Selasa, 21 April 2015

Seorang Buruh Maut Apabila Keretanya Merempuh Sebuah lori.



BESUT - Seorang buruh maut di tempat kejadian apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Kilometer 6 dekat Kampung Alor Lintang di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari hari tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Khaled Che Lah yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikenali sebagai Ahmad Lutfi Abdul Aziz, 29, berasal dari Rumah Awam Kos Rendah Kampung Raja dekat sini.
Katanya mangsa mengalami cedera teruk di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala itu pemandu dan kelindan lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sepasukan bomba dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam keretanya yang kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.
Sumber Info:Wartawan SH (1.381708)
20 April 2015 6:37pm



Jertih: Seorang buruh maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan lori tiga tan dari arah bertentangan di hadapan stesen minyak di Kampung Alor Lintang, dekat sini, 12.30 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa, Ahmad Lutfi Abdul Aziz, 29, yang memandu berseorangan dari arah Jertih ke Kampung Raja dikatakan hilang kawalan ketika memotong garisan berkembar atas jambatan.
"Akibatnya, kenderaan dipandu mangsa masuk ke laluan bertentangan dan terus melanggar lori tiga tan yang dipandu lelaki berusia 40 tahun bersama kelindannya berusia 23 tahun.
"Mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat serta mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Menurutnya, kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Info:Mohammad Ishak (node 45148)
Isnin, 20 April 2015 @ 6:57 PM


ALOR LINTANG - Dugaan bertimpa. Demikian keadaan dialami seorang bapa yang kehilangan dua anak dalam tempoh dua minggu.

Abdul Aziz Said, 69, berkata, dua minggu lalu, anak kedua, Nur Hafizah, 40, meninggal dunia akibat barah pangkal rahim dan semalam, dia dikejutkan pula dengan kematian anak bongsu, Ahmad Lufti, 29, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menurutnya, dia diberitahu Ahmad Lufti terbabit dalam kemalangan di hadapan sebuah stesen minyak di Alor Lintang, tengah hari semalam.

“Saya bergegas ke bilik mayat selepas diberitahu jenazah anak saya dibawa ke situ. Ahmad Lutfi meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori.

“Difahamkan, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Rumah Awam Kos Rendah Kampung Raja selepas membaiki sebuah komputer milik pelanggan di Kampung Alor Lintah,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Daerah Besut, semalam.

Ahmad Lufti, anak bongsu daripada enam beradik dan masih bujang, mengusahakan kedai komputer dan fotostat tidak jauh dari rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 12.30 tengah hari itu, Ahmad Lufti memandu kereta Proton Iswara Aeroback berseorangan dari arah Jertih ke Kampung Raja.

Bagaimanapun katanya, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan ketika mahu memotong di atas jambatan lalu masuk ke laluan sebelah dan melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala. Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dibawa ke Bilik Mayat Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.

"Bagaimanapun, pemandu lori (Mohd Ramzi Ismail, 40) hanya cedera ringan, manakala kelindannya (Tuan Azrul Amiruddin Tuan Azmi, 23) patah tulang rusuk. Kedua-dua mereka beralamat di Kuala Terengganu," katanya.

Sumber Info:Wartawan SH (1.381827)
21 April 2015



Sumber Foto:
-JBPM
-Radar Bahaya
---------------------------------------------------------
Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp BSKHku
melalui Talian Hp +601126422627 
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku

Adik Kepada Mangsa Langgar Lari Mencari Saksi Kejadian.

Gambar Mangsa Langgar Lari
 Lim Kean Seng

GEORGETOWN - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek dan kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga meragut nyawa seorang penunggang motosikal, pada 11 April lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fan Hin berkata kerjasama itu bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang berlaku berdekatan Lintang Bayan Lepas.

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Roszaimie Mohd Ramli di talian 04 6429622 atau 013 5881901 untuk membantu siasatan.

Kemalangan sekitar 5.25 petang itu, meragut nyawa Lim Kean Seng, 36, berasal dari Jalan Batu Maung.

Mangsa disahkan mati akibat kecederaan parah di kepala yang disahkan Pakar Forensik Balik Pulau, Dr Mahendra Reddy.

Berdasarkan petunjuk di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai terjatuh sebelum digilis oleh sebuah kenderaan  sejauh 30 meter.

Sumber Info:WARTAWAN SINAR HARIAN (1.381886)
21 April 2015

=================================================



Pesanan Dari Adik Mangsa Langgar Lari

mohon jasa baik rakan-rakan utk share post ni sebanyak yang mungkin.pada 11 april jam 4 pm-5 pm abang saya telah berlaku kemalangan di hadapan kilang jabil circuit pulau pinang ,mangsa seorang penunggang motosikal dipercayai dilanggar oleh lori dan lori tersebut telah melarikan diri sampai sekarang belum membuat apa apa report .jika sesiapa yg ternampak pada masa tu,saya berharap boleh memghubungi saya 0124171019/0164009717/.jasa baik anda takkan saya lupa sampai akhir hayat .TERIMA KASIH
请大家帮忙我分享出去,在11/4 时间在下午4-5点,我堂哥在jabil工厂前面发生一场交通意外而当场去世,有目击者看到有一辆罗里撞了而逃,到了现在我们还没有什么头绪,如果有谁在那段的时间有看到事情的发生经过请联络 0124171019/0164009717 谢谢
pls help to share this post as much as possible on april 11,at 4pm-5pm my brother had on accident in front of jabil circuit factory island reliable penang .The victim is a motorcycle who hit by truck and the truck had escaped until now has not made any report .If anyone noticed at that time hope you will give out a friendly had and pls call 0124171019/0164009717 yr kindness will be so much appreciated. THANK YOU

Sumber Info:Soong Jody
Sumber Foto:Dari Adik Mangsa Bernama Soong Jody







Sumber Foto:Dari Adik Mangsa Bernama Soong Jody


---------------------------------------------------------
Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp BSKHku
melalui Talian Hp +601126422627 
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku

Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sesat


Link Artikel :https://www.youtube.com/watch?v=0NFJq47dSGg
Tajuk Paparan Video:09032015 Ustaz Fadzil : Qasidah Ya Hanana & Kesesatan Tareqat
===============================================================

PUTRAJAYA - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini menjelaskan pengharaman Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah pimpinan Syeikh Nazim yang diputuskan pada 3 April 2000 tidak pernah ditarik balik atau dibatalkan sehingga kini.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abd. Shukor Husin berkata, dalam muzakarah tersebut jawatankuasa telah memutuskan tariqat tersebut bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Pada masa sama, beliau berkata, tiada fakta sahih setakat ini yang mengaitkan kumpulan Habib berkait rapat dengan tariqat itu.

"Sejak akhir-akhir ini telah dikalutkan dengan isu Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani dalam pelbagai media sosial dan cuba dikaitkan dengan kumpulan Habib yang terkenal dengan program qasidah dan zikir.

"Oleh itu mengenai dakwaan yang mengatakan kumpulan Habib berkait rapat dengan tariqat tersebut, setakat ini tiada fakta sahih yang boleh mensabitkannya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Sumber Info: MOHD.TURMADZIMADUN 20/04/2015 1:17pm


1-Link Artikel :https://www.youtube.com/watch?v=eyOzv9a04Ng
Habib Kazim and Habib Jafar Take Bayaat with Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani

2-Link Artikel:https://www.youtube.com/watch?v=se8SpRvj5VU
03-05-2014 Ustaz Halim Hasan: Pengaruh Sufi & Tasawuf yang melampau

3-Link Artikel :https://www.youtube.com/watch?v=pXNIOpdb7n4
15-04-2014 Ustaz Halim Hassan _Ya Hanana & Nur Muhammad

4-Link Artikel: www.youtube.com/watch?v=sSu46R6SjTg
Ustaz Azhar Idrus - Program Yahanana

5-Link Artikel: www.youtube.com/watch?v=pS5jLOICk8I
Menyanyi Yahanana by Ustaz abdullah al iraqi

6-Link artikel:  www.youtube.com/watch?v=nVXa3cuiGP4
ustazfathulbari - Jakim Fatwa Tariqat Naqsyabandi Syeikh Nazim Al-Haqqani Sesat


---------------------------------------------------------
Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp BSKHku
melalui Talian Hp +601126422627 
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku