kereta.Pemandu Kereta Maut di dalam insiden tersebut.Kejadian Dikatakan Berlaku di Jalan Trong Perak.Arwah meninggalkan seorang balu dan seorang anak yang masih kecil yang baru mula belajar bertatih untuk berjalan.

#Al_Fatihah Buat Arwah dan Salam Takziah Buat Keluarga Mangsa.


Sumber Foto:Zen Thai Peng
25 April 2015 @ 2:43pm









Foto Pemandu Yg menjadi Korban Dalam Nahas Di Trong Antara
Sebuah Kereta dan sebuah lori Tipper

---------------------------------------- ---------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut KE Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627