Isnin, 13 April 2015

Tiada Kejadian Tembak Menembak Di Bukit Marak Bachok Kelantan

***Info Telah Di KemasKini***

Kota Bharu: Sepasang kekasih ditahan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dekat Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, Binjai, 12.20 tengah malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kedua-duanya berusia 43 dan 28 ditahan sepasukan anggota siasatan khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) yang melakukan rondaan.
"Anggota menemui suspek yang berada dalam kereta dalam keadaan mencurigakan dan sebaik memperkenalkan diri, suspek lelaki berusia 43 tahun yang memandu kereta itu cuba untuk lari.
"Dia bertindak agresif dengan mengundur kenderaan dan cuba merempuh anggota. Berikutan itu dua das tembakan dilepaskan ke arah tayar kereta menyebabkan ia pancit.
"Tiada kejadian berbalas tembakan seperti yang digembar-gemburkan di laman sosial terutama Facebook," katanya di sini, hari ini.
Pemeriksaan lanjut menemui pelbagai jenis barang termasuk wang tunai RM1,000, barang kemas dan serbuk dadah dan enam biji pil kemerahan yang disyaki dadah.
Mazlan berkata, suspek lelaki mempunyai 13 rekod jenayah lampau, manakala wanita tiada.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307, Seksyen 395/397 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber Info:Siti Nor Hidayatidayu Razali (Isnin, 13 April 2015 @ 11:34 AM)


***Info Awal***
Ringkasan: Bertindak atas maklumat orangramai pada 13/04/2015 jam lbh kurang 0020hrs sepasukan polis dari D9 IPK Kelantan semasa sedang membuat rondaan kawasan semasa telah nampak sebuah m/kar nombor pendaftaran WTA 1657, jenis Satria Neo dalam keadaan mencurigakan di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, Binjai, Kota Bharu Kelantan. Kami menghampiri m/kar tersebut dan mengarahkan pemandu m/kar membuka cermin m/kar tersebut. Setelah membuka cermin kereta tersebut pihak polis mempeekenalkan diri sebagai pegawai polis
tiba-tiba saspek bertindak secara agresif dan ganas dengan mengundur m/kar dan cuba melanggar anggota polis Merasakan keselamatan diri anggota polis terancam, pihak polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar m/kar saspek menyebabkan kedua-dua tayar m/kar tersebut pancit. Namun saspek tetap cuba untuk melepaskan diri dan telah melanggar m/pajero pasukan polis menyebabkan lampu dan bumper depan pecah. Manakala m/kar saspek remuk dibahagian depan. Dalam proses melaksanakan tangkapan telah berlaku pergelutan dan kedua-dua saspek berjaya ditahan. Periksa butir-butir diri kedua-dua penama dapati seperti diruangan tangkapan. Seterusnya pemeriksaan ke atas kedua-dua penama di atas telah menjumpai barang-barang seperti diruangan rampasan. Kedua dua mereka dibawa ke balai utk tindakan lanjut oleh pihak polis.

Butir2 tangkapan:-
1)Seorang lelaki melayu
Umur: 43 thn
Almt: No 7 Jln Padi Ria, Bandar Baru Uda, 18200 Johor Bharu JHR.

2) Seorang perempuan melayu
Umur: 28 thn.
Kerja : Menganggur
Almt: Batu 1 1/4 Jalan Meranti, 17000 Pasir Mas KN.

Rampasan:
1. Seutas gelang berwarna keemasan bertahtakan berlian.
2. Sebuah beg silang warna coklat tanpa jenama lambang POLIS dihadapan.
3. Seutas jam tangan jenama Cyber berwarna keemasan.
4. Seutas jam tangan jenama Seiko warna perak.
5. Satu kad pengenalan nama: Siti Nur Aishah Bt Mohd Sawi, kpt: 980518-03-5600
6. Satu telefon bimbit jenama Lenovo warna puteh bersama simkad celcom dan memory kad
7. Sebuah telefon bimbit jenama EX Mobile warna hitam bersama simkad hotlink.
8. Sebuah telefon bimbit jenama nokia warna biru model 1105 bersama simkad xpax prepaid.
9. Beg duit jenama Horse.
10. Wang tunai note 50 sebanyak 20 keping berjumlah RM1000.
11. Sebilah pedang panjang berhulu coklat berukuran anggaran L/kurang 73mm
12. Sebilah pisau berhulu hitam berukuran L/kurang 31mm
13. Sebilah pisau kecil berhulu berbalut tali hijau berukuran L/kurang 17mm.
14. Kain hitam yang diubah suai menjadi topeng.
15. 2 dokuman kenderaan yang didftarkan atas m/kar nombor pendaftaran JER 6916 dan WFN 5414.
16. Satu topi sudu berlambang 93 warna hitam.
17. Satu topi sudu jenama polo sport warna hijau tua.
18. Satu baju sejuk warna biru jenama Charger.
19. Satu jaket jeans jenama Levis
20. Sehelai seluar jeans biru lusuh jenama Levis
21. Sebuah m/kar nombor pendaftaran WTA 1657(palsu) berkait kes curi kereta Kubang Kerian.
22. Satu botol lutsinat bertudung kuning didalamnya mengandungi serbuk putih yang disyaki dadah.
23. Satu botol lutsinar bertudung kuning didalamnya mengandungi
separuh serbuk putih yang disyaki dadah.
24. 6 biji pil kemerahan yang disyaki dadah.

Rekod Lampau: terdapat 13 kesalahan lampau ke atas penama dipara(1) dan penama (2) tiada rekod lampau.

Urine: kedua dua penama positif Amp

Penama ditangkap berkait kubang kerian dibawah Sek: 379 A KK, bertarikh 25/02/2015 dan dibawah Sek: 395/397 KK bertarikh 12/04/2015.



Sumber Info & Foto:Malaysia Team Respond




--------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku



Tiada ulasan: