Isnin, 13 April 2015

Pemandu Treler Di Temui Mati Di Kawasan Perindustrian Kampung Paloh.



Ipoh: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditemui mati dalam treler yang diparkir di tepi jalan kawasan Perindustrian Kampung Paloh, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 9.15 pagi daripada orang awam.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian polis menemui mayat lelaki dikenali sebagai V Munusamy berada di ruang tidur di belakang tempat duduk pemandu dalam keadaan baring dan berselimut.
"Siasatan awal mendapati mangsa adalah pemilik treler dan memandu berseorangan untuk menghantar muatan besi dan dawai di kawasan berhampiran.
"Mangsa sepatutnya menghantar muatan yang dibawa dari Seremban, Negeri Sembilan kepada kedai barangan logam di sini pada Sabtu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Sumber Info:Muhammad Apendy Issahak Isnin, 13 April 2015 @ 12:06 PM









Sumber Foto:
-Hmetro
-Syahid Ptt
-DiTw
--------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku



Tiada ulasan: