Isnin, 13 April 2015

Seorang Maut Dan Seorang Lagi Parah di Lebuhraya ELITE



Sepang: Seorang maut manakala, seorang lagi parah apabila motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang di Lebuhraya ELITE dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala Shah Alam itu, kedua-dua mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh belakang treler yang berhenti di lorong kecemasan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Sani Harul berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian sebelum mendapati, motosikal jenis Yamaha Lagenda merempuh bahagian belakang lori treler berkenaan.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang mangsa disahkan maut manakala, seorang lagi mengalami kecederaan parah.
"Kedua-dua mangsa masing-masing berusia sekitar 20 an. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala, mangsa yang parah turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Sumber info:Mohd husni Mohd Noor Isnin,(node43546) 13 April 2015 @ 8:01 PM






Sumber Foto:
Malaysian Team Respond

--------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627


Tiada ulasan: